Bab 47

14.1K 322 3
                                    

SUASANA di Sunway Lagoon agak meriah dengan suara pengunjung yang sesak membanjiri pusat permainan itu. Tambahan pula pada hari minggu begitu memang ramai ahli keluarga datang membawa anak-anak bermain. Tengku Fazrul Shah dan Fazliatun baru sahaja sampai. Mereka kemudiannya duduk di sebuah kerusi.

Mahal juga bayaran masuk ke tempat ini. Walaupun ada harga promosi, namun bagi Fazliatun yang merupakan orang susah, harga begitu memang cekik darah. Dahlah tak boleh bawa makanan dan minuman, kalau tak banyak duit, memang kebulurlah tak makan. Mujurlah ada suaminya. Jika tidak, memang tak ingin dia datang ke Sunway Lagoon ini. Buat habis duit saja. Kalau beli makanan atau pakaian, lagi untung.

"Iman nak mandi ke?" soal Tengku Fazrul Shah sebaik selesai meletakkan barang-barang di dalam loker.

Iman mengangguk. Abang-abangnya yang lain turut mengangguk.

"Kalau nak mandi, pergilah ajak abang-abang Iman. Alif, pergi bawak dia orang mandi!" arahnya lagi.

"Abang Rul dengan Kak Tun tak nak mandi sekali ke? Jomlah mandi sama-sama. Baru seronok." Aqif bertanya.

"Korang pergilah mandi dulu. Kami nak berbual kejap."

Tanpa banyak bicara, Aqif, Alif, Izhar dan Iman menuju ke beberapa permainan yang disediakan di situ. Teruja sangat mereka melihat berbagai-bagai jenis permainan yang agak menyeronokkan. Fazliatun tersenyum melihat adik-adiknya gembira. Tidak pernah dia tengok mereka seriang itu.

"Sayang nak mandi tak?" Suara Tengku Fazrul Shah menampan telinga Fazliatun.

"Macam malaslah. Encik mandi ajelah!"

"Malas pulak dia. Bukan senang tau nak datang sini. Dah terlanjur datang, marilah mandi sekali. Sayang kan dah bawa baju lebih dari rumah. Bukan tak boleh salin nanti." Suaminya memujuk.

"Tak sejuk ke?"

"Dah nama pun air, mestilah sejuk. Jomlah!"

Tengku Fazrul Shah menarik tangan isterinya. Fazliatun sudah tidak ada pilihan. Dia hanya mengikut langkah suaminya. Ramai juga pengunjung yang datang ke Sunway Lagoon pada hari itu.

Tengku Fazrul Shah merancang sesuatu. Dalam kepalanya saat ini sudah keluar macam-macam idea untuk mengenakan isterinya. 'Tadi kau cubit aku, kan. Kali ini, aku nak kenakan dia pulak. Tengok ajelah apa yang aku nak buat,' bisiknya sambil tersenyum dalam hati.

"Ramai sangatlah orang kat sini. Malulah saya!" Fazliatun mengitarkan pandangan ke seluruh kawasan permainan itu. Kiri dan kanan ada orang.

"Sayang ni tak habis-habis dengan malu dia. Dahlah. Kita pergi kat sebelah sana. Jom!"

Tengku Fazrul Shah membawa isterinya ke sebuah permainan yang dikenali dengan nama Vuvuzela. Memang tinggi Vuvuzela itu lebih kurang 30 meter. Mereka berdua terpaksa menaiki anak tangga sebelum sampai di puncak paling atas. Mujurlah Fazliatun tak fobia dengan ketinggian. Dia hanya cuak sedikit apabila berada setinggi ini.

“Aduh, letihnya panjat tangga ni encik. Boleh mati saya macam ni tau. Penat gila.” Tercungap-cungap nafas Fazliatun.

“Kesiannya sayang. Nak abang dukung tak?”

“Ish, tak naklah. Buat malu aje. Macam budak kecik pulak nak dukung-dukung.”

Tengku Fazrul Shah ketawa. “Sayang jugak yang cakap penat, kan? Jadi, abang nak dukunglah.”

“Tak payahlah. Saya boleh naik sendiri,” ucap Fazliatun berlagak.

Apabila sampai, Tengku Fazrul Shah memimpin tangan Fazliatun sebelum mereka duduk di atas pelampung.

