Bab 18

2.4K 20 0
                                    

GILA tak takut? Liar mataku memerhati sekitar kawasan lif. Sengaja aku memilih untuk melangkah ke arah lif yang tersorok ini. Sekurang-kurangnya kalau ditengkingnya aku nanti, tidak ada orang yang dengar.

Hah! Itu pun dia! Aku dah kecut perut tatkala terpandang kelibat lelaki itu dengan wajahnya yang bengkak menghala ke arahku. Ah, mesti dia akan jerkah aku sekejap lagi. Get ready, Bella!

Kelam-kabut aku melihat kunci di tangan. Wajah sudah mula mencemik. Kereta apa ni? Manual ke auto? Sebab aku tak pandai pandu kereta manual! Ah, sudah! Yakin betul kau yang dia nak benarkan kau pandu keretanya dengan sewenang-wenangnya. Ah, aku bukannya betul-betul nak pandu keretanya. Aku cuma mahu dia mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Dengan membawa lari kuncinya sahaja, dia akan keluar dari pantri itu.

"Are you crazy?!"

Bergema kuat suara Danial Lee di ruangan ini membuatkan aku tersentak. Buntang mata lelaki di hadapanku ini menjegil ke arahku.

"Sa... saya bu... bukan nak ba... bawak lari kunci ni betul-betul pun. Saya cu... cuma tak nak awak berlengah. Ke... keadaan a... awak makin teruk. Sa... saya cu... cuma nak awak da... dapatkan ba... ban... bantuan perubatan." Tergagap-gagap aku memberitahu hal yang sebenar sambil berundur beberapa langkah ke belakang. Eh, sejak bila pulak aku gagap ni?

"Who do you think you are? Kau ingat kau siapa nak sibuk hal aku? Hah?!" tempiknya lagi.

Terkejut punya pasal, kunci keretanya yang berada dalam genggamanku terus kubaling ke arahnya. "Nah kunci awak. Sa... sa... saya tak ada niat nak mencuri pun."

Dengan pantas dia menangkap kunci yang kubaling itu.

"Just because I once shared a special relationship with your sister, doesn't mean you can mess around with me like this!" bentaknya yang menikam tajam mataku.

Terpempam aku seketika. Mataku berlari ke seluruh wajahnya yang merah menyala itu. Semakin teruk! Namun, aku tidak berani untuk bersuara.

"You and Sumayya... macam langit dengan bumi. You are nothing unlike her."

Hui... sinisnya dia berkata-kata! Atas lesen apa dia membandingkan aku dengan arwah kak ngah? Semarah mana sekalipun dia, dia tidak ada sebab untuk bandingkan aku dengan arwah!

"Perempuan gila!"

Bentakannya kali ini membuatkan aku geram. Lupa terus lelaki ini perlu mendapatkan rawatan segera. Hati yang menggelegak membuatkan aku lupa diri sebentar. Kalau tadi aku menjauhi lelaki ini, tetapi sekarang aku melangkah mendekatinya.

"Memang! Saya dan arwah kak ngah memang macam langit dengan bumi. Fine! To you I might be useless and nothing but could you please explain to me, Mr. Danial Lee. Kenapa jiwa awak kacau setiap kali berhadapan dengan saya? Why is that so?!" bentakku pula.

Serentak dengan itu juga Danial Lee tersandar pada dinding. Dia mengurut kawasan dadanya beberapa kali. Tangan kanannya dikepal rapat sambil memejamkan mata.

Aku menjulingkan mata ke atas. Marah sampai macam ni sekali? Boleh jadi pelakon ni! Kepala kugelengkan ke kiri dan ke kanan bersama cebikan di bibir. "Tsk... tsk... tsk. Saya cakap macam tu aje awak dah boleh sesak nafas? Drama king jugak ye awak ni?"

Sinis soalan itu kuhamburkan kepadanya. Namun setelah beberapa saat berlalu, keadaannya masih juga begitu. Sekejap-kejap tangannya memegang kerongkong dan sekejap lagi mengurut dadanya pula.

"Danial... kenapa dengan awak ni? Janganlah macam ni. Janganlah main-main. Saya takut." Kelam-kabut aku jadinya apabila dia kulihat tercungap-cungap sedikit ketika mengambil nafas. Tahulah aku kini bahawa dia tidak main-main. Terus aku menyerbu ke arahnya yang masih bersandar pada dinding.

Kimchi untuk awak!Where stories live. Discover now