Sentuhan jari kasar, mengangu lenanya. Pipi diulas lembut. Dahi berkerut menerima sentuhan tersebut. Tangannya bergerak menghentikan perbuatan itu. Dia menangkap tangan tersebut. Dipegang sekejap.
"Nyea ... bangun."
Lembut suara itu berbicara. Nyea mengumam bibir sambil memejam mata. Lama. Kemudian jari tersebut ditarik lalu diletakan bawah dagu.
"Keith?" terselit getaran di situ. Lelaki berambut merah tersenyum dikala nama dipanggil.
"Demam kau dah kebah. Bangunlah."
Nyea tersenyum tanpa sengaja. Mata masih lagi terpejam. Keith merenung raut wajah kesengsaraan gadis itu. Perlahan Nyea mengeleng. Tidak mahu.
"Tak nak ... Aku tak nak tengok dunia ni lagi. Dunia penuh kejam. Aku lebih rela tutup mata ... atau buta." bisik Nyea. Kening Keith terjungkit ke atas.
"Aih ... sini aku buka mata kau!" ujar Keith geram lantas tangannya ditarik. Jari membuka kelopak mata Nyea dengan luas! Tersembul biji mata Nyea dibuatnya. Gadis itu tersentak!
"Keith!"
Selamba saja dia sedang berbaring sambil menongkat kepala di sisi. Di tambah lagi muka tak tahