Bab 82

16.1K 275 0
                                    

"MACAM MANA boleh jadi macam ni, Mawar?" soal Rizal sebaik mengetahui perkara sebenar. Tidak menjangka, Tengku Fazrul Shah boleh bertindak senekad itu. Apa salah adiknya?

"Mawar pun tak tahu, bang. Tiba-tiba aje dia putuskan pertunangan kami," ujar Mawar menipu. Sebolehnya dia mahu abangnya menyalahkan Tengku Fazrul Shah. Hanya dengan cara itu, Rizal boleh membantunya.

"Abang tak percayalah dia buat macam tu kat Mawar! Entah-entah, Mawar ada buat benda bukan-bukan tak? Lebih baik Mawar cakap betul-betul kat abang. Jangan nak menipu."

"Tak ada, bang. Sumpah!"

Kali ini wajah Mawar nampak bersungguh-sungguh. Sayu hati Rizal melihat adik kandungnya bersedih begitu. Dia perlu berbuat sesuatu. Tengku Fazrul Shah tidak boleh memutuskan pertunangan dengan adiknya semudah itu. Ini melibatkan soal maruah dan harga diri Mawar. Bukan soal kecil. Sebagai abang, dia tak mahu adiknya dipermain-mainkan begitu.

"Mawar jangan sedih, ya! Abang janji, abang akan pujuk Rul baik-baik. Mesti hati dia akan lembut juga." Kepala adiknya diusap lembut.

"Terima kasih, abang! Tolong Mawar, ya!"

Semangat Mawar pulih kembali. Hatinya menjadi lapang kini. Dia berharap, Rizal dapat memujuk lelaki itu.

Rizal pantas mendail nombor telefon Tengku Fazrul Shah. Beberapa saat kemudian, panggilan bersambut.

"Kenapa dengan kau ni, Rul? Kau ada masalah ke dengan adik aku sampai sanggup putuskan pertunangan korang?" ajunya, terus kepada persoalan utama.

"Aku tak ada masalah, tapi dia. Mawar dah curang kat belakang aku. Dia ada lelaki lain," jawab Tengku Fazrul Shah tanpa berselindung lagi.

"Kau jangan nak tuduh adik aku macam tu. Dia perempuan baik-baik tau." Berubah nada suara Rizal.

"Aku tak tuduh. Apa yang aku cakap tu semuanya betul. Kau tanyalah adik kesayangan kau tu. Jangan nak berlakon suci pulak. Dah buat curang nak berselindung lagi. Dasar hipokrit."

Merah padam muka Rizal menahan marah. Tuduhan liar rakannya itu benar-benar keterlaluan. Dia seakan tidak kenal dengan Tengku Fazrul Shah. Berubah sungguh perangainya.

"Kau ada bukti ke adik aku ada lelaki lain?"

"Ada."

"Mana buktinya? Aku nak tengok."

"Tak payahlah, Zal. Mata aku ni dah jadi saksi kecurangan mereka berdua. Lelaki tu sendiri pun dah mengaku yang dia dan Mawar dah terlanjur. Bukti apa lagi yang aku perlukan untuk pertahankan cinta aku? Hati aku hancur, Zal. Hancur. Tunang yang aku sayang, sanggup curang kat belakang aku. Biarlah kami bawa haluan masing-masing. Suruh aje dia orang menikah. Habis cerita."

"Aku tak percaya!"

"Terpulanglah kat kau. Aku tahu, mesti kau akan bela adik kau tu. Dahlah, Zal. Aku malas nak cakap dengan kau lagi. Kau dengan Mawar sama aje. Suka sangat nak tutup kesalahan sendiri."

"Kau jangan nak tuduh adik aku macam tu. Jaga sikit mulut kau!"

Setelah hampir dua puluh tahun berkawan, baru kali inilah mereka berdua bertengkar sebesar ini. Tidak pernah mereka bertegang urat seperti itu. Jika ada pun, hanya berselisih pendapat dan melibatkan pertengkaran kecil sahaja.

"Aku dah buat keputusan dan aku tak akan jilat semula lidah aku. Perempuan curang macam dia tu, memang tak layak untuk aku. Maafkan aku, Zal! Aku tahu kau marahkan aku. Mungkin antara kami berdua tak ada jodoh. Terimalah hakikat ni walaupun pedih. Aku terpaksa buat macam tu demi masa depan aku."

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now