Bab 53

13.7K 385 9
                                    

KALENDAR yang tergantung pada dinding bilik diselak sekali. Hanya tinggal dua minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Cepat benar masa berlalu. Rasanya baru sahaja berada di awal tahun. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan jun. Fazliatun menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan-lahan. Pandangannya dilontarkan  jauh ke arah pemandangan di luar rumah.
Cuaca pagi ini agak baik. Awan putih menyeliputi petala langit. Menandakan cuaca hari ini sedikit cerah berbanding dua tiga hari lepas. Sejak akhir-akhir ini, selalu hujan. Kadang-kadang dari pagi hujan membawa sehingga ke petang. Suhu pula boleh mencecah sampai ke 29 darjah celcius. Tubuhnya begitu alah dengan cuaca sejuk begitu. Tak tahan. Tiap kali hujan, dia akan memakai sweater tebal dan stoking.

Sepanjang minggu ini, badannya berasa tidak sedap. Sudah dua hari periodnya lambat. Itulah yang meresahkan hatinya. Seperti ada yang tidak kena saja. Mungkinkah ada benih yang baru bercambah di dalam rahimnya selepas kejadian hitam itu? Fazliatun tidak dapat membayangkan itu semua. Jika benarlah dia mengandung, makin sukarlah dia nak lari dari hidup Tengku Fazrul Shah.
Terasa berliku lorong di hadapan. Tak kuat rasanya untuk berhadapan dengan realiti ini apatah lagi setelah suaminya membencinya dirinya. Ke manakah dia harus membawa diri andai lelaki itu membuangnya? Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan keluarga. Dia tak ingin mereka sedih dan bersusah hati. Biarlah rahsia ini dia tanggung seorang diri.

Fazliatun menuju ke dapur. Suara bising Koreng memaksa dia ke bawah. Barangkali Koreng lapar. Kasihan pula dia melihat muka kucing parsi itu.
"Kau lapar, ya? Nanti aku bagi kau makan, ya?" Fazliatun mengusap-usap lembut bulu Koreng. Kucing betina itu mengiau manja lalu mengesel-geselkan badannya ke kaki Fazliatun.

Dia mencapai whiskas di kabinet dapur. Kuat juga Koreng makan. Nak dekat tinggal separuh makanannya. Masuk hari ini, sudah seminggu lebih dia membela Koreng. Tengku Fazrul Shah yang mengajak dia ke pet shop kelmarin. Ketika itu, hubungan mereka berdua masih baik dan mesra. Alangkah indahnya jika perangai suaminya kekal begitu sampai bila-bila. Sudah tentu hidup mereka saat ini disulami bahagia. Tidak seperti sekarang yang bagaikan retak menanti belah.

Tiba-tiba, kenangan beberapa minggu lepas itu menjengah kembali di mindanya.

"Sayang nak kucing yang macam mana? Pilihlah yang mana satu?" soal Tengku Fazrul Shah sambil melihat beberapa jenis baka kucing yang sungguh cantik di kedai haiwan peliharaan itu.

"Banyak sangatlah pilihan. Saya pun dah pening kepala nak pilih. Semuanya cantik dan comel."

"Apa kata sayang ambil kucing parsi ni. Kan cantik. Bulu dia pun lebat. Soal harga, sayang tak perlu risau. Biar abang yang bayar. Abang tahu sayang sunyi kat rumah tu. Sekurang-kurangnya kalau ada kucing, boleh juga temankan sayang," ucap suaminya lalu menggenggam jemarinya.

Fazliatun memandang kucing parsi yang berada di hadapannya. Kucing itu begitu manja apabila dipegang. Ia mengesel-geselkan kepalanya di tangan Fazliatun dan membuat muka comel, seolah-olah ingin memberitahu ia ingin bertuankan wanita itu.

"Encik tengoklah muka dia. Comel sangat. Bulu dia pun lembut sangat macam kapas. Saya sukalah!" Fazliatun tersenyum. Bulu kucing itu disentuh lagi dengan perasaan gembira. Senyumannya lebar sehingga ke telinga.

"Kan abang dah cakap tadi. Kucing parsi ni memang manja dan jinak. Sayang nak beli ke?"

"Nak." Laju saja dia mengangguk.

"Kalau nak, abang pergi kat depan kejap, ya! Nanti abang datang lagi." Tengku Fazrul Shah menuju ke bahagian depan. Dia sedang berbincang dengan tauke kedai. Entah apa yang dibualkan. Fazliatun tidak dapat mendengar. Beberapa minit kemudian, Tengku Fazrul Shah kembali semula.

"Okey tak?" Fazliatun bertanya.
Tengku Fazrul Shah menunjuk tanda bagus.

