Bab 18

15.5K 399 7
                                    


APABILA sampai ke selekoh menghala ke Pavilion, tiba-tiba Tengku Fazrul Shah memberhentikan keretanya secara mengejut di bahu jalan. Setelah jauh memandu, barulah dia teringat pada Fazliatun. Kerana leka sangat melayan Nauri, membuatkan dia lupa pada isterinya itu.

"Ya Allah, macam mana aku boleh terlupa kat dia. Kesian dia. Mesti dia tengah tunggu aku sekarang ni." Tengku Fazrul Shah mengeluh panjang. Dia meraup mukanya beberapa kali.

Pantas dia mendail nombor telefon Fazliatun namun tidak berjawab.

"Ish tak angkat pulak pompuan ni. Mana pulak dia pergi?"

Sebenarnya dia pelik dengan kejadian tadi. Bagaimana dengan mudah dia boleh melayan Nauri sedangkan selama ini dia memang tidak suka pada gadis itu? Hairan juga. Dia bagaikan dipukau.

Ketika sedang asyik berkhayal, tiba-tiba telefonnya berdering tanda ada satu panggilan masuk.

'Siapa pula yang call ni?'

"Hello!"

"Hello sayang. You ada kat mana sekarang ni? Penat tau I tunggu kat sini macam orang bodoh. You jadi datang tak?" Suara manja Nauri kedengaran di telinganya.

"Sorrylah, I tak jadi pergi sana. I ada emergency." Terus dia mematikan talian tanpa sempat Nauri berkata apa-apa.

Dalam fikirannya sekarang asyik memikirkan keadaan Fazliatun. Sudahlah isterinya itu tidak ada banyak duit, macam mana dia nak balik? Tengku Fazrul Shah merasa menyesal pula kerana melayan kerenah Nauri. Kalau dia tidak berjumpa Nauri, sudah tentu perkara begini tak akan berlaku.

Dia mendail lagi nombor telefon Fazliatun. Mujurlah kali ini panggilannya dijawab.

"You ada kat mana tu? I minta maaf banyak-banyak sebab tinggalkan you tadi," ucapnya sebaik sahaja Fazliatun menjawab panggilannya,

"Tak apalah. Saya boleh balik sendiri." Ringkas sahaja jawapan isterinya.

"You marahkan I lagi ke?"

"Tak marah pun. Okeylah encik. Bateri saya dah nak habis ni. Nanti kita jumpa kat rumah aje. Assalammualaikum!"

"Okey. Waalaikummussalam."

Tengku Fazrul Shah memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Entah mengapa, dia merasakan sikap Fazliatun agak berlainan daripada biasa. Seperti ada yang tidak kena.

Tanpa membuang masa, dia terus masuk ke dalam kereta.


Isteri SementaraWhere stories live. Discover now