Bab 71

17.3K 364 18
                                    


HARI sabtu itu, Tengku Fazrul Shah bangun seperti biasa. Dia segera menuju ke tingkat bawah. Pelik juga kerana suasana di dalam rumahnya sunyi dan sepi saja. Mana pula isterinya pergi?

"Sayang...sayang!" panggilnya berulang-ulang kali. Namun tiada sebarang jawapan dari isterinya.

Hairan sungguh. 'Ke mana pulak dia pergi ni? Kat dalam bilik kot.'

Pantas dia mengetuk pintu bilik isterinya.

"Tun...Tun tidur lagi ke tu? Boleh abang masuk?" soalnya lembut. Lama juga dia menanti di hadapan pintu bilik.

Apabila Fazliatun masih senyap tanpa suara, memaksa dia memulas tombol pintu. Terkejut sungguh dia kerana isterinya itu tidak ada di dalam. Semua barang isterinya pun tidak ada. Kemanakah isterinya pergi?

"Ya Allah!" Dia menepuk dahinya.

"Macam mana aku boleh lupa ni? Bini aku kan dah pindah. Kenapa dengan aku ni?" Tengku Fazrul Shah seperti baru tersedar dari mimpi panjang. Dia beristighfar dalam hati.

"Ya Allah, sampai hati aku buat bini aku macam tu. Kejamnya aku. Suami macam apa aku ni?"

Tengku Fazrul Shah mengucap panjang. Ingatannya terus melayang pada Fazliatun. Kenapa dia biarkan isterinya pergi dari hidupnya begitu saja? Ke mana hilangnya kasih sayangnya selama ini?

Dengan kuasa Allah, keberkesanan minyak pengasih yang digunakan oleh Nauri akhirnya hilang dengan sendiri. Dia seperti baru teringat akan perbuatan kejamnya pada Fazliatun. Dan juga pertunangannya dengan Nauri. Mengapa selama ini dia seakan-akan membiarkan saja perkara itu terjadi biarpun dia tahu Fazliatun itu isterinya?

Telefon bimbitnya segera dicapai lalu dia mendail nombor seseorang. Beberapa saat kemudian, talian tersambung.

"Man kau sibuk tak sekarang?"

"Aku ada kat rumah aje ni. Apa hal?" Suara Firman kedengaran terkejut. Entah mimpi apa lelaki itu menghubunginya? Bukankah selama ini mereka bergaduh? Hairan bin ajaib betul.

"Aku nak jumpa kau kejap lagi."

"Kat mana?"

"Kita jumpa kat Mid Valley. Dalam pukul sebelas aku sampai sana," pesannya lagi sebelum memutuskan talian.

Hanya Firman saja boleh membantunya. Dia harap Fazliatun akan sudi memaafkan segala kesalahannya. Kali ini, dia benar-benar serius. Dia akan menimbang semula keputusannya untuk berkahwin dengan Nauri. Jika keadaan memaksa, dia tidak teragak-agak akan memutuskan pertunangan mereka.



"KAU boleh tolong aku, tak?" soal Tengku Fazrul Shah penuh mengharap.

"Tolong apa tu?"

"Pujuk Tun."

"Aku tak beranilah. Dia memang tak boleh terima kau semula. Kau pun dah nak kahwin dengan Nauri. Untuk apa kau nak pujuk dia. Jangan tambahkan lagi derita dia, Rul. Kesian Tun. Aku tak nak tengok dia bersedih lagi. Tolonglah!" rayu Firman. Pelik dia melihat Tengku Fazrul Shah. Tidak ada angin, tidak ada ribut...tiba-tiba saja nak bertemu dengan dia.

"Tak...bukan tu maksud aku."

"Habis tu?"

"Aku baru sedar pasal ni semua. Tak patut aku buat Tun macam tu. Kau tahu tak, aku sayangkan dia sangat. Aku tak nak kehilangan dia," ucap Tengku Fazrul Shah sungguh-sungguh.

"Cerita mengarut apa pulak ni kau cakap? Kalau betul kau sayangkan Tun, kau tak akan sakitkan hati dia dan buat dia macam sampah. Dan kau tak patut ambil keputusan untuk bertunang dengan Nauri. Hati kau ni macam lalang kau tahu tak? Tak ada pendirian langsung. Dulu kau kata lain, hari ini lain pulak. Tak faham betul aku dengan perangai kau ni."

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now