Bab 15

17.5K 431 3
                                    

SUASANA di Tesco itu agak sesak dengan orang ramai. Payah juga Fazliatun nak berjalan. Sampai sahaja di tempat membeli-belah itu, dia dan Tengku Fazrul Shah terus menuju ke bahagian dalam.

"Encik nak beli kipas yang macam mana? Yang besar ke kecik?" soal Fazliatun sambil memegang beberapa jenis kipas yang kini berada di hadapannya.

"Yang besar ajelah. Senang sikit. Tak adalah panas sangat nanti," balas Tengku Fazrul Shah.

"Kecik pun dah okey, encik. Lagipun bukannya kita ni suami isteri betul-betul. Buat rugi aje encik beli yang besar."

"Biarlah I nak beli yang besar pun. Duit I, bukan duit you. Sibuk pulak dia."

"Ikut enciklah. Saya tak kisah. Tapi, jangan suruh saya bawak kipas tu pulak. Dahlah panjang, entah muat tak masuk dalam bonet kereta." Fazliatun membebel lagi. Ada saja mulutnya nak bercakap.

"You ni kan kalau dah cakap, mulut tu tak tahu berhenti. Pot pet pot pet aje macam mulut nenek kebayan. Kecoh betul!" Kecil besar saja dia tengok muka isterinya itu. Nasib baiklah comel, kalau tak... sudah lama dia jahit mulut Fazliatun. Tak padan dengan kecik.

"Saya memang macam ni, encik. Dah biasa cakap banyak lebih-lebih lagi dengan orang macam encik ni."

"Ikut youlah." Tengku Fazrul Shah dah tak tahu nak cakap apa lagi. Malas nak panjangkan cerita. Nanti makin banyak pulak celoteh Fazliatun.

"Tu aje ke encik nak beli?" soalnya lagi.

Tengku Fazrul Shah yang baru menapak beberapa langkah berhenti.

"Ni ajelah dulu. Kang I beli banyak-banyak nanti, you cakap rugi pulak. Yalah, kita ni kan suami isteri olok-olok. Buat rugi duit I aje beli banyak-banyak."

Sebaik berkata begitu Tengku Fazrul Shah terus menuju ke kaunter pembayaran. Fazliatun hanya memerhati dari jauh. Baru beberapa hari menjadi isteri lelaki itu, dia dapat merasakan Tengku Fazrul Shah baik juga orangnya biarpun kadang-kadang bahasanya sedikit kasar. Mungkin memang begitu sikapnya.

Dan apabila hari berganti hari, Fazliatun seakan berdebar. Dia tahu status isteri yang dipegangnya akan bertukar dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Tempoh setahun yang disyaratkan itu bukanlah lama sangat. Pejam celik, pejam celik dah cukup setahun. Dia seakan-akan takut menunggu hari malang itu. Bagaimanakah agaknya penerimaan keluarganya andai mengetahui perceraian mereka nanti? Adakah ayah akan marah? Adakah emak akan bersedih? Risau juga dia memikirkan itu semua.

"You tunggu kat sini dulu. I nak hantar kipas ni kejap."

Suara garau Tengku Fazrul Shah segera mematikan lamunannya. Pantas dia memandang suaminya.

"Okey," angguknya perlahan.

Tengku Fazrul Shah melangkah ke kereta BMW miliknya lalu menekan punat kunci. Dia memasukkan kipas itu ke dalam bonet kereta. Belum sempat dia menutup bonet, tiba-tiba tubuhnya diraih oleh seseorang. Berderau jantungnya.

"Sayang, you buat apa kat sini? I miss you so much," ucap Nauri manja. Gadis itu kelihatan seksi dengan baju ketat dan skirt pendek. Tangannya masih lagi merangkul erat pinggang Tengku Fazrul Shah.

Terpana sekejap dia melihat gadis itu.

"You jangan merepeklah, Nauri! Jangan buat kerja gila. I ni dah kahwin. Lepaskan tangan you tu," tengking Tengku Fazrul Shah. Dia merentap kuat tangan Nauri sehingga membuatkan gadis itu terdorong sedikit ke belakang.

"Alah you ni, kolot sangatlah. Bukannya I tak tahu you kahwin dengan pompuan miskin tu sebab terpaksa, kan. You sengaja pilih dia kerana you nak mengelak dari I. Betul, kan?" Nauri menarik muka masam.

"Lantak youlah nak cakap apa pun. I dont care about that. From now, please stay away from me."

"But why, sayang?"

"Sebab I tak pernah cintakan you biarpun sebesar hama. I harap you faham." Tengku Fazrul Shah mengalihkan pandangan ke arah lain. Tak kuasa dia nak melihat wajah Nauri. Bukan dia tidak tahu perangai liar gadis itu. Ramai sangat teman lelaki sehinggakan sanggup menggadaikan maruah diri demi wang ringgit. Perempuan liar begitu memang tidak sesuai menjadi isterinya.

