Bab 5
TENGKU FAZRUL SHAH meneruskan pemanduan menghala jalan menuju ke rumahnya. Sesekali, matanya melirik ke arah Fazliatun yang dilihatnya semakin ayu dan menawan. Nampak berseri-seri wajah gadis itu. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia memuji kecantikan wanita bertudung. Sebelum ini, jangankan nak pandang, nak puji pun tak pernah. Perempuan berhijab memang bukan taste dia.
"Saya laparlah, encik! Encik tak lapar ke?"
Tiba-tiba Fazliatun bersuara. Dia memegang perutnya yang kian rancak berbunyi sejak tadi. Mana tak lapar, nak dekat pukul 3.30 petang dia masih belum menjamah walaupun secubit nasi. Pagi tadi pun dia langsung tidak mengambil sarapan sebagai alas perut.
"You belum makan tengah hari lagi ke? I ingatkan you dah makan."
"Saya memang nak makan tadi. Habis tu encik call nak jumpa saya. Manalah saya sempat nak makan," jelasnya jujur.
Kasihan pula Tengku Fazrul Shah melihat Fazliatun.
"I minta maaf sebab buat you lapar. Sorry sangat. Nanti kita makan dekat rumah I. Mesti mama dah masak sedap-sedap untuk sambut calon menantu dia. You tahan sikit ya, sayang!"
Fazliatun jadi geli-geleman pula apabila mendengar lelaki itu memanggilnya dengan panggilan sayang.
'Dah masuk air agaknya dia ni nak bersayang-sayang bagai. Dia sendiri yang buat syarat tak boleh jatuh cinta, tiba-tiba dia pulak jadi jiwang karat. Cakap tak serupa bikin.'
"Jauh lagi ke rumah encik? Saya tak tahan sangat ni. Sebenarnya, saya ada gastrik," beritahu Fazliatun tanpa berselindung lagi. Wajahnya sudah berkerut menahan sakit. Selalu juga dia kena gastrik jika terlewat makan.
Tengku Fazrul Shah sudah gelabah. Tidak tentu arah jadinya dia. 'Apa aku nak buat ni?' Dia seperti mati akal untuk berfikir. Pedal minyak ditekan sekuat mungkin agar cepat sampai ke rumahnya.
"Rumah I dah tak jauh lagi ni. Lagi 12 minit kita sampailah. You tahan sikit, ya! Im so sorry about that. Sebab I, you dapat gastrik!" Jelas serba-salah muka Tengku Fazrul Shah.
Entah mengapa, dia terlalu bimbangkan keadaan Fazliatun saat ini. Kereta dipandu laju menyusuri jalan raya.
Sampai sahaja di rumahnya, dia terus memarkirkan kereta di ruang garaj. Setelah itu, dia membukakan pintu untuk Fazliatun. Gadis itu hanya diam sambil memandang wajah risau Tengku Fazrul Shah. Kelakar juga dia melihat perubahan sikap Tengku Fazrul Shah yang tiba-tiba prihatin pada dirinya.
Dia mengarahkan Fazliatun masuk ke ruang dalam.
"Jemputlah masuk!" pelawanya lembut.
Fazliatun melangkah perlahan-lahan ke ruang tamu.
"You duduk berehat kat sofa ni dulu! Biar I ambil ubat untuk you."
Tanpa banyak bicara, dia terus berlalu ke dapur. Ketika itu dia terserempak dengan mamanya yang sedang berdiri di tingkat atas.
"Lambatnya Rul sampai rumah? Singgah ke mana saja?" soal Tengku Arianis seraya tersenyum manis.
Tengku Fazrul Shah hanya membisu. Dia tidak menjawab pertanyaan mamanya dan meneruskan langkah ke peti kecemasan. Tangannya ligat membuka kotak itu lalu mencapai satu ubat yang berwarna merah. Sesudah itu, dia mengambil air masak dan gelas sebelum bergegas ke ruang tamu.
Dia meletakkan ubat itu di atas meja lalu bersuara. "You makan ubat ni cepat! Biar perut tu tak sakit lagi," katanya begitu prihatin.
Fazliatun hanya menurut tanpa banyak soal. Sambil meneguk air masak bersama ubat gastrik, matanya tunak memandang ke sekeliling ruang tamu banglo mewah itu. Sungguh cantik perabot-perabot dan kerusi kayu yang terdapat di situ. Kagum dia melihatnya.
YOU ARE READING
Isteri Sementara
RomanceGara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menja...