Bab 60

16.3K 370 25
                                    

PERTEMUAN empat mata antara Raihana dan Fazliatun diaturkan di taman permainan yang terletak tidak jauh dari banglo milik Tengku Fazrul Shah. Atas dasar kawan baik, rasanya wajar untuk Fazliatun memberitahu perihal hubungannya yang kian retak dengan Tengku Fazrul Shah. Sampai bila dia nak memendam rasa? Raihana patut tahu perkara itu.

Ketika Raihana tiba tadi, Fazliatun seolah-olah berat untuk menceritakan segala-galanya. Lebih-lebih lagi apabila Firman turut ada menemani Raihana. Dia serba salah jadinya. Tidak tahu hendak memulakan dari mana. Dia tak mahu Firman tahu pasal perkara ini. Malu dia nanti.

"Awak malu ke nak cakap sebab saya ada?" aju Firman sambil menatap wajah bundar Fazliatun. Dia seakan dapat membaca isi hati perempuan itu. Barangkali kehadirannya membuatkan Fazliatun malu untuk menjelaskan apa yang terjadi.

"Saya seganlah," ucapnya lalu memandang Raihana.

"Tak payah seganlah. Kami ni kan kawan baik kau. Bagitahu aje. Aku tengok muka kau ni macam orang tak sihatlah. Kau sakit ke?"

"Betul cakap Ana tu! Muka awak nampak pucat. Awak sakit ke? Kalau awak ada masalah, saya dan Ana sudi dengar."

Fazliatun menelan liur. Terasa sukar untuk menceritakan masalahnya kepada mereka berdua. Dia bimbang andai mereka meletakkan diri dia sebagai pesalah dalam situasi itu dan beranggapan yang bukan-bukan nanti. Haruskah dia menceritakan masalahnya itu kepada mereka berdua? Jika dia tak beritahu, kepada siapa lagi dia nak mengadu? Hanya mereka berdua yang dia ada kini.

"Cakaplah Ana. Jangan berdiam diri aje. Aku call banyak kali, langsung kau tak jawab. Ni dah masuk lima hari raya, baru nak ajak jumpa. Kau dah tak nak kawan dengan aku ke? Sampai hati kau buat aku macam ni."

"Tak, bukan begitu, Ana. Aku tak nak susahkan kau dan Man. Sebab tu aku jauhkan diri."

"Kau ingat dengan cara tu boleh selesaikan masalah ke? Tun...Tun!" Raihana menggeleng.

"Entahlah. Aku buntu sangat sekarang ni. Tak tahu nak buat apa lagi. Serabut otak aku nak fikir."

Firman menghampiri Fazliatun.

"Baiklah, macam ni. Kalau awak belum bersedia nak cakap, awak simpan dulu masalah tu. Saya tak akan paksa. Nanti jika dah rasa nak bagitahu, awak call aje saya dan Ana. Bila-bila masa saja kami sedia dengar. Masalah awak, masalah kami juga. Anggaplah kami ni macam saudara awak.”

Fazliatun terdiam. Pandangannya dilontarkan jauh ke arah kanak-kanak yang sedang asyik bermain kejar-kejar dengan kawan-kawannya. Alangkah riangnya hati mereka. Tidak ada beban dan masalah yang nak difikirkan dalam usia sekecil mereka. Kalaulah dia pun boleh jadi seperti itu, mesti seronok. Tak perlu lagi nak memikirkan hal-hal orang dewasa yang kadang-kala boleh membunuh akal dan jiwa.
Perlukah dia memberitahu perkara sebenar? Apa kata Raihana dan Firman nanti? Adakah mereka akan membantunya keluar dari permasalahan ini? Jika dia tak beritahu, bagaimana pula mereka berdua nak membantu? Serba salah Fazliatun sekarang. Fikirannya benar-benar bercelaru.

"Sebenarnya..." Ayatnya tergantung di situ sahaja. Wajah Raihana dan Firman dipandang silih berganti.

"Kenapa, Tun?"

"Fazrul dah nak kahwin lain," jelasnya.

Raihana dan Firman berpandangan antara satu sama lain. Terkejut juga mereka apabila mendengar pengakuan Fazliatun. Ternyata ada rahsia besar yang disimpan oleh wanita itu. Patutlah muka Fazliatun murung sahaja. Siapalah yang tak sedih jika suami nak berkahwin lain.

"Kami tak salah dengar ke ni?" Firman bertanya.

"Tak."

Fazliatun terpaksa menceritakan bagaimana dia boleh berkahwin dengan Tengku Fazrul Shah dari awal sampai habis. Rahsia yang bukan rahsia lagi itu dijelaskan satu per satu supaya mereka berdua faham. Silap dia juga kerana bertindak tanpa berfikir sedalam-dalamnya. Tidak ada guna dia menyesal lagi. Tekun sungguh Firman dan Raihana mendengar ceritanya.
Mulut Raihana melopong.

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now