Bab 51

15K 301 1
                                    

FAZLIATUN tersedar dari lena yang panjang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Dia bingkas bangun dan menyelak kain langsir. Hari sudah pun siang. Pasti suaminya sudah pergi kerja. Apabila mengingati suaminya itu, tiba-tiba dia teringat pasal kejadian malam semalam. Tengku Fazrul Shah balik rumah dalam keadaan mabuk dan memarahinya secara tiba-tiba.

Dan paling dia tak sangka apabila lelaki itu tega memperlakukannya seperti binatang yang tidak punya hati dan perasaan. Dia kecewa dan sedih. Suami yang dikenali baik dan ikhlas menyayanginya itu sanggup berbuat begitu pada dirinya. Fazliatun bencikan lelaki itu. Benci sangat. Selepas peristiwa hitam itu, dia sudah tak nampak lagi rasionalnya dia meneruskan perkahwinan palsu ini.

Ingin sahaja dia lari sejauh-jauhnya dari hidup Tengku Fazrul Shah. Tak ingin dia melihat wajah itu biarpun sesaat. Suaminya itu benar-benar kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Dia tidak akan pernah memaafkan kesalahan Tengku Fazrul Shah sampai bila-bila. Begitu tekadnya dalam hati. Biar apa jua yang bakal berlaku, dia tak nak ambil peduli. Dia harus keluar dari rumah ini.

Tetapi, kemanakah dia nak duduk? Haruskah dia pulang saja ke rumah dan mengkhabarkan perkara ini kepada mak dan ayah? Apa pula kata mereka nanti? Dah tentu mereka akan marah padanya kerana dia merupakan isteri sah Tengku Fazrul Shah. Takkan dia nak cakap suaminya telah menodainya tanpa rela. Memang tidak masuk akal. Alasan yang tidak boleh diguna pakai untuk membela diri.

Semakin buntu Fazliatun jadinya. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu ada benih yang akan bernyawa di dalam rahimnya. Dia tak rela mempunyai zuriat dengan lelaki itu. Dia belum bersedia untuk semua itu kerana usianya masih terlalu muda. Masih banyak lagi impian yang belum dicapai. Untuk mendapat anak lagilah jauh sekali. Dia benar-benar tertekan dengan situasi yang mencengkam diri ini.

"Ya Allah! Apa yang aku nak buat ni? Aku betul-betul tertekan dengan kejadian ini. Kau berikanlah aku petunjuk untuk melalui ujian ini! Aku tak kuat, ya Allah. Aku hanyalah seorang insan yang lemah!" Dia menadahkan tangan berdoa kehadrat Ilahi agar diberikan ketenangan hati.

Dia mencapai telefonnya. Nombor Raihana dipandang lama. Dia seperti ingin meluahkan masalahnya kepada rakan baiknya itu. Tetapi, bagaimanakah penerimaan Raihana sebaik mendengar ceritanya? Tentu Raihana pelik dan hairan nanti. Apa yang perlu dia katakan pada Raihana? Sudah tentu dia terpaksa membocorkan rahsia perkahwinannya sedangkan dia sudah berjanji untuk merahsiakan hal itu.

Kali ini dia benar-benar sudah terperangkap dan terjerat. Sampai hati Tengku Fazrul Shah melakukan perkara itu terhadapnya. Mana pergi janji lelaki itu untuk menuruti syarat dan perjanjian yang telah dipersetujui bersama-sama? Mana pergi janji-janji itu? Apakah ini memang rancangan suaminya? Adakah dia sudah ditipu?

Menyesal pun tak ada guna lagi. Perkara sudah pun berlaku. Jika dia menangis sampai keluar air mata darah sekalipun, kesucian dirinya tetap tidak akan boleh dikembalikan. Dia bukanlah anak dara lagi. Status dirinya akan bertukar seandainya ada benih yang bercambah di dalam rahimnya.


"YOU kat mana tu, Nauri? I nak jumpa you malam ni boleh tak?" soal Tengku Fazrul Shah romantik. Suaranya kedengaran lembut.

