Bab 1

50.5K 826 31
                                    

Bab 1

JAWATAN KOSONG : ISTERI SEMENTARA

Gaji : Rm 10,000 sebulan

Syarat-syarat:-

(1) Mestilah seorang perempuan sejati. Bukan mak nyah, pondan ataupun tomboi.

(2) Berusia 18 tahun ke atas dan tidak lebih daripada 25 tahun. Yang penting, anak dara. Mak-mak janda kat luar sana tu jangan berangan nak jadi isteri aku.

(3) Belum ada kekasih, tunang atau seangkatan dengannya.

(4) Ada rupa yang cantik, body baik macam model. Kalau badan serupa badak air, muka ada iras itik serati, jangan buang masa datang interview. Tidak akan dilayan sama sekali. Harap maklum!

(5) Kena sign surat perjanjian. Perlu jadi isteri selama setahun. Jika kurang dari tempoh itu, dikehendaki untuk bayar ganti rugi sebanyak Rm 20,000.

(6) Perlu duduk serumah (wajib). Tidur di bilik yang berasingan. Masing-masing ada hak privasi sendiri.

(7) Tidak boleh saling jatuh cinta antara satu sama lain.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Tengku Fazrul Shah di talian 013-2567890 untuk datang temu duga.

Jangan mesej atau whatsapp kerana tidak akan dibalas. Aku ada banyak kerja nak buat kat ofis. Tak ada masa nak balas mesej korang. Hanya panggilan telefon sahaja dibenarkan.

P/s: Kalau nak call, pastikan antara jam 8 pagi sampai ke jam 12 tengah hari sahaja. Selepas waktu itu, tidak akan dijawab. Take note!

"Amboi! Nak cari bini sementara pun mengalahkan nak cari isteri betul-betul. Banyak sungguh syarat yang diletakkan. Dia ingat, dia anak raja ke? Apa jenis lelakilah mamat ni. Poyo gila!"

Fazliatun mencebikkan bibir ketika membaca blog milik Tengku Fazrul Shah yang dirasakan tidak masuk akal itu. Dalam zaman serba moden seperti ini pun masih ada lelaki seperti Tengku Fazrul Shah. Nak cari isteri punyalah sempurna, macamlah dia tu perfect sangat. Fazliatun mengomel dalam hati.

Entah macam manalah dia boleh melayari blog lelaki itu dia pun tidak tahu. Ini semua berlaku gara-gara dia sibuk mencari kerja kosong di internet hingga bertemu blog aneh itu. Memang malanglah nasib perempuan yang akan jadi isteri dia tu. Macam terdesak sangat nak cari calon isteri. Yang pelik tu, kenapa isteri sementara? Kenapa tak jadi isteri sampai ke hujung nyawa.

Tengok dari gaji memang lumayan. Siapa yang tak nak gaji Rm 10,000 sebulan. Mati hidup balik pun belum tentu dia dapat gaji sebanyak tu. Sekolah pun sampai STPM aje. Tapi, nak penuhi syarat dia tu yang susah.

Saat itu dia sedang berada di biliknya. Masuk hari ini, sudah hampir lima tempat dia kunjungi semata-mata nak cari kerja. Apalah sangat kerja yang dia boleh dapat dengan kelulusan STPM. Kalau tak kerani cabuk, cikgu tadika, cashier di 7 Eleven, tak pun promoter dekat pusat membeli-belah. Hanya itu kerja yang sesuai dengan kelayakannya.

Nak sambung belajar pun, nak guna banyak duit. Bukan dia tak mahu, tetapi mereka sekeluarga tidak mampu. Adik-adiknya ada empat orang lagi yang masih belajar di sekolah menengah. Ayahnya pula hanyalah seorang tukang kebun di sekolah cina. Berapa sangatlah gaji tukang kebun. Kerana kesempitan wang, emaknya juga terpaksa bekerja demi mencari sesuap nasi.

"Jika ada apa-apa perkembangan, pihak kami akan hubungi Cik dengan segera sekiranya diterima bekerja. Terima kasih sebab sudi datang temu duga!" Begitulah ayat yang sering dia dengar semasa menghadiri temu duga tempoh hari. Boleh dikatakan, hampir semuanya sama. Ibarat copy paste.

Fazliatun mengeluh panjang.
'Kerja apa aku nak buat ni? Kata nak call, ni dah masuk dua minggu senyap aje. Kalau tak dapat tu, bagitahu ajelah. Kan, senang. Tak adalah sakit hati aku ni nak menunggu. Susah betul kalau berurusan dengan manusia yang tak ada tamadun ni.'

Dia membaca lagi jawatan kosong yang ditawarkan oleh Tengku Fazrul Shah. Tekun sungguh dia membaca satu per satu syarat itu. Antara syarat-syarat itu, semuanya tidak ada masalah baginya. Cuma syarat nombor lima dan enam saja yang nampak susah. Nak kena tandatangan kontrak bagai, macam rumit pula. Seandainya dia menarik diri sebelum cukup satu tahun, sudah tentu dia akan membayar ganti rugi sebanyak dua puluh ribu ringgit.

Dekat mana dia nak cekau duit sebanyak tu. Nak minta pada emak dan ayahnya? Memang nak menempah maut. Tak ada penyakit, cari penyakit. Dan syarat nombor enam tu, rasanya agak sukar dilakukan. Perlu duduk serumah tapi bilik asing-asing. Bukan boleh percaya sangat dengan orang jantan zaman sekarang ni. Pantang nampak ikan depan mata sikit, dah tentu habis kena ngap. Ish, selisih malaikat empat puluh empat.

Fazliatun menggeleng. Seriau pula dia. Memang tak masuk akal jika difikir-difikirkan. Namun apabila mengenangkan imbuhan yang bakal dia dapat, akhirnya dia tersenyum sendiri.

'Apa kata kalau aku cuba nasib. Manalah tahu Tengku sewel tu terima aku jadi isteri sementara dia? Buat apa nak takut. Yang penting, muka aku ni memang cantik dan cun. Neelofa pun boleh kalah tau.

Fazliatun sudah memasang impian. Dalam hidupnya mudah, jika inginkan sesuatu yang dihajati, perlu buat sehabis baik. Biarlah orang ingin kata dia gila, dia malas ambil peduli. Body aku, hidup aku...aku punya pasallah.

"Tapi, apa yang aku nak cakap pada mak dan ayah? Ah, tolong!"

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now