"Abang duduk sini, sayang duduk kat sana!"

"Tak bahaya ke, encik? Dahlah tinggi. Takutlah saya.”

"Mana ada bahaya. Tak payah takutlah."

Gerun juga Fazliatun melihat gelongsor itu. Tempat mereka berada sekarang ini lebih kurang tiga puluh meter dari permukaan tanah. Dan mereka akan turun dari sini menggunakan pelampung yang disediakan di situ sebelum sampai ke dasar air. Terasa seram pula Fazliatun melihat dari atas.

"Encik naiklah dulu! Saya nak tengok."

"Abang nak naik dengan sayang. Kita naik sama-sama, ya! Cepatlah, orang lain pun nak main jugak kat belakang tu! Kalau sayang takut, sayang pandang muka abang," paksa Tengku Fazrul Shah.

"Yalah!"

Terpaksa juga Fazliatun menurut.
Fazliatun duduk perlahan-lahan di permukaan pelampung itu. Besar juga ruangnya. Hanya mereka berdua sahaja yang naik. Patutnya kena naik ramai-ramai. Sebaik sahaja pelampung itu bergerak, Fazliatun segera menutup mata kerana terlalu takut. Tengku Fazrul Shah di sebelahnya sudah tergelak melihat muka isterinya yang nampak takut-takut. Kelakar sangat.

“Sayang, bukalah mata tu? Mana syok kalau tutup mata. Tak mencabarlah macam tu. Tengok abang, selamba aje buka mata.”

“Tak naklah. Saya tak berani.”

“Penakutlah sayang ni.”

Apabila hampir sampai ke dasar air itu, secara tiba-tiba Tengku Fazrul Shah memeluk Fazliatun hingga membuatkan isterinya terkejut lantas membuka mata.
Ketika itu seluruh tubuh Fazliatun sudah basah kuyup. Tengku Fazrul Shah dilihatnya tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Sengajakan encik peluk saya. Pandai betul ambil peluang. Ish, geram tau," gumam Fazliatun dengan muka masam.

"Abang tak sengajalah. Bukan suka-suka nak peluk sayang. Dah emergency macam ni apa-apa pun boleh jadi. Seronokkan main air?"

"Aah, seronok sangat." Fazliatun mencebik.

"Nak mandi lagi tak?"

"Tak naklah. Sejuk giler air kat sini. Saya nak naik."

Belum sempat Fazliatun naik ke atas, Tengku Fazrul Shah menarik tangannya. Suaminya itu mengocak-ngocakkan air ke muka Fazliatun. Tambah besar matanya memandang lelaki itu.

"Jahatlah encik ni! Saya tak tahanlah sejuk. Dahlah saya baru aje baik demam. Nanti demam semula tau."

Tengku Fazrul Shah menepuk dahinya.

"Alamak sayang. Sorry sangat-sangat. Abang lupa betul sayang baru baik demam. Dahlah jom naik!"

"Dah habis basah lencun macam ni baru nak ingat. Menyampah betul!" Muka Fazliatun monyok.
Mereka berdua menuju ke bilik persalinan untuk menukar baju. Setelah itu, mereka duduk di bawah sebuah payung yang bersaiz sederhana.


"MANA pulak budak-budak ni pergi agaknya? Dari tadi tak nampak-nampak bayang.” Fazliatun mengomel sambil matanya liar mencari kelibat adik-adiknya.

"Biarlah dia orang main puas-puas. Sayang tu duduk aje kat situ. Maaf tau sebab ajak sayang naik benda tu. Lupa pulak abang yang sayang ni baru sihat. Leka sangat usik sayang sampai lupa semua tu."

"Tak kisahlah. Benda dah jadikan. Saya pun baru teringat. Dah syok-syok main air baru perasan."

"Sayang suka ke?"

"Sukalah jugak. Manalah saya pernah datang kat tempat macam ni kalau encik tak bawak. Dahlah mahal nak bayar, memang tak mampu saya. Adik-adik pun suka sangat masa sampai kat sini tadi. Selama ni, kami tak mampu nak pergi ke tempat mahal macam ni tau. Terima kasih, encik."

"Sama-sama, sayang. Lepas ni kalau sayang teringin nak pergi mana-mana, cakap aje. Abang janji akan bawa sayang ke mana sahaja sayang nak pergi," ucap Tengku Fazrul Shah cukup romantik.

