MALAM itu Tengku Fazrul Shah pulang lewat. Perangainya kembali menjadi liar seperti dulu. Dia sudah banyak kali meneguk air setan yang sedia terhidang di kelab disko di Bukit Bintang itu. Tubuhnya sedikit terhuyung-hayang ketika menari dengan gadis-gadis seksi akibat pengaruh alkohol. Hanya dengan cara itu sahaja dia boleh melupakan segala masalahnya. Hampir pukul satu pagi, baru dia pulang ke rumah.
Saat itu Fazliatun sudah terlena. Dia tidak sedar kepulangan suaminya. Tengku Fazrul Shah memijak anak tangga perlahan-lahan. Matanya kabur untuk berjalan betul. Sesekali, dia jatuh ke bawah. Dia bangkit semula menuju ke biliknya. Dalam keadaan mabuk begitu, dia sempat lagi memikirkan isterinya. Dia mengetuk pintu bilik Fazliatun berulang-ulang kali.
"Bukak pintu ni cepat sebelum aku pecahkan!" Suaranya begitu nyaring hingga membuatkan Fazliatun tersedar dari tidur.
Cepat-cepat dia menuju ke pintu. Sebaik pintu terbuka, alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati keadaan suaminya kusut masai dan tidak terurus. Dia menghidu bau masam yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Kenapa encik jadi macam ni? Apa dah berlaku ni?" soal Fazliatun sambil memegang tubuh suaminya.
"Ni semua pasal kau. Sebab kau aku jadi macam ni. Kau memang perempuan tak guna!" Tengku Fazrul Shah menampar pipi isterinya sekuat hati. Fikirannya bertambah kacau.
"Mengucap encik! Encik dah mabuk ni!" Fazliatun beralih sedikit ke belakang. Pipinya terasa pedih gara-gara ditampar sebentar tadi. Berlainan sungguh perangai Tengku Fazrul Shah kali ini. Apa yang sudah berlaku sebenarnya?
"Kau jangan nak ajar aku. Kau tu yang curang kat belakang aku. Berani kau jumpa Firman tanpa pengetahuan aku. Kau memang nak kena ajar baru tahu diri." Mendidih perasaannya saat itu. Walaupun dia mabuk, namun dia masih dapat mengingati perbuatan curang isterinya itu. Dia masih dalam keadaan separuh sedar.
Tersentak Fazliatun apabila mendengar nama Firman yang terkeluar dari mulut suaminya. Bagaimanakah Tengku Fazrul Shah boleh tahu pasal pertemuannya dengan Firman? Siapa yang cakap? Tak mungkin adik-adiknya pula yang membuka mulut. Berlegar-legar soalan itu di fikiran Fazliatun.
Tengku Fazrul Shah menjerit sekuat hati. Dia menolak kuat tubuh isterinya ke katil. Terkejut Fazliatun dengan tindakan nekad suaminya.
"Encik nak buat apa ni? Lepaskan saya!" Fazliatun meronta-ronta apabila tangan kasar Tengku Fazrul Shah memeluk tubuhnya. Tidak pernah suaminya itu berkelakuan ganjil seperti itu.
"Aku nak kau. Kau tak boleh lari dari genggaman aku. Kau milik aku untuk selama-lamanya."
“Jangan, encik! Tolonglah kasihankan saya. Encik dah mabuk ni.”
“Diam. Jangan nak melawan.” Pipi Fazliatun ditampar lagi. Dia benar-benar sudah tidak siuman kerana pengaruh alkohol.
Dia merentap kasar baju tidur yang dipakai oleh Fazliatun sehingga terkoyak. Makin kuat jeritan Fazliatun. Dia menampar lagi pipi isterinya sehingga Fazliatun pengsan tidak sedarkan diri. Kerana mengikut hawa nafsu syaitan dan iblis, dia memperlakukan isterinya seumpama binatang. Sudah hilang rasa sayangnya pada Fazliatun selama ini gara-gara cemburu buta.Dia juga sudah lupa dengan syarat yang dibuat dalam kontrak perjanjian itu. Dia sudah tak peduli itu semua. Apa yang pasti, hatinya puas kini. Puas kerana dapat mengikat Fazliatun dalam perkahwinan sementara ini. Dia berbangga kerana sudah berjaya merenggut kesucian gadis itu biarpun Fazliatun tidak rela.
