Bab 20

17.7K 465 10
                                    


MALAM ini bulan kelihatan terang. Cahayanya bertebaran jatuh ke seluruh permukaan bumi. Bintang-bintang pula berkelipan di dada langit. Rasa tenang apabila menatap panorama indah sebegitu. Terasa hilang segala bebanan fikiran yang melanda hati. Dia ralit memandang ke luar tingkap. Selepas makan malam tadi, Fazliatun terus masuk ke dalam biliknya. Tengku Fazrul Shah pula berada di ruang tamu menonton televisyen bersama-sama ayah dan emaknya.

Dia malas nak menghadap muka suaminya itu. Buat sakit hati saja. Sepuluh patah yang ditanya, sepatah saja yang dia jawab. Moodnya benar-benar ke laut. Biarlah dia menenangkan diri di dalam bilik tanpa ada sebarang gangguan. Fikirannya terasa lapang jika duduk seorang diri begini. Dalam asyik mengelamun, tiba-tiba dia teringat pula pada pemuda yang menolongnya petang tadi.

Entah siapalah nama lelaki itu? Tidak sempat pula dia bertanya. Baginya, cukuplah perkenalan mereka sekadar di situ saja. Tidak perlu melebihi sempadan yang sepatutnya. Masing-masing punya kisah hidup sendiri. Jadi, tak perlulah ada lagi pertemuan buat kali kedua. Sebab itu dia tidak memberitahu namanya kepada lelaki itu semasa ditanya. Dia tak mahu bertemu lagi dengan jejaka tidak bernama itu. Biarlah pertemuan itu menjadi pertemuan terakhir baginya. Walau bagaimanapun, budi lelaki itu tidak akan pernah sekali dilupakan.

Andai lelaki itu tidak membantunya semasa dia jatuh, entah macam manalah nasibnya. Dahlah duit tinggal sikit, nak balik rumah pun tak lepas. Mungkin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Fazliatun cuba bersangka baik.

Esok pagi, dia akan pulang ke rumah Tengku Fazrul Shah. Dan hidupnya akan bertukar 360 darjah di tempat baru. Apabila memikirkan hal itu, membuatkan Fazliatun termenung sendiri. Dah tentu dia akan menghadap muka ibu mertuanya 24 jam kerana dia tidak bekerja. Mesti bosan. Entah apa yang akan jadi nanti pada dirinya?

'Boleh ke aku tidur kat bilik berasingan kat sana? Dah tentu keluarga dia akan curiga. Ish, kenapalah aku tak fikir langsung tentang perkara ni. Sampai bila nak tidur dengan mamat sewel tu? Boleh mereng otak aku ni kalau duduk sebilik dengan dia. Susahlah macam ni. Mesti tak ada privacy.'

"Jauh termenung! You ingatkan sape tu?" Tiba-tiba kedengaran suara Tengku Fazrul Shah di telinganya. Entah bila suaminya itu masuk, dia pun tak perasan.

Fazliatun masih membisu. Pertanyaan suaminya dibiarkan kosong dibawa angin malam. Matanya tetap fokus memandang ke luar jendela. Malas dia nak berbual dengan lelaki itu.

Tengku Fazrul Shah masih berdiri tegak di belakangnya.

"You marahkan I lagi ke ni? I kan dah minta maaf siang tadi. Okeylah kalau you tak puas hati, I boleh jelaskan perkara sebenar kat you..."

Tengku Fazrul Shah berjeda seketika sebelum menyambung bicara. "Sebenarnya I ada hal sikit masa tu. Pasal kerja. I uruskan satu projek perumahan dekat Cheras. Patutnya pekerja I yang handle, tapi dia ada emergency sikit. Sebab tu I gantikan tempat dia. Maaflah sebab I tak sempat bagitahu you. Sorry, ya."

Panjang lebar penjelasannya. Dia terpaksa berbohong agar Fazliatun tidak menaruh syak yang bukan-bukan.

"Okey."

Hanya itu sahaja jawapan Fazliatun. Naik meluat dia mendengar pengakuan palsu itu. 'Macamlah aku tak tahu kau jumpa siapa siang tadi. Janganlah nak kelentong. Agaknya memang macamlah ni perangai lelaki dalam dunia ni. Dah ada isteri pun masih menggatal dengan perempuan lain. Tak cukup satu.'

Tengku Fazrul Shah masih belum puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh isterinya itu. Dia cukup kenal perangai Fazliatun biarpun mereka berdua baru bernikah kira-kira tiga minggu yang lalu. Dia tahu Fazliatun belum memaafkannya.

"Tengok tu. Muka I pun you langsung tak nak pandang, kan. Nampak sangatlah you ni masih marahkan I. You nak I buat apa lagi sampai you boleh maafkan I. Cuba you cakap?" Keras suaranya.

"Encik ni dah kenapa? Saya dah kata okey tu maksudnya saya dah maafkan enciklah. Susah betul bercakap dengan orang tak reti bahasa ni." Suara Fazliatun juga keras, namun cuba dikawal. Bimbang juga didengari oleh ayah dan emaknya.

"Sini, pandang muka I!"

Tengku Fazrul Shah memegang tubuh Fazliatun supaya memandang wajahnya. Mukanya kelihatan serius.

"I nak dengar you maafkan I depan mata I jugak! Cepat!" arahnya tegas.

"Saya tak nak."

"I tak peduli. Lebih baik you cakap sebelum I paksa you."

"Saya tak takutlah. Paksalah kalau encik berani," cabar Fazliatun. Dia memandang wajah suaminya dengan pandangan tajam.

"You cabar I ke?"

"Entahlah. Encik pun dah cukup dewasa untuk faham apa yang saya cakapkan tu. Bukan budak kecil lagi."

Tengku Fazrul Shah naik angin juga melihat kedegilan isterinya itu. Dia memang pantang dicabar. Keegoaannya sebagai seorang lelaki terusik juga. Tanpa sedar, tiba-tiba tangannya naik ke pipi gebu Fazliatun.

Fazliatun terkejut. Dia memegang pipinya yang terasa sakit. Tidak menyangka Tengku Fazrul Shah bertindak sejauh itu. Baru beberapa minggu menjadi isterinya, lelaki itu sudah pandai menaikkan tangan ke muka. Hanya kerana perkara kecil begitu, dia diperlakukan sedemikian rupa.

"Terima kasih, encik. Terima kasih!" Fazliatun terus merebahkan diri di atas tilam.

Tengku Fazrul Shah seakan-akan baru tersedar dari mimpi panjang. Dia seperti sudah dirasuk iblis. Entah bagaimana dia boleh menampar Fazliatun. Kasihan isterinya yang tidak bersalah itu. Menyesal pula dia atas tindakannya sebentar tadi.

Segera dia menuju ke arah Fazliatun. Tangan isterinya dipegang lembut. Jelas kesal wajahnya.

"Maafkan I, sayang. I betul-betul tak sengaja tampar you. I terlalu ikutkan sangat rasa marah. Im so sorry."

Fazliatun langsung tidak memberikan sebarang respon. Isterinya itu baru sahaja pulih dari penyakit gastrik siang tadi. Kalaulah dia tahu cerita sebenar, pasti dia akan menyesal. Isterinya sakit gara-gara dia. Dan malam ini, sekali lagi isterinya disakiti tanpa rela. Kasihan Fazliatun.

"Tak payahlah encik nak tunjuk baik. Senang-senang aje minta maaf selepas buat salah. Saya sedar diri saya ni siapa bagi encik. Tapi, janganlah buat saya macam ni. Saya bukan patung, yang tak ada hati dan perasaan." Bergetar suaranya.

Tengku Fazrul Shah terkedu. Dia tidak membalas pertanyaan itu. Biarlah Fazliatun sejuk dahulu. Rasanya tidak elok dia memujuk dalam waktu begini. Salahnya juga kerana bertindak tanpa berfikir panjang.

P/s: Sorry semua sebab lambat update. Busy sikit dengan keja. Tak tahulah citer ni okey ke tak. Komen tau kalau ada yang kurang dan silap. Saya ni hanya penulis biasa yang tak ada kemahiran menulis. Sekadar mencuba. Saya belanja lima bab pendek aje. Ni yang termampu. Haha...semoga terhibur. Thanks.

Isteri SementaraWhere stories live. Discover now