"Cakap memanglah senang. Nanti dah sampai masa, tak boleh pulak nak tunaikan."

"Taklah. Abang janji!"

"Betul ni?"

Tengku Fazrul Shah mengangguk.

"Kalau begitu, saya nak encik bawa saya pergi ke bulan. Boleh tak? Mesti tak boleh, kan?"
Kali ini lelaki itu ketawa.

"Oh pandai ya nak kenakan abang! Kalau bulan tu dekat tak apalah jugak. Ni nak naik kapal angkasa pun makan berhari-hari baru sampai."

"Encik jugak cakap boleh pergi ke mana-mana aje. Tak salahlah saya kata macam tu."

"Yalah, abang tersilap.”

“Tahu tak apa.”

Ketika sedang asyik berbual, tiba-tiba telefon Tengku Fazrul Shah berbunyi nyaring. Pantas dia melihat nama yang tertera di atas skrin. Nauri! Serta-merta air mukanya bertukar.

'Ada apa pulak perempuan ni call aku? Ni mesti dia nak ajak aku pergi shopping kat Pavilion. Ah, pergi mampuslah kau. Sibuk aje mengganggu kebahagiaan aku. Macam dah tak laku sangat.'

Tengku Fazrul Shah menutup kembali telefonnya. Fazliatun yang menyedari muka suaminya berubah terus bertanya.

"Siapa yang call encik?"

"Err...tak ada siapa-siapa. Orang silap nombor kot."

"Macam mana encik tahu silap nombor? Encik kan belum jawab lagi panggilan tu?"

Dahi Tengku Fazrul Shah sudah berpeluh-peluh. Risau sungguh dia jika isterinya tahu Nauri yang menelefon. Apa dia nak jawab ya? Dalam keadaan begini, dia tak mahu panggilan itu boleh menyebabkan hubungan mereka retak seperti dulu. Dia tak sanggup berhadapan dengan situasi memedihkan itu.

"Abang tengok nombor yang call tu tak keluar nama. So, mestilah nombor sesat yang masuk. Kalau orang yang abang kenal, mesti keluar nama."

"Try jawab dulu. Manalah tahu hal penting ke. Encik ni buat main-main ajelah. Jawablah panggilan tu."

"Tak payahlah sayang. Mengganggu aje. Lebih baik kita habiskan masa ni untuk berbual apa yang patut. Bukan senang nak habiskan masa dengan sayang. Esok abang dah kerja tentu sibuk. Hari ni, kalau boleh abang nak temankan sayang sampai puas. Abang tak nak ada sesiapa pun ganggu kita berdua."

"Alah, nanti saya sorang-sorang jugak kat rumah. Bukan ada kawan. Kalau ada teman seronok jugak. Tak pun ada kucing ke hamster ke, dapat jugak usik-usik dia," ujar Fazliatun.

"Sayang nak bela kucing ke? Kalau nak...abang boleh belikan kejap lagi." Prihatin sungguh Tengku Fazrul Shah pada isterinya.

"Eh, taklah encik. Saya gurau aje tadi."

"Cakaplah betul-betul. Abang tahu sayang nak bela kucing, kan? Cepat cakap!" Dia merenung mata Fazliatun mencari jawapan. Indahnya perasaannya ketika ini. Bahagia sangat kerana dapat meluangkan masa bersama-sama orang yang tersayang. Dunia ini dirasakan seperti miliknya seorang.

"Sebenarnya saya teringin jugak nak bela kucing. Taklah bosan kat rumah sorang-sorang. Kalau nak kerja pun, gaji dah ada encik bagi. Saya pun dah tak tahu nak buat apa lagi."

"Yalah, abang faham. Lepas ni kita pergi pet shop."

"Mana boleh."

"Kenapa pulak tak boleh?"
"Adik-adik saya kan penuh kat belakang. Nanti nak masuk barang-barang dapur lagi kat dalam bonet. Takkan nak letak kucing tu kat belakang bonet pulak. Mampus dia lemas."

"Haha, ya tak ya jugak. Pandai betul sayang ni, kan."

Tengku Fazrul Shah mencubit lembut pipi isterinya. Bunga-bunga bahagia semakin berkembang di hatinya. Moga-moga, ia tak akan layu di penghujung waktu.


Isteri SementaraWhere stories live. Discover now