Dia ketawa berdekah-dekah bagaikan orang gila. Fikirannya benar-benar telah dikuasai oleh iblis dan syaitan. Dalam keheningan pagi yang sunyi itu, dia semakin hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri.
FAZLIATUN tersedar dari lena yang panjang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Dia bingkas bangun dan menyelak kain langsir. Hari sudah pun siang. Pasti suaminya sudah pergi kerja. Apabila mengingati suaminya itu, tiba-tiba dia teringat pasal kejadian malam semalam. Tengku Fazrul Shah balik rumah dalam keadaan mabuk dan memarahinya secara tiba-tiba.
Dan paling dia tak sangka apabila lelaki itu tega memperlakukannya seperti binatang yang tidak punya hati dan perasaan. Dia kecewa dan sedih. Suami yang dikenali baik dan ikhlas menyayanginya itu sanggup berbuat begitu pada dirinya. Fazliatun bencikan lelaki itu. Benci sangat. Selepas peristiwa hitam itu, dia sudah tak nampak lagi rasionalnya dia meneruskan perkahwinan palsu ini.
Ingin sahaja dia lari sejauh-jauhnya dari hidup Tengku Fazrul Shah. Tak ingin dia melihat wajah itu biarpun sesaat. Suaminya itu benar-benar kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Dia tidak akan pernah memaafkan kesalahan Tengku Fazrul Shah sampai bila-bila. Begitu tekadnya dalam hati. Biar apa jua yang bakal berlaku, dia tak nak ambil peduli. Dia harus keluar dari rumah ini.
Tetapi, kemanakah dia nak duduk? Haruskah dia pulang saja ke rumah dan mengkhabarkan perkara ini kepada mak dan ayah? Apa pula kata mereka nanti? Dah tentu mereka akan marah padanya kerana dia merupakan isteri sah Tengku Fazrul Shah. Takkan dia nak cakap suaminya telah menodainya tanpa rela. Memang tidak masuk akal. Alasan yang tidak boleh diguna pakai untuk membela diri.
Semakin buntu Fazliatun jadinya. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu ada benih yang akan bernyawa di dalam rahimnya. Dia tak rela mempunyai zuriat dengan lelaki itu. Dia belum bersedia untuk semua itu kerana usianya masih terlalu muda. Masih banyak lagi impian yang belum dicapai. Untuk mendapat anak lagilah jauh sekali. Dia benar-benar tertekan dengan situasi yang mencengkam diri ini.
"Ya Allah! Apa yang aku nak buat ni? Aku betul-betul tertekan dengan kejadian ini. Kau berikanlah aku petunjuk untuk melalui ujian ini! Aku tak kuat, ya Allah. Aku hanyalah seorang insan yang lemah!" Dia menadahkan tangan berdoa kehadrat Ilahi agar diberikan ketenangan hati.
Dia mencapai telefonnya. Nombor Raihana dipandang lama. Dia seperti ingin meluahkan masalahnya kepada rakan baiknya itu. Tetapi, bagaimanakah penerimaan Raihana sebaik mendengar ceritanya? Tentu Raihana pelik dan hairan nanti. Apa yang perlu dia katakan pada Raihana? Sudah tentu dia terpaksa membocorkan rahsia perkahwinannya sedangkan dia sudah berjanji untuk merahsiakan hal itu.
Kali ini dia benar-benar sudah terperangkap dan terjerat. Sampai hati Tengku Fazrul Shah melakukan perkara itu terhadapnya. Mana pergi janji lelaki itu untuk menuruti syarat dan perjanjian yang telah dipersetujui bersama-sama? Mana pergi janji-janji itu? Apakah ini memang rancangan suaminya? Adakah dia sudah ditipu?
Menyesal pun tak ada guna lagi. Perkara sudah pun berlaku. Jika dia menangis sampai keluar air mata darah sekalipun, kesucian dirinya tetap tidak akan boleh dikembalikan. Dia bukanlah anak dara lagi. Status dirinya akan bertukar seandainya ada benih yang bercambah di dalam rahimnya.
P/s: Jangan lupa vote dan komen ya. Sori sebab lewat update. Harap korang enjoy baca. Thanks
YOU ARE READING
Isteri Sementara
Roman d'amourGara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menja...