Bab 9

2.6K 25 0
                                    

KALAULAH aku tahu begini kisahnya cuti semester kali ini, lebih baik aku tak balik Malaysia. Menyesalnya! Lebih baik aku tinggal aje kat Seoul tu. Lincah tanganku membilas pinggan yang sudah disabun. Mata pula menjeling ke arah jam di dinding. Dah pukul enam petang, tapi kak long belum balik lagi.

Inilah susahnya kalau rumah tak ada telefon dan mengharapkan telefon bimbit semata-mata. Aku tak dapat membuat panggilan kerana telefon bimbit aku tertinggal di dalam beg.

Eh, sekejap. Dalam beg atau dalam kereta ye? Janganlah jatuh ke dalam kolam. Sejujurnya, aku terlupa di mana aku letakkan telefon bimbitku tadi. Maklumlah, hari ini merupakan hari paling malang dan paling kalut dalam hidupku.

Selepas menyusun pinggan di dalam kabinet, aku terus melangkah ke ruang tamu. Badan kuhempaskan di atas sofa. Dalam keadaan berbaring ini, aku hanya menghalakan pandangan kosong ke arah siling. Entah kenapa dari tadi aku asyik terbayang insiden di rumah 'samseng' tu. Mata cepat-cepat kupejam apabila tindakannya menyelamatkan aku tadi terbayang di ruang fikiran. Macam dalam filem Hindustan pulak! Malunya! Sudah, Bella! Jangan diingat-ingat lagi wajahnya tu.

"Bella... dia yang selamatkan Bella, kan? Sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih."

Haruskah aku berterima kasih? Sedangkan sebab dialah aku terjatuh ke dalam kolam tu! Gara-gara hendak menyembunyikan diri daripadanya, aku tergelincir.

Tapi, dia tak tolak kau ke dalam kolam tu, Bella. Kau yang salah pilih tempat untuk sembunyi. Sekurang-kurangnya, dia sanggup selamatkan kau.

Daripada berbaring, aku bangun dan bersandar pada sofa. Kedua-dua belah tangan meraup wajah dengan perasaan yang berserabut. Runsingnya! Tidak tahu bagaimana nak berfikir lagi. Lantaklah! Yang pasti, semuanya dah terjadi. Tak boleh nak ubah apa-apa lagi dah.

Huh, tak mungkin aku akan ucapkan terima kasih kepada 'samseng' lagi kerek itu walaupun fakta dia pernah selamatkan aku dari mati lemas akan tetap kekal sampai bila-bila. Eee... tak sukanya! Kenapa mesti dia?

Sesi melayan perasaan terhenti sebaik sahaja aku terdengar bunyi enjin kereta. Kak long dah balik! Terus aku meluru ke arah pintu. Belum sempat aku pulas tombol pintu, kedengaran suara kak long menjerit dari luar.

"Bella!!!"

Tengok tu, tak sempat masuk ke dalam rumah, dia dah bertempik. Buat malu aje dengan jiran-jiran.

Pintu kukuak seluas-luasnya dan belum sempat aku berkata apa-apa, kak long bertempik sekali lagi.

"Kenapa kak long marah-marah ni?" soalku, pelik.

Tanpa menjawab soalanku, kak long terus meluru masuk ke dalam rumah bersama tangan yang penuh dengan pelbagai benda.

Aku menutup pintu dan mengekori langkahnya sambil memerhati kedua-dua belah tangannya. Tangan kanannya kulihat memegang beg tanganku dan juga beg tangannya. Manakala tangan kirinya pula menjinjing beg yang penuh dengan fail. Tubuh dihempasnya kasar ke atas sofa dan dia memandang tajam ke arahku.

"Bella tanya kenapa kak long marah-marah?" soalnya sedikit garang.

Aku hanya diam dan mengambil tempat di sisi kak long.

"Kenapa tak telefon kak long? Kenapa buat kak long risau? Bella tahu, kan selepas kak ngah pergi, kak long hanya ada Bella dan umi aje?"

Belum sempat aku bersuara, kak long menambah lagi.

"Nak patah tulang jari kak long ni dail nombor Bella, tapi tak dapat. Kamu buat kak long risau, tau!"

Amboi, garangnya!

Dengan pantas aku memeluk bahunya.

"Kak long risaukan Bella ye... Bella mintak maaf. Tapi, macam mana Bella nak telefon kak long kalau telefon ada dalam beg tangan ni? Kan ke Bella tertinggal beg tangan dalam kereta kak long?" tuturku dengan lembut.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now