Bab 85

18.6K 348 1
                                    


SELURUH ahli keluarga Tengku Fazrul Shah sudah berkumpul di dalam hospital. Keluarga Fazliatun juga ada sekali. Masing-masing kelihatan murung dan tidak ceria. Masih menantikan perkembangan terbaru keadaan Tengku Fazrul Shah. Hampir dua jam berlalu, masih belum ada sebarang berita.

Risau sungguh mereka. Terutama sekali Fazliatun. Dia ditenteramkan oleh Puan Rohaya dan Tengku Arianis. Ternyata, segala yang berlaku ini ada terselit hikmah dan pengajaran. Siapa sangka, hubungan Tengku Arianis dan Fazliatun akan pulih secepat ini. Syukur alhamdulillah.

Fikiran Fazliatun melayang pada peristiwa yang lalu semasa Tengku Fazrul Shah memujuknya beberapa minggu lepas. Ketika itu Firman ada menemani suaminya. Sampai hati dia menghalau lelaki itu. Masih terbayang jelas riak wajah suaminya. Nampak kecewa dan sedih setelah dia tidak memaafkan lelaki itu. Sampai hati dia menghukum suaminya begitu.

"Encik baliklah sebelum saya halau. Saya tak nak tengok lagi muka encik kat sini!" arah Fazliatun keras. Ketika itu, dia tidak boleh memaafkan suaminya. Walau berkali-kali dirayu, dia tetap dengan keputusannya. Sukar untuk dia menerima kata-kata maaf yang dihulurkan oleh Tengku Fazrul Shah.

"Berilah abang peluang sekali lagi untuk tebus kesilapan abang pada Tun. Kali ni aje, sayang. Abang merayu sangat," pinta Tengku Fazrul Shah penuh mengharap. Tulus sungguh wajah itu.

Namun Fazliatun langsung tidak memaafkannya. Perbuatan lelaki itu sudah keterlaluan. Hatinya benar-benar keras.

"Abang sayang sangat kat Tun. Hidup abang tak akan lengkap tanpa sayang. Hukumlah abang kalau dengan cara itu boleh memuaskan hati Tun. Abang rela terima apa saja asalkan Tun tak bencikan abang. Jangan bawa kebencian tu sayang. Abang tak kuat nak tanggung seorang diri."

"Dahlah encik. Saya tak nak dengar. Jangan tambahkan lagi kebencian saya pada encik. Pergi sekarang! Berambus!" halau Fazliatun keras. Dia bagaikan sudah dirasuk iblis. Tidak tahukah dia bahawa berdosa meninggikan suara pada suami? Walau apapun yang berlaku, Tengku Fazrul Shah masih suaminya yang sah. Dia harus taat dan patuh pada lelaki itu. Syurganya terletak pada suaminya.

Fazliatun melepaskan sebuah keluhan panjang. Emosinya sedikit terganggu. Bagaimanakah keadaan suaminya di dalam bilik kecemasan itu? Mengapa sampai sekarang masih belum keluar lagi? Janganlah ada apa-apa perkara buruk berlaku pada suaminya. Dia tidak mahu berhadapan dengan situasi menyedihkan itu.

"Tun nak makan?" soal Tengku Arianis prihatin.

"Taklah, mama. Tun tak ada selera," balasnya.

"Marilah kita makan dulu! Dah pukul lapan malam ni. Nanti masuk angin pula perut tu kalau lewat makan." Tengku Arianis memujuk.

Tengku Yuhanis Aisyah dan Tengku Fakhrul Faiz sudah berdiri dan bergerak ke pintu lif. Tinggal Tengku Marzuki dan Encik Ahmad sahaja di situ.

"Tun janganlah degil. Kita makan dulu. Lepas makan, kita datang sini semula. Jangan risau sangat. Mak yakin, Rul akan selamat," ucap Puan Rohaya sambil memegang lembut tangan anaknya.

Fazliatun masih membisu. Langsung tak berkesan pujukan emaknya. Tengku Marzuki yang melihat menantunya masih berdegil, segera menghampiri. Biar dia sahaja yang cuba memujuk.

"Tun...pandang muka papa!"

Fazliatun hanya menurut. Tidak membantah sedikit pun. Mungkin rasa hormatnya pada bapa mertuanya itu, membuatkan dia berasa segan.

"Kalau Tun sayangkan Rul, kita makan, ya! Anak dalam perut tu kena jaga elok-elok. Kesian dia. Mesti dia nak tengok muka mama dan papa dia. Tun kan nak lihat Rul sihat dan sembuh cepat. Kesihatan Tun kena jaga juga. Papa yakin, Rul boleh selamat. InsyaAllah," ucap Tengku Marzuki lembut.

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now