"Mestilah boleh. Nak jumpa kat mana tu?" Nauri melebarkan senyuman. Saat itu dia sedang memeriksa nama pelanggan di komputer ribanya.

"Nanti I ambil you malam ni tau. You tengah buat apa tu? Dah makan ke belum?"

"I ada kat butik ni. Tak sibuk pun. Macam mana hubungan you dengan isteri you? Dah baik ke?" Nauri sengaja bertanyakan soalan itu kerana ingin melihat reaksi Tengku Fazrul Shah.

"Dahlah, jangan sebut lagi pasal dia. I tak suka."

"Okey...okey. I minta maaf!"

Cepat benar lelaki itu berubah. Memang berkesan betul minyak pengasih Mak Wok itu. Tak sampai 24 jam, lelaki itu sudah gila bayang pada dirinya. Tak sia-sialah dia berhabis duit membeli minyak itu. Tanpa dia sangka, Tengku Fazrul Shah akhirnya tunduk juga di bawah kakinya. Memang itulah yang dia harapkan. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui hubungan mereka suami isteri sudah retak menanti belah.

Lagi mudahlah tugasnya selepas ini. Mesti Tengku Arianis gembira jika mendengar berita ini. Dan dia cukup yakin, perempuan tua itu akan memujuk Tengku Fazrul Shah supaya mengahwininya. Nampak gaya, tidak lama lagi segala impiannya akan terlaksana. Nauri ketawa dalam hati.

"Kenapa you call I? You kan tak sukakan I?"

"Sebenarnya I dah mula jatuh hati kat you. Entahlah. Aneh sungguh perasaan ni. I sendiri pun tak tahu. Tapi percayalah, I betul-betul dah sayangkan you," ujar Tengku Fazrul Shah tanpa berselindung lagi tentang perasaannya. Nauri perlu tahu gelodak hatinya. Biarlah gadis itu nak kata dia gila. Dia tidak kisah.

"I macam tak percaya aje!"

"Betul. I tak tipu."

"Susahlah I nak percaya selepas apa yang dah berlaku."

"I faham perasaan you. Mesti you pelik tengok I berubah secepat ni. Tapi, percayalah kata-kata I ni. I tak tipu you."

"Memanglah pelik. Tiba-tiba aje you jadi macam ni."

"Kalau dah Allah nak gerakkan hati I untuk sayangkan you, apa yang peliknya. Ni kan semua kerja Dia."

Nauri tertawa. Memang makin bertambah sayang lelaki itu padanya. 'Baru padan muka kau, Fazrul. Dulu, kau tolak aku mentah-mentah, kan. Sekarang ni kau rasalah macam mana yang aku rasa. Sampai bila-bila pun, hanya nama aku aje yang kau puja,' bisiknya dalam hati.

"Apa bukti you sayangkan I?"

"I akan serahkan segalanya-segalanya untuk you sebagai tanda cinta I ni!"

"Erm...yalah tu. Dulu pun you janji macam tu. Last-last, lain pulak yang jadi. I dah cukup faham sangat perangai you. Hati you tu tak tetap. Suka berubah-ubah macam ombak di lautan."

"Janganlah cakap macam tu. Okeylah, I mengaku I dah buat silap. I ni cuma manusia biasa aje yang tak lepas dari melakukan kesalahan. Kalau you tak boleh nak maafkan I, I tak akan paksa. Biarlah I bawa diri I jauh-jauh dari you. Mungkin you tak sayangkan I lagi." Suaranya kedengaran berubah nada. Berjauh hati apabila Nauri memperkotak-katikkan dirinya.

"I nak you buktikan cinta you pada I," ucap Nauri apabila menyedari lelaki itu berjauh hati dengannya.

"You cakaplah macam mana caranya? I akan buktikan segala-galanya demi you. Percayalah!"

"Baiklah. I nak pinjam duit dengan you."

"Berapa tu, sayang?"

