Bab 22

3K 27 0
                                    

AH... tenangnya! Angin yang menderu lembut menambahkan lagi rasa indah di jiwa. Inilah yang seronoknya tinggal di kampung. Selain daripada suasananya yang aman dan damai, di sini juga ada dusun tinggalan arwah tuk ayah pada kami. Bermacam-macam jenis pokok buah yang ditanam di sini. Di sinilah juga tempat aku bermain dengan kak long dan arwah kak ngah ketika kecil dahulu.

Aku yang sedang berbaring di atas pelantar kayu yang besar ini terus bangun apabila nampak pak su mencekah durian. Terus aku mengesot ke arah pak su, mak su dan umi yang sedang duduk di sebelah kanan pelantar.

"Pak su... bukak yang tu la. Please... " rengekku sambil menuding ke arah buah durian yang berbentuk sedikit bujur dan mempunyai tompok perang di bahagian hujungnya. Aku kenal sangat dengan durian itu.

Pak su yang sedang mencekah durian ketawa kecil. "Nanti dulu. Kalau terus makan Musang King, tak seronoklah, Bella."

"Betul tu, Bella. Kalau terus makan yang itu, nanti bila kamu makan durian yang lain terus rasa tak sedap. Takde selera nanti," sampuk umi.

Aku terus sahaja memonyokkan wajah. Semua orang tahu aku memang gila durian Musang King atau dikenali juga sebagai Raja Kunyit.

"Okey la... makan yang ni dulu." Aku mengalah sambil mencapai seulas buah durian D145 atau dikenali sebagai Tuan Mek Hijau. Ada juga orang memanggilnya dengan nama Durian Beserah. "Sedapnya..."

Enak betul! Aroma durian D145 yang sememangnya harum benar-benar menyelerakan.

Semua yang berada di atas pelantar ini terus ketawa melihat telatahku.

"Bella!" panggil kak long hingga bergema suaranya di dalam dusun ini.

Ah, kacau daunlah kak long ni! Dia bukan hantu durian. Sebab tu la dia sorang aje terasing di situ.

"Ye..." jawabku dengan malas.

"Meh la sini," gamitnya.

Aku menoleh ke arah umi yang sedang sibuk mencekah durian D123 yang selalunya berwarna kuning keemasan dan berisi tebal.

"Kejap ye umi. Bella nak ke sana kejap." Aku menuding ke arah kak long.

Umi mengangukkan kepalanya. "Pergilah. Kakak kamu tu bukannya suka sangat dengan bau durian ni."

Aku ketawa kecil mendengar kata-kata umi. Sebelum pergi, sempat aku mencapai seulas buah durian D123 yang masih berada di dalam pangsanya.

"Sempat lagi tu..." tegur umi.

Mak su menepuk lembut bahu umi. "Biarlah dia makan, kak ngah. Bella memang hantu durian sejak kecil lagi. Nanti balik Korea dah tak jumpa dah benda ni."

Aku mengenyitkan mata kepada mak su yang menaikkan ibu jarinya kepadaku. Sambil melompat turun ke tanah aku berkata. "Betul tu, mak su. Kalau jumpa pun, buah import! Mahal pulak tu!"

Botol air mineral yang berisi dengan air paip kucapai. Setelah membasuh tangan, aku meletakkan kembali botol tersebut di atas pelantar dan melangkah ke arah kak long.

Malaysia memang bumi yang sesuai untuk pencinta durian. Di sini, durian hidup dengan subur tidak seperti di Korea Selatan. Aku pernah nampak buah durian beku dijual di Lotte Mart, Seoul dengan harga 60,000 Korean Won sebiji! Lebih kurang RM180.00 kalau ditukar kepada nilai Ringgit Malaysia! Tahulah diimport, tetapi harga tu memang tak masuk akal langsung!

Sambil melangkah, aku memandang ke arah kak long yang sedang bertenggek di atas batu di bawah pokok manggis. Monyok aje wajah kakakku ini.

"Kenapa, kak long?" soalku sambil memandang ke arah bakul di tangannya.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now