DARI jauh lagi Fazliatun sudah dapat melihat kelibat Raihana. Sebaik saja bertemu, mereka berpelukan mesra. Rindu sungguh Fazliatun pada kawan baiknya itu. Raihana merupakan rakan sekelasnya sejak dari tingkatan dua sampai ke tingkatan lima. Selepas habis Spm, Raihana berpindah ke Johor Bahru kerana mengikut keluarga. Setelah itu, mereka tidak bertemu lagi.
"Maafkan aku, Tun! Masa kau kahwin hari tu, aku tak dapat datang. Sorry sangat-sangat," ucap Raihana agak kecewa.
"Alah, tak apalah. Lagipun kau kat Jb, kan. Bukannya dekat. Syukurlah sebab kita dapat jumpa lagi. Tak sangka betul aku."
Ceria sahaja wajah Fazliatun. Sejak Raihana pindah, hidup Fazliatun terasa sunyi. Dia tidak ada ramai kawan. Hanya Raihana teman yang paling rapat.
"Makin berseri-seri aje aku tengok muka kau lepas kahwin ni. Cantik sangat. Mana cik abang kau? Dia tak ikut sekali ke?" Raihana tersengih. Dia mengajak Fazliatun duduk di sebuah kerusi kosong yang berada di pusat membeli-belah itu.
"Pandailah kau nak puji aku. Suami aku kerjalah. Nasib baik dia izinkan aku keluar jumpa kau. Oh ya, kau datang sini naik apa?"
"Aku tumpang dengan abang sepupu aku. Dia ada hal sikit nak jumpa kawan kat hotel sana tu."
"Untunglah orang ada abang sepupu. Jangan sangkut sudahlah. Haha." Fazliatun tergelak.
"Ish, tak mainlah sepupu-sepupu ni. Dekat sangat. Aku anggap dia macam abang ajelah. Tak lebih pun dari tu."
"Baguslah macam tu. Eh, kita ni asyik berborak aje. Jomlah jalan-jalan cuci mata! Takkan nak duduk kat sini aje. Jom!" ajak Fazliatun setelah hampir lima belas minit mereka berbual.
"Amboi kau! Dah kahwin pun nak buat hal jugak ke?"
"Bukan cuci mata tengok jantanlah. Merepeklah kau ni. Dahlah, jom!" Fazliatun menarik tangan Raihana masuk ke kedai menjual pakaian.
Sebenarnya, Fazliatun nak beli baju dan seluar. Sesekali, teringin juga dia bertukar angin. Asyik pakai baju kurung saja bosan juga. Dia kagum melihat penampilan Raihana yang nampak cantik dan anggun. Rakan baiknya itu memang tidak bertudung seperti dia. Barangkali kerana dibesarkan di bandar Kuala Lumpur membuatkan Raihana terbiasa dengan imej begitu.
Fazliatun tidak kisahkan hal itu. Yang penting, Raihana baik dan jujur. Keluhuran hati seseorang itu bukan diukur dari pemakaiannya. Kalau bertudung labuh pun, tetapi hati kotor tak guna juga. Luar saja nampak baik, namun dalam hati tak seindah yang disangka.
"Aku ingat nak beli bajulah. Tapi, tak pandai nak pilih. Kau tolong aku boleh tak?" Fazliatun memandang ke arah Raihana. Saat ini mereka sudah berada di ruang dalam. Dia tidak tahu nak memilih yang mana sesuai.
"Boleh aje. Kau nak beli baju yang macam mana?"
"Yang macam kau. Tapi tak naklah ketat sangat. Aku ni kan berhijab."
Raihana melangkah ke ruang hadapan. Dibelek-beleknya dress panjang dan blaus di situ. Tengok harga pun taklah mahal sangat.
"Kalau baju dress ni, aku rasa sesuai dengan badan kau. Nak kata seksi, taklah sangat. Warna dia pun menarik."
"Yang mana satu? Ni ke?"
Raihana mengangguk.
"Cantik jugak. Bolehlah aku ambil tiga. Lepas tu blaus ni aku beli dua. Kat rumah tu dah tak banyak baju. Semuanya baju kurung dan tshirt lengan panjang."
"Banyaknya duit kau! Kalau macam tu, bolehlah belanja aku, " usik Raihana sambil tersengih-sengih. Sengaja mengusik Fazliatun.
"Mestilah boleh. Kau nak beli, ambillah. Aku belanja."
"Eh, taklah Tun. Aku gurau ajelah."
"Tak apalah. Aku serius ni nak belanja."
Setelah melihat wajah Fazliatun yang bersungguh-sungguh itu, akhirnya Raihana membeli juga dua helai baju.
"Terima kasih, Tun!"