"Dalam dua ratus ribu ringgit. Boleh ke?"

Tengku Fazrul Shah terdiam sejenak. Jumlah duit yang diucapkan oleh Nauri memang banyak. Namun setelah difikirkan baik-baik, apalah nak dipersoalkan jika dibandingkan dengan penerimaan Nauri yang sudi menyambut huluran kasihnya. Duit sudah tentu boleh dicari. Tapi hati Nauri, sukar untuk dibeli. Akhirnya dia tersenyum sendiri.

"Boleh aje. Hal kecik macam tu takkan I tak boleh tolong kot. Kalau you tak nak bayar pun tak apa. I boleh bagi dengan rela hati. Asalkan you boleh terima I, I sanggup bagi duit kat you."

"Janganlah macam tu. I nak pinjamlah bukan nak kikis duit you." Nauri berpura-pura baik. Sengaja ingin memancing Tengku Fazrul Shah.

"Betul ni. I ikhlas bantu you. You ada masalah ke?"

"Ya, Rul! I nak settle kan hutang I dengan pihak bank. Dah banyak sangat tertunggak. I tak nak nama I blacklist kalau tak bayar. I minta maaf sangat sebab dah susahkan you. Kepala I dah buntu nak cari duit dalam masa terdekat ni. Kalau I tak dapat jelaskan hutang I, kemungkinan butik I akan disita. I tak nak macam tu. I takut, Rul," luahnya sambil menangis teresak-esak. Pandai betul dia berlakon untuk mengaburi mata lelaki itu.

"Dah, janganlah menangis. Benda kecik aje tu. You jangan risaulah. I akan tolong you punya. Bila you nak guna duit tu?"

"Selewat-lewatnya petang esok."

"Tak apa. Nanti I sediakan cek bernilai dua ratus ribu ringgit tu, ya! Sekarang ni I nak you senyum dan jangan menangis lagi. Boleh tak?"

Tengku Fazrul Shah memujuk Nauri. Entah di mana silapnya, mudah sungguh dia tertipu dengan lakonan gadis itu. Duit sebanyak dua ratus ribu ringgit itu bukanlah satu nilai yang kecil. Nilainya terlalu besar. Gara-gara pengaruh minyak pengasih itu, dia seakan-akan menjadi bodoh dan menurut segala kata Nauri untuk membuktikan cintanya pada gadis itu.

"Terima kasih, sayang! I love you so much."

"I love you too. Muahhh!"

Nauri macam nak termuntah mendengar lafaz cinta dari mulut Tengku Fazrul Shah. Kalau bukan kerana duit, jangan harap dia nak susahkan diri mengejar cinta lelaki itu. Buat letih dia saja. Jadi terpaksalah juga dia melayan walaupun sukar. Janji dapat duit. Apa sahaja dia sanggu buat.

"Malam ni you nak datang pukul berapa?"

"Maybe selepas pukul 8."

"You tahukan rumah I?"

"Rasanya tahu kot sebab I pernah hantar mama jumpa Auntie Mona dulu. Rumah you kat Ampang, kan?"

"Ya, betullah tu. Jangan silap rumah pulak."

"Hehe. I tahulah sayang. Nanti malam kita dinner kat Hotel Grand Hyatt, ya. I akan buat tempahan kejap lagi. You okey tak kalau dinner kat situ? Atau you ada cadangan  lain?"

"Erm...bolehlah tu. Asalkan you sudi nak bawa I dinner malam ni."

Tengku Fazrul Shah gembira. Sejak bertemu dengan Nauri semalam, dia terus terbayangkan wajah gadis itu. Bangun pagi sahaja nama wanita itu yang disebut berulang-ulang kali. Dia seakan-akan sudah gila bayang pada Nauri. Dia sendiri pun pelik dengan perasaannya. Apa yang pasti, nama Fazliatun sudah semakin kabur dari penglihatannya. Dan dia terus melupakan begitu sahaja perbuatan jahatnya pada isterinya malam semalam.

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now