Bab 22

15.8K 345 1
                                    

"ENCIK, bangun!" Fazliatun terpaksa juga mengejutkan suaminya apabila melihat jam sudah hampir ke pukul sembilan pagi.

Tengku Fazrul Shah terpisat-pisat sebelum bangun.

"Dah pukul berapa ni?" soalnya dalam keadaan mamai.

"Sembilan. Encik nak balik sana pukul berapa?|"

"Tengoklah dulu. I nak mandi kejap!"

Tengku Fazrul Shah terus bangkit dan mencapai tuala. Sebelum membuka pintu, dia menoleh ke arah Fazliatun.

"Tolong kemaskan baju I! Lupa pulak nak kemas semalam," arahnya kemudian.

Sesudah itu, dia terus keluar. Fazliatun menyabarkan hati. Malas nak ingat benda yang dah berlaku. Buat sakit hati saja. Tangannya mencapai baju dan seluar suaminya yang digantung di dalam almari. Pantas sahaja dia melipatnya lalu dimasukkan ke beg.


Isteri SementaraWhere stories live. Discover now