"Tauke tu bagi harga diskaun sekali dengan sangkar ni. Kalau sayang tak nak kurung dia, boleh aje lepaskan dia kat rumah. Sangkar ni boleh guna masa kita tak ada kat rumah. Apa pendapat sayang?"

"Saya tak kisah asalkan encik sudi belikan untuk saya. Dapatlah saya teman nak berbual kat rumah nanti."

"Happy betul abang tengok muka sayang tau. Sukalah tu dapat kucing, kan. Lepas ni, sayang tak bosanlah duduk rumah sorang-sorang. Nanti dah ada kawan baru, mesti sayang lupakan abang. Yalah, orang dah ada teman. Mesti tak nak bual dengan abang lagi." Tengku Fazrul Shah sengaja mengusik.
Geli hati Fazliatun melihat telatah suaminya. Perangai mengalahkan budak-budak.

"Sayang nak letak nama apa nanti?"

"Tak tahu lagi. Belum fikir."

"Abang rasa nak panggil dia Koreng. Sesuai tak nama tu?"

"Kenapa Koreng? Bulu dia kan putih. Mana ada warna lain-lain." Pelik Fazliatun dengan cadangan nama yang diberikan oleh Tengku Fazrul Shah. Entah apa-apa saja nama.

"Memanglah tak ada warna lain. Cuma abang rasa nama tu unik dan special. Kadang-kadang, tak semestinya bulu dia putih, kita kena panggil nama dia putih. Lagipun dah banyak sangat nama macam tu. Kalau bulu putih aje kena panggil putih. Tak menarik langsung. Kita kenalah cari kelainan sikit."

"Yalah, saya ikut aje. Janji kucing ni milik saya."

"Bukan milik sayanglah, tapi milik kita berdua. Kalau sayang tengok muka Koreng aje, sayang mesti ingatkan abang. Tak kisahlah sama ada masa tu sayang tengah gembira ke, tengah sedih ke. Abang pun sama. Kalau abang ada masalah, abang akan tengok muka dia. Kan seronok macam tu," ucap lelaki itu lagi penuh romantis.

Fazliatun melebarkan senyum. Pandai sungguh suaminya mengambil hati. Terusik juga perasaannya.

"Kucing ni betina ke jantan?"

"Betina. Kenapa, sayang nak beli jantan dan betina ke?"

"Eh, taklah. Saya tanya aje. Nak buat apa beli banyak-banyak, nanti tak terjaga pulak saya. Encik tu bukannya suka kucing pun. Nanti saya jugak yang kena uruskan yang lagi seekor tu. Tak tertangan saya nanti."

"Ish, pandailah sayang nak kenakan abang. Sayang ingat abang ni tak suka kucing ke? Abang pun ada perasaan jugak tau. Kucing ni kan boleh hiburkan hati kita kalau ada masalah. Tengok muka dia aje, boleh reda rasa marah. Hati kita pun boleh jadi tenang dan lapang."

"Boleh percaya ke?" Fazliatun menduga.

"Betul, sayang. Kalau sayang tak percaya, lepas ni kalau sayang marah ataupun susah hati, sayang tengok aje muka Koreng. Abang yakin sayang mesti tenang dan gembira. Percayalah cakap abang ni!"

Fazliatun memandang lama muka Koreng yang sedang makan. Hatinya berasa tenang apabila berbuat begitu. Memang benar kata suaminya. Melihat Koreng bagaikan satu terapi semula jadi untuk meredakan tekanan dan masalah. Terasa berkurangan segala kekusutan yang mengganggu fikiran. Dia membelai tubuh Koreng. Sayang sungguh dia pada kucing betina itu. Sekarang, dia sudah ada teman untuk berbual. Hari-harinya tidak akan sunyi lagi seperti dulu.

"Makan banyak-banyak ya, biar kau cepat besar! Aku tak nak sedih-sedih lagi sebab aku ada kau. Biarlah suami aku nak buat apa pun kat aku, aku kena terima dengan hati yang lapang. Apa pun yang berlaku, aku ikhlas kerana Allah Taala. Hanya Dia yang berhak mengatur perjalanan hidup setiap hamba-hambaNya."

Begitu kata-kata yang keluar dari mulut Fazliatun. Hidup perlu diteruskan biarpun ada banyak ranjau yang menanti di hadapan. Dan mulai saat ini, dia harus bangkit. Selagi dia meratapi nasib diri, sampai bila-bila pun tak ke mana. Dia harus kuat menongkah arus kehidupan ini. Begitu janjinya.

#Macam biasa. Jangan lupa komen dan vote. Huhu. Tq

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now