"Hei, come onlah. You cakap pasal cinta dengan I. Habis tu, you kahwin dengan pompuan tu atas dasar apa pulak. Cinta ataupun nafsu? Janganlah nak tunjuk alim kat sini." Suara Nauri kian meninggi. Sakit betul hatinya melihat keangkuhan lelaki itu. Berlagak betul. Meluat sungguh dia.

Sikap Tengku Fazrul Shah memang sukar untuk diduga. Semalam, perangai lelaki itu baik-baik saja semasa mereka bergambar berdua. Hari ini, sikapnya berubah terus. 'Mentang-mentanglah dah ada isteri, muka aku pun langsung dia tak nak pandang. Kurang ajar punya jantan.'

"Em...okeylah. I minta maaf atas sikap I tadi. I memang tak patut buat you macam tu. Maafkan I, ya! I cuma nak tanya pasal gambar kita hari tu. Tak ada maksud lain pun. Bila agaknya gambar tu boleh siap?" soalnya secara tiba-tiba, sengaja hendak menukar topik perbualan.

"Entahlah. I sendiri pun tak ambil tahu." Tengku Fazrul Shah buat muka bosan. Malas betul nak melayan perangai gedik Nauri itu. Harapkan muka saja cantik, tapi perangai teruk. Mujurlah dia tidak beristerikan perempuan seperti Nauri. Minta dijauhkan. Tidak dapat dia bayangkan andai Nauri menjadi isterinya. Sudah pasti tidak aman hidupnya sehari-hari.

Fazliatun yang dari tadi menunggu di dalam Tesco mulai mengeluh kecil.

Tidak senang duduk dia jadinya.

'Mana pulak dia ni pergi? Dah nak dekat lima belas minit tak sampai-sampai lagi. Jauh sangat ke kereta tu?'

Akhirnya dia bangun lalu menuju ke pintu keluar. Dia sibuk mencari kelibat Tengku Fazrul Shah. Ketika sampai di ruang parkir, barulah dia nampak lelaki itu dengan seorang wanita. Sibuk betul mereka berbual sampaikan tak sedar kehadirannya yang sedang memerhatikan mereka. Gadis itu seperti pernah dia lihat sebelum ni tetapi dia lupa di mana dia bertemu dengan wanita itu.

Fazliatun mendekati ke arah mereka berdua dengan penuh hati-hati. Mujurlah mereka tak perasan. Dia bersembunyi di tepi kereta yang bersebelahan dengan kereta suaminya itu sambil memasang telinga.

"I harap you maafkan I. Lagipun buat apa kita nak bermasam muka hanya sebab perkara kecil macam ni. Maafkan I, ya!" mohon Nauri ikhlas. Dia menghampiri lelaki itu lalu memegang badan Tengku Fazrul Shah. Mukanya dimaniskan untuk menggoda dalam diam.

Tengku Fazrul Shah hanya diam. Hatinya tiba-tiba saja menjadi lembut. Beberapa minit kemudian dia mengangguk.

"Terima kasih, sayang," ucap Nauri gembira.

Dia memegang lembut tangan Tengku Fazrul Shah seraya tersenyum. Entah mengapa, kali ini lelaki itu tidak menepis tangan Nauri. Seakan-akan merelakan perbuatan Nauri.

"Jom pergi makan. I laparlah, sayang," ajak Nauri lembut.

Wajah Tengku Fazrul Shah yang dicintainya itu direnung penuh kasih. Alangkah indahnya hidup dia jika dapat memiliki jejaka itu. Sudah lama dia menaruh hati pada Tengku Fazrul Shah tetapi lelaki itu selalu jual mahal. Sebab itu, dia terpaksa menggunakan cara lain. Cara yang lebih halus dan licik.

"Boleh jugak tu. I pun belum makan lagi ni. Marilah!" Tengku Fazrul Shah menarik lembut tangan Nauri.

Mereka berdua melangkah perlahan-lahan melintasi tempat Fazliatun bersembunyi. Mujurlah Fazliatun cepat bertindak. Dia cepat-cepat bergerak ke depan. Dari jauh dia dapat melihat kemesraan yang dipamerkan oleh Tengku Fazrul Shah dan Nauri. Dia tahu, gadis itu begitu istimewa dalam hidup suaminya. Jika mereka tidak ada hubungan, mana mungkin boleh semesra itu.

'Ah, biarlah dia. Lagipun aku ni bukan isteri betul pun. Hanya sah dalam surat nikah saja. Lantak dialah nak buat apa pun.'

Fazliatun malas mengusutkan fikiran dengan masalah kecil sebegitu. Buat sakit kepala saja. Entah macam manalah dia nak balik ke rumah nanti. Duitnya pula hanya ada sepuluh ringgit dalam wallet. Fazliatun memegang perutnya yang tiba-tiba saja sakit. Dia memang selalu gastrik. Tapi tadi pagi dia dah sarapan nasi goreng. Macam mana pulak boleh gastrik ni? Pelik juga dia.

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now