"Sama-sama. Kau ambil course apa kat UiTm tu?" Tiba-tiba Fazliatun bertanya setelah selesai membayar harga baju di kaunter.
"Course pendidikan. Samalah macam cita-cita kau tu. Kau tak nak mohon ke? Nanti kita boleh study sama-sama."
"Memang aku nak tapi kewangan tak mengizinkan. Kau tahukan macam mana family aku. Buat masa ni memang tak boleh."
"Sabar ajelah. Kalau ada rezeki nanti InsyaAllah mesti boleh belajar." Raihana menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Kasihan dia melihat kesusahan hidup Fazliatun. Hidup gadis itu betul-betul susah. Tidak seperti dia yang berasal dari keluarga senang. Dia cukup faham itu semua.
Ketika hendak melangkah keluar dari pusat membeli-belah itu, tiba-tiba handphone Raihana berbunyi. Pantas dia menyeluk kocek seluarnya sebelum menekan butang hijau.
"Ha, kenapa bang? Ana dah nak balik ni. Abang kat mana tu?" Raihana berhenti melangkah.
"Okeylah macam tu. Ana tunggu kat depan Ambank tau. Okey, bye!"
"Siapa yang call, Ana?"
"Abang sepupu aku. Dia cakap nak ambil aku pulak. Kau tak nak tumpang sekali ke?"
"Tak payahlah. Aku boleh naik teksi aje." Fazliatun menolak.
"Alah kau ni mengada tau. Tumpang ajelah sekali. Dah terlanjur satu jalan. Kalau kau tak nak, lepas ni aku malas nak jumpa kau lagi." Raihana mengugut. Serba salah Fazliatun jadinya.
"Erm...yalah cik Ana sayang. Aku tumpang kau, ya. Puas hati?"
Akhirnya mereka ketawa. Beberapa minit kemudian, muncul seorang lelaki di hadapan mereka. Mata Fazliatun terbeliak besar memandang wajah itu.
"Tun, inilah dia abang sepupu aku! Nama dia, Firman. Abang, nilah kawan Ana yang Ana ceritakan tu. Cantikkan orangnya?" Raihana melirik ke arah Firman seraya tersenyum.
Firman pula sudah terpinga-pinga. Sungguh dia tak sangka, Fazliatun adalah kawan baik Raihana. Sungguh kecil dunia ini dirasakan.
“Hai..." ucap Firman seraya tersenyum.
"Hai jugak!"
Mahu tak mahu, Fazliatun terpaksa juga memaniskan muka di hadapan Raihana. Menyesal pulak dia bersetuju tadi. Ternyata, Firman merupakan abang sepupu kepada Raihana. Selama mereka berkawan hampir lima tahun, baru sekarang ini dia mengetahui perkara itu. Benar-benar aneh dan pelik.
"Jomlah kita balik!" Raihana menarik tangan Fazliatun menuju ke kereta. Fazliatun hanya menurut.
Firman yang masih tercegat berdiri di situ hanya tersenyum manis memandang wajah gadis itu. Dia tidak tahu nak gambarkan perasaannya saat ini sama ada gembira atau berduka? Akhirnya mereka bertemu lagi buat kali ketiga. Seolah-olah sudah dirancang. Kebetulan ataupun jodoh?
Fazliatun duduk di kerusi belakang manakala Raihana duduk di sisi Firman. Kereta yang dipandu terus memecut laju membelah jalan raya.
"Abang boleh hantarkan Tun, kan?"
Firman hanya mengangguk kecil.
"Kau tinggal kat mana Tun?" soal Raihana lantas berpaling ke belakang.
"Shah Alam!" Ringkas sahaja jawapan Fazliatun.
“Dekat tu. Bukan jauh mana pun. Abang Man ni dari tadi Ana tengok senyap aje. Biasanya mulut dialah yang paling riuh bercakap. Kenapa mati kutu pulak?”
“Pandai-pandai aje Ana nak kenakan abang, ya.”
Firman membulatkan mata. Raihana hampir nak tergelak melihat muka abang sepupunya itu.
Fazliatun di belakang hanya diam sahaja. Perasaannya menjadi resah tidak menentu. Apa yang dia nampak, lelaki itu asyik menjelingnya sejak tadi. Melalui cermin pandang belakang, Firman memerhatikan tingkahnya yang kelihatan kalut semacam.
'Matilah aku kali ni kalau Fazrul nampak. Ya Allah, kau lindungilah aku dari perkara tak baik. Aku bermohon padaMu, Ya Allah!'
Berulang-ulang kali Fazliatun memohon dalam hati. Moga-moga, suaminya tidak tahu akan hal ini.
YOU ARE READING
Isteri Sementara
RomanceGara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menja...