Bab 49

13.4K 294 2
                                    

TULISAN besar yang terpampang pada papan tanda syarikat itu dipandang dua kali. Dia ingin memastikan dia tidak tersilap tempat. Sekali lagi dia membaca nama company tersebut. TFS Holding & Co. Rasanya memang betul inilah syarikat milik Tengku Fazrul Shah. Dia dapat tahu pun dari Tengku Arianis. Sebelum ini, dia belum pernah menjejakkan kaki ke sini. Hanya sekali sahaja dia datang. Itu pun tak sempat naik ke atas semasa dia terserempak dengan Tengku Fazrul Shah di bawah pejabat.

Nauri terus melangkah masuk ke ruang dalam. Matanya liar memandang seorang gadis yang sedang duduk di sebuah meja.

"Cik nak jumpa siapa, ya?" soal Fatin, penyambut tetamu di situ. Gadis seksi yang berada di hadapannya itu dipandang atas dan bawah.

"I nak jumpa Tengku Fazrul. Dia ada kat office tak?"

"Maafkan saya, Cik..."

"Nauri! Panggil I Nauri!" ujar Nauri tegas.

"Ya, Cik Nauri. Maafkan saya. Buat masa sekarang, Tengku tak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Harap Cik Nauri boleh pergi dari sini."

"Ish, kurang ajar betul you ni kan. You tahu tak I ni siapa?" Suara Nauri meninggi. Wajah Fatin dijeling tajam.

Fatin hanya menggeleng tanda tidak tahu. Staf-staf yang lain sudah berpandangan sesama sendiri.

"Maaf Cik Nauri, saya hanya jalankan tugas."

"I don't care about that. I nak jumpa Fazrul sekarang jugak. Kalau you tak benarkan I masuk, I boleh cari dia sendiri." Nauri sudah melangkah ke ruang dalam. Dia menuju ke sudut sebelah kiri. Sambil itu matanya liar mencari bilik Tengku Fazrul Shah.

Fatin bergegas mengekori Nauri. Mukanya sudah cemas semacam. Apabila tiba di hadapan bilik Tengku Fazrul Shah, Nauri terus menolak daun pintu tanpa sempat Fatin menghalang. Tengku Fazrul Shah yang ketika itu sedang memeriksa dokumen di atas meja terkejut apabila melihat Nauri muncul di ofisnya.

"Im so sorry, Tengku! Saya dah cuba halang dia masuk tapi dia tetap berkeras nak jumpa dengan Tengku!" Suara Fatin kedengaran terketar-ketar.

"It's ok, Fatin. You boleh keluar dulu. I boleh selesaikan perkara ni," ucap Tengku Fazrul Shah tenang.

Tanpa membuang masa, Fatin melangkah keluar dari situ dengan hati yang lapang. Mujurlah tak kena marah. Kecut juga perutnya tadi.

"You terkejut ke sayang tengok I boleh datang sini? How are you! I miss you so much! Lama sangat tau kita tak jumpa. I rindu kat you."

Nauri duduk di kerusi sambil membuat muka manja. Selamba sahaja reaksi wajahnya ketika itu. Naik meluat Tengku Fazrul Shah memandang.

"Rasanya tak perlu I nak jawab soalan you tu. Ada hal apa you nak jumpa I petang-petang macam ni? I tak ada masa nak layan you. I tengah busy." Tengku Fazrul Shah terus kepada pokok persoalan utama. Wajahnya kelihatan serius.

"I nak tagih janji you. You kan pernah janji nak jalinkan hubungan gelap dengan I. Takkan you dah lupa kot?"

"Maaflah. I dah tak berminat. I mengaku I dah tersilap sebab berjanji macam tu kat you dulu. Masa tu I masih kabur dengan perasaan I. Tapi setelah I faham erti cinta tu, I rasa tak ada sebab untuk I buat skandal dengan perempuan lain selain daripada isteri I. Lebih-lebih lagi perempuan murahan macam you ni!" hamburnya lagi.

Terpempan Nauri sekejap. Turun naik dadanya menahan amarah. Sikap Tengku Fazrul Shah benar-benar sudah berubah.

"Terpulanglah apa pun you nak cakap pasal I. I tak kisah sayang. I datang sini pun sebab nak bagitahu you pasal isteri you yang kononnya baik sangat tu. Nampak aje bertudung litup, tapi perangai mengalahkan pelacur. Langsung tak ada maruah diri," kutuknya keras.

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now