2.ACADEMY

10.5K 751 57
                                    

Dia menongkat dagu. Mulutnya menguap perlahan. Pembelajaran yang berlangsung membuatkan dia menjadi bosan. Kepala di letakkan pada meja. Mata dipejam rapat. Ah, mengantuk! asal belajar sejarah je ngantuk! asal ngantuk je sejarah! Memang macam ni ke?

Puk!

Nyea automatik duduk menegak apabila kepalanya di hentam sesuatu. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Fryic lain sudah meledakkan tawa. Di hadapannya seorang lelaki sedang berdiri tercegat. Rambutnya keriting berpintal-pintal, memakai kaca mata bulat dan terdapat tahi lalat hidup di tepi hidung kanan.

Fryic adalah gelaran untuk fairy yang tinggal di kerajaan pari-pari putih. Sejak peristiwa puak Black fairy pupus. Terus pemerintah pari-pari putih mengunakan gelaran itu.

"Nyea! Terangkan pasal Black Fairy!"

Katanya seraya mengentak rotan kayu di atas meja Nyea. Bahu Nyea terhinjut ke atas kerana terkejut. Dalam keadaan terpinga-pinga dia bangkit dari tempat duduk. Kepala di garu perlahan. Bingung.


"Erk... B-Black F-Fairy itu... Emm...." Nyea mengigit bibir. Wajah bengis Mr.Dell dipandang sekilas. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Wuish! seram beb.

"Apa em! em! kamu meneran ke apa!"

"Ah, kenapa tanya saya? sedangkan dalam buku sudah ada? selak sahajalah buku ni!" Balas Nyea laju. Helaian buku diselak laju.

Fryic yang lain tertawa mendengar jawapan Nyea. Ada yang bersorak dan siap menepuk-nepuk meja lagi. Keadaan menjadi riuh seketika.


Mr.Dell mengehentak rotan di atas meja. Serta-merta mereka semua terdiam. Mr.Dell merenung tajam ke arah Nyea. Tajam seperti pisau yang baru diasah. Mukanya merah menahan amarah.


"Ikut saya sekarang!" katanya dengan tegas.

"B-baik!"

Mr.Dell memusingkan tubuh. Dia berjalan kehadapan. Buku sejarah yang tebal dicapai sebelum mengorak langkah. Nyea hanya mendiamkan diri. Rambut kuning cair di sisirkan ke belakang. Dia mengeluh perlahan.

"Wow! terbaiklah Nyea!"

Budak lelaki yang duduk di hadapannnya memusingkan badan. Budak lelaki berambut coklat itu duduk menghadap Nyea. Keningnya terjongket ke atas. Nyea membalas dengan senyuman kelat.

"Apa benda yang terbaiknya! Aku kena panggil ni ha!" balas Nyea seraya mengemas meja yang bersepah dengan buku.

"Hahaha, lawak betul muka dia tadi."

Seorang budak perempuan berambut pendek memusingkan badan menghadap Nyea. Dia duduk bersebelahan dengan Nyea. Pipinya merah kerana terlebih ketawa.

"Ah, sudahlah...Aron, Fyira! aku nak pergi jumpa Mr.Dell."

Nyea mengatur langkah. Fryic yang lain hanya memandang dia sambil tersengih dan tersenyum. Fryic lelaki pula ada yang mengenyit mata. Nyea hanya membuat muka toya. Malas nak melayan terutamanya yang lelaki. Semuanya gatal! Well, Nyea budak hot! tetapi selalu buat perangai. Hahaha.

Pintu bilik guru disiplin di buka kasar. Pergh! berdentum bunyinya. Tengok? macam nak tertanggal, Ganas betul.

"Kalau pintu itu rosak. Kamu di denda Nyea!"

