Bab 24

16.2K 427 2
                                    


SELEPAS siap mandi, dia terus keluar. Saat itu, Tengku Fazrul Shah tidak ada di dalam bilik. Lega sedikit hatinya. Nasib baiklah dia membawa pakaian siap-siap sebelum masuk ke dalam bilik air tadi. Jika tak, sudah pasti sukar untuk dia menyalin baju. Dia mencapai sejadah yang disangkut pada penyidai. Dengan khusyuk, dia menunaikan solat maghrib sehingga selesai.

Setelah meletakkan sejadah dan telekung, dia duduk di atas sofa. Waktu-waktu begini sudah pasti banyak rancangan di televisyen. Apatah lagi, ada siaran Astro yang dipasang di dalam bilik itu. Selama ini, teringin benar dia melihat pelbagai rancangan di Astro tetapi keluarganya tidak mampu untuk melanggannya setiap bulan.

Tanpa membuang masa, Fazliatun terus mencapai remote TV. Alat kawalan jauh itu dibelek-belek lama. Kepalanya digaru beberapa kali.

"Macam mana nak guna remote ni? Tekan yang mana satu, ya? Mungkin yang ni kot," omelnya sendiri.

Dia menekan butang di sebelah kanan. Skrin Tv yang tadinya berwarna hitam terus bertukar cerah.

"Nasib baik boleh. Senang aje rupanya. Ingatkan susah sangat."

Ketika itu, dia membuka TV satu. Teruja sungguh dia melihat gambarnya yang sungguh terang dan jelas. Jauh berbeza dengan kualiti gambar di rumahnya. Dahlah kena pusing arial sampai naik lenguh tangannya, namun tetap tak clear. Apabila siaran bertukar ke saluran 104, bertambah suka dia. Apa tidaknya, ada drama melayu lakonan Syukri Yahya dan Janna Nick.

"Eii...seronoknya. Patutlah ramai orang yang suka ambil Astro. Rupa-rupanya ada banyak cerita sedap-sedap kat sini. Kalau hari-hari aku dok menghadap cerita ni, memang tak ada buat kerja lain."

Fazliatun bercakap sendiri lagi. Kerana teruja sangat melihat Astro, sehingga dia terpula pada suaminya. Entah ke manalah Tengku Fazrul Shah pergi agaknya? Sedang leka menonton, tiba-tiba ada satu suara berdesir seperti ular. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. Namun, tiada apa-apa di situ. Dia memandang semula ke arah drama yang sedang ditayangkan.

Tidak berapa lama selepas itu, tidak semena-mena api lampu terpadam. Fazliatun sudah menelan liur. Yang peliknya, Tv masih terpasang. Bagaimana pula lampu bilik boleh mati sendiri? Siapa yang tutup? Mana ada sesiapa di dalam bilik itu melainkan dia seorang. Suaminya memang tidak ada sejak tadi.

Bulu romanya tiba-tiba meremang. Seram pula dia jadinya. Dia memandang ke kiri dan ke kanan Berbagai-bagai perasaan yang menjengah ketika ini. Dia buat-buat selamba biarpun dalam hati sudah resah semacam. Suara Tv dikuatkan sedikit. Sengaja menghilangkan rasa debar yang mula bertandang. Sedang ralit menonton, sekali lagi dia mendengar suara desiran itu.

Setelah itu, dia merasakan tubuhnya dipegang oleh seseorang dari belakang. Jantung Fazliatun berdegup laju dengan nafas yang kadang-kala turun naik.

"Buat apa tu?..." Suara itu berbisik halus di pendengarannya.

Fazliatun tidak berani menoleh. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. 'Rumah ni ada hantu ke? Alahai, dahlah aku ni memang penakut. Janganlah kau tunjukkan wajah kau kat depan mata aku. Aku tak sanggup nak tengok.'

"Pandang sini! Aku nak darah kau," kata suara itu lagi. Bertambah takut muka Fazliatun. Dahinya sudah berpeluh-peluh.

Dia cuba memberanikan diri menoleh ke belakang. Sebaik sahaja memandang ke arah lembaga itu, dia menjerit kuat. Kelihatan ada satu susuk tubuh berwarna putih sedang berdiri di belakangnya. Tanpa banyak bicara, dia terus bangkit dan bergerak ke bilik air. Lembaga putih itu terus mengekorinya sambil ketawa kecil.

"Jangan lari! Tunggu aku!"

Fazliatun pantas menarik daun pintu. Namun tindakannya hanya sia-sia apabila tangan kasar lembaga itu menahan.

'Aik, kenapa tangan dia macam manusia pulak? Hantu apa ni?'

Sepantas kilat, dia mendongak ke arah wajah lembaga itu. Tertera muka Tengku Fazrul Shah yang sedang memakai telekung. Terus berubah wajah Fazliatun.

"Encik ni dah biul ke? Dah tak ada kerja lain lagi ke nak buat? Terkejut tau saya. Ingatkan poconglah tadi. Buat suspen aje," marah Fazliatun dengan muka geram.

"Sorry, janganlah marah. I nak bergurau aje dengan you." Selamba saja Tengku Fazrul Shah minta maaf.

"Bila masa pulak encik masuk? Saya tak nampak pun."

Fazliatun segera menuju ke suis lampu lalu ditekan. Bilik tidur itu terang bercahaya. Macam nak tergelak dia melihat suaminya memakai telekung. Patutlah dia menjerit sebab serupa macam pocong. Cuma tak ada ikat di atas kepala saja. Berderau juga jantungnya.

"I memang ada dalam bilik. Mana ada keluar. Buat letih aje I menyorok kat sebelah katil. Ingatkan you nak baring. Baru nak kacau. Tengok-tengok, sedap aje you layan Astro. Geram betul I," jelas Tengku Fazrul Shah sambil membuka telekung yang dipakai.

"Saya rasa encik ni dah ting tonglah. Perangai macam budak kecil aje."

"Biarlah. Yang penting I happy kenakan you. Takut jugakan you tadi. Haha."

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now