51. SELAMATKAN NYEA

4.8K 439 47
                                    

Fyira dan Andora berlari naik anak tangga. Mereka jadi tidak keruan apabila Keith beritahu ternampak lembaga keluar dari tingkap kamar Nyea. Debaran dada kian terasa sebaik sahaja hampir tiba.

Keith beritahu dia nampak beberapa lembaga terbang keluar dari bilik Nyea. Itu yang kelam kabut mereka memeriksa keadaan Nyea.

Sampai sahaja pintu bilik dibuka luas. Mata mereka meliar mencari kelibat Nyea. Andora berlari menuju ke arah langsir beralun dek hembusan angin luar. Dia mendekati lalu diselak. Hasilnya tiada kelibat gadis itu.

"Nyea!" jerit Andora sekuat hati. Cecair jernih berkumpul di tubir mata. Kaki Andora berubah lembik. Dada bagai dipukul sehingga pecah! Hembusan nafas tidak teratur. Jadi Nyea tiada di situ?

"Ratu ... Duduk dulu." Fyira memegang bahu Andora. Mereka duduk dibirai katil.

"Tak boleh jadi. Mereka tak boleh bawa Nyea pergi dari sini!" Andora meraung. Gadis berambut pendek menepuk bahu bagi menenagkan perasaan wanita tersebut. Macam mana Nyea boleh dibawa keluar sedangkan istana dikawal dengan ketat?

"Sabar ... Keith sedang kejar mereka."

    Sementara itu, kelibat tiga lembaga semakin hampir. Pergerakan sayap hitam semakin laju. Dia memecut dalam kelajuan maksima! Dalam hati Keith menyumpah-menyumpah si penculik. Sakit betul hati dia tika ini.

"Serahkan Nyea! Cis, tak guna!"

Tiga lembaga itu buat tidak peduli malah kelajuan mereka bertambah. Keith mengetap gigi. Amarah semakin membuak-buak naik. Ia merebak naik kepala!

Tongkat magis tergengam erat. Ia bercahaya mengeluarkan tali cemeti. Kemudian dia melibas dan mengenai salah satu dari mereka. Keith merentap kasar. Lembaga itu bergeseran dengan angin.

"Lilith?" soalnya terkejut. Tidak percaya. Tali cemeti membelit tubuhnya. Gadis itu kelihatan tenang membalas renungan Keith.

Sepantas cahaya tali tersebut terputus dengan sendiri. Lelaki berambut merah tersentak sejenak!

"Pulangkan Nyea! Tolonglah!"

"Keith ... Aku tak boleh pulangkan Nyea."

"Untuk apa bawa dia ke sana? Tempat dia dekat sini, Lilith."

"Kami hanya menjalankan tugas. Aku masuk ke sini atas arahan Raja Willys. Maaf Keith."

Seusai berkata Lilith melemparkan sesuatu. Asap putih berkepul-kepul mengelilingi, Keith. Lilith kabur dari pandangan mata. Sayap hitam Keith mengepak kuat sehinga asap tersebut beransur hilang. Keith terpusing-pusing mencari Lilith.

"Mana? Nyea? Mana mereka pergi. Oh, pintu gerbang!" Dia memecut laju. Dalam hati dia berharap agar Nyea dapat dirampas balik!

Keith meluru masuk ke dalam  gua setelah melepasi pintu gerbang. Keadaan gua gelap memekat tanpa cahaya. Dia hanya jalan menegak.

"Aku tahu Nyea ada di sini. Lilith, kembalikan Nyea! Tolonglah." suara bergema. Dia kembali meneruskan langkah.

Tidak sempat dia mahu mengunakan tongkat magis, objek keras menghentak kepala. Kuat bunyinya. Kepala Keith bergegar bagai gempa bumi. Berpinar-pinar. Tubuh melayang ke kiri dan kanan sebelum jatuh menyembah tanah.

"Ops! Kuat sangat tu." Lesie bersuara disebalik kegelapan.

"Alamak, aku tak sengaja terkuat." Kyle campak batu ke tepi.

"Sudah memadai untuk pengsankan dia." Balas Camelia.

"Cepat kita pergi dari sini."

Calvin mengesa. Mereka semua kembali pulang bersama Nyea. Ini satu kerja gila. Mereka menculik kawan sendiri! Apakan daya, mereka hanya menurut arahan. Tidak berani mereka mahu membantah.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now