Mr.Dell menjeling tajam. Nyea tersengih sumbing. Kalau dikira-kira. Ini sudah lebih sepuluh kali dia rosakkan pintu bilik Mr.Dell. Mana taknya, nama dia sering kali naik. Kerap kali dia masuk ke bilik disiplin ni. Setiap kali hal yang berlaku tak lain tak bukan muka Nyea. Ya, muka dia sahaja! macam tak ada muka lain. Apa masalah budak ni sebenarnya?

"Kenapa Mr.Dell?"

"Duduk...."

Nyea akur. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi, menghadap Mr.Dell. Lelaki tua berambut keriting menanggalkan kaca mata. Tak tua sangat pun...dalam lingkungan tiga puluh tahun.

"Saya pelik, macam mana kamu ni tergolong dalam Fryic yang genius? Aih, kamu berlajar macam mana sebenarnya?"

"Erk...Saya? belajar? hahaha...."

"Kenapa kamu gelak? apa yang lawak?"

Tawa Nyea terhenti. Dia tersengih seraya mengaru kepala. Oh, memang tak lawak ke?

"Saya tak tahu... dekat kelas saya tidur. Dekat rumah pun saya hanya tidur dan makan. Ha, itu jela... saya mampu buat." Jawabnya dengan gaya bersahaja. Kuku tangannya dibelek-belek.

"Nyea Dylea... Top student... Selalu peroleh tempat pertama dalam kedudukan kelas. Ujian magis pun kamu yang duduk tangga teratas. Itu yang menbuatkan saya pelik."

Mr.Dell mendekatkan muka. Nyea yang sibuk membelek-belek kuku terkejut. Dia ke belakang sedikit. Huh, apa pula tengok dekat-dekat? miang ke apa! Ish, tampar kang, tercabut tahi lalat tu nanti!

"Lain kali...Bila saya bercakap, sila pandang muka saya." Kata Mr.Dell dengan nada bercampur amaran. Nyea meneguk air liur seraya mengangguk. Seram gila muka! Aih, kalau muka handsome tak apalah juga!

"Apa kata kamu pindah kelas? naik pangkat ke kelas pertama?"

"Huh? m-maksud Mr.Dell... saya naik pangkat Elite? macam tu?"

"Iya...Macam mana?"

"Saya tolak! "

"Kenapa?"

"Saya tolak!"

"Iyelah, kenapa?"

"Saya tolak!"

"Yelah! sebab apa!" Meja di hentak kuat. Geram dengan Nyea.

"Saya tak mahu, Mr.Dell... saya tak nak naik pangkat Elite"

"Itu bukannya sebab...." balas Mr.Dell mendatar. Eh, budak ni main-main pula!

"Halaa...Mr.Dell, saya merayu ni."Nyea mengerdipkan mata. Menayangkan muka comel. Mr.Dell menyilangkan tangan ke dada. Dia mengeluh berat.

"Hmmm... Kalau macam tu... Duduklah kelas pangkat 1." cadang Mr.Dell. Laju Nyea mengeleng kepala. Tanda tidak mahu juga. Dahi Mr.Dell berkerut pelik.

"Pangkat 1 tak mahu?"

"Erk...l-lebih baik saya duduk di pangkat 5" tegas Nyea.

"Kenapa tak mahu?"

"Saya-"

Belum sempat Nyea menyambung ayat. Pintu dibuka dari luar. Seorang budak lelaki berambut merah melangkah masuk. Nyea terus menjadi objek pegun di situ.

"Ha...sampai pun kamu, Keith"

"Erk...Mr.Dell? boleh saya beredar?"

"Ha...pergi...main jauh-jauh sana, saya akan panggil kamu lagi" tangan di buat gaya menghalau. Eh, ada pula di halau!

Nyea mencebik seraya bangun. Budak lelaki berambut merah hanya memerhati gerak-geri Nyea. Ish, apa tengok-tengok? kaki nak kaki? Nyea sempat balas dengan jelingan tajam sebelum meninggalkan tempat itu.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now