"SEDAP tak?" soal Nauri ketika menyuapkan nasi ayam penyet ke dalam mulut Tengku Fazrul Shah. Mesra sungguh mereka berdua seperti pasangan suami isteri. Berubah sungguh perangai lelaki itu.
"Sedap," jawabnya ringkas.
Nauri yang berada di hadapannya itu dipandang lama. Memang cantik dia ni. Patutlah ramai lelaki boleh jatuh hati kalau tengok muka dia. Baru kali ini dia mengakui kecantikan Nauri di hadapan gadis itu. Sebelum ini, hatinya seolah-olah beku untuk berbicara dengan Nauri. Kali ini lain pula yang jadi.
"Kan I dah cakap sedap. Tapi you tak percaya. Nak lagi tak?" Nauri masih ingin menyuap baki nasi ayam penyet itu tetapi segera dihalang oleh Tengku Fazrul Shah.
"Cukuplah dulu, Nauri. Perut I dah kenyang sangat ni. You ajelah habiskan nasi tu."
Nauri tersenyum. Buat pertama kali, Tengku Fazrul Shah sudi keluar makan dengannya. Tak sia-sialah dia beli ubat pengasih dari Mak Wok. Memang mujarab hasilnya.
Nauri ketawa lagi dalam hati.
"Lepas ni you nak pergi mana, sayang?"
"Tak tahu lagi. You pulak?" Tengku Fazrul Shah menyedut air carrot susu yang sudah tinggal separuh sambil matanya asyik memandang wajah Nauri.
"I ingatkan nak ajak you shopping. I nak beli baju dan beg tangan. Tapi tulah, duit I pulak tak cukup. Tadi masa keluar, lupa pulak nak bawa duit lebih." Nauri buat muka sedih.
"Kenapa sedih pulak ni? You jangan risaulah. Kalau duit you tak cukup, I boleh bayarkan. Dahlah tak payah nak buat muka sedih macam tu. Dah tak cantik pulak I tengok," usik Tengku Fazrul Shah lalu mencuit hidung Nauri.
Berbunga-bunga hati Nauri saat itu. Inilah masa paling sesuai untuk dia beraksi. Dia akan mengikis duit Tengku Fazrul Shah sedikit demi sedikit. Memang itulah tujuannya. Dia tahu lelaki itu banyak duit. Dahlah hensem, harta pun banyak, memang beruntung jika dia dapat memiliki Tengku Fazrul Shah. Sebenarnya, bukan dia cintakan sangat lelaki itu. Itu pun kerana duit.
"Thanks sayang. You ni baiklah. I suka sangat."
Nauri memegang erat tangan Tengku Fazrul Shah setelah mereka melangkah keluar dari tempat itu. Dia menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari kereta Tengku Fazrul Shah.
"Kenapa you tak nak shopping kat sini?" Tengku Fazrul Shah bertanya. Di Tesco, ada juga baju dan pakaian untuk dibeli.
"Kat tempat macam ni mana ada class, sayang. Kalau I beli baju kat sini, jatuhlah martabat I. Ish, tak sesuai langsung," ucap Nauri angkuh. Tak ingin dia membeli-belah di tempat seperti ini.
"Habis tu nak pergi mana?"
"Apa kata kalau kita pergi ke Pavilion. Kat situ barulah best. Ada banyak pilihan," cadangnya lagi.
"Okey. Up to you asalkan you happy."
"Okey. See you there! Bye!"
Nauri melambaikan tangan sebelum berlalu pergi. Dalam hatinya sekarang sudah berlagu riang kerana meraikan kemenangannya merebut hati Tengku Fazrul Shah. Dia cukup yakin, lelaki itu sudah masuk ke dalam perangkapnya.
YOU ARE READING
Isteri Sementara
RomansGara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menja...