76. DENDAM BERSISA

4.5K 360 17
                                    

Gadis itu terapung-apung di ruangan udara tanpa sayap.







Dia termenung jauh.









Macam tidak percaya sahaja dia sekarang berupa roh.








Roh benda hidup yang sudah mati!








Pandangan kosong dilemparkan pada salji yang jatuh. Nyea kaku seperti patung buat beberapa minit. Sedih melihat dirinya sendiri. Tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Nyea mengesat air mata. Mesti ramai yang berasa sedih sekarang ini. Bonda, Fyira, rakan-rakannya yang lain dan terutama sekali Keith!  Dia melihat sendiri tadi kesedihan Keith. Tapi dia tidak boleh buat apa-apa.

Wajahnya bertukar muram. Amat sukar untuk dia menerima kenyataan ini. Tidak menyangka hidupnya selama ini telah menemui jalan pengakhiran! Semua ini bagaikan sebuah mimpi hakikatnya dia berada dalam realiti!

"Aku nak balik." bibir Nyea tercebik-cebik. Mata sudah kembali berair. Bila-bila masa sahaja air empangan boleh pecah!

Perlahan dia menekup muka. Teresak-esak Nyea menagis. Rasa hiba tidak dapat dibendung lagi!

Dia kini bersendirian. Tiada yang memujuknya lagi. Tiada yang berada di sisi lagi! Hanya dia sahaja di situ meratapi kesedihan.

"Nyea Dylea."

Nyea mengangkat muka lalu berpaling ke belakang saat nama penuhnya disebut. Air mata dibiar tanpa lap. "Ayahanda? Eh, Raja Willys."

Lelaki itu berpakaian serba putih. Rambut kuning keemasan berkilau. "Mari sini, Nyea." panggilnya sambil melambai tangan.

Nyea akur. Dia melayangkan tubuh ke sisi dan menuju ke arah Raja Willys. Lelaki itu tidak lekang dengan senyum manis.

" Tak elok merayau sesuka hati." lantas dia mengelap air mata Nyea dengan berhati-hati. Nyea terkaku.

"Tapi ...."

"Mari kita naik atas."

"Atas?" Nyea mengerut dahi. Raja Willys sudah terbang naik ke lapisan atas tanpa menunggu. Gadis itu masih tercegat. Atas? Mungkin dunia untuk pari-pari yang sudah mati?

Tidak mahu berfikir panjang dia terus terbang naik ke atas lalu mengejar Raja Willys. Sampailah dia melepasi awan yang mengeluarkan salji, mereka terbang naik atas lagi. Lama. Sehinggalah terjumpa, biasan cahaya di sebalik awan putih.

"Kita dekat mana ni?" soal Nyea terpinga-pinga. Kaki jejak pada permukaan atas awan. Sungguh gebu seperti kapas.

Tempat itu lapang seperti padang.  Roh pari-pari berterbangan ke sana ke sini. Pakaian mereka semuanya putih bersih.

"Nyea akan tahu." Raja Willys kembali mengorak langkah. Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan pari-pari berpakaian putih.

Tua berjanggut tapi tidaklah terlalu tua sampai tahap bongkok. Rambutnya kuning keemasan. Pari-pari itu memegang tongkat sambil merenung wajah Nyea. Gadis itu membalas dengan kerutan di dahi. Tertanya-tanya juga  siapa lelaki ini.

"Kamu ke Nyea Dylea?"

SEJAK dari tadi dia berdiri kaku. Lama. Dia langsung tidak bergerak  walaupun seinci. Bibirnya terkunci rapat. Senyap tidak terkata. Pandangan redup tertumpu pada batu. Batu yang menjadi sebuah penanda dimana mayat disemadikan buat selama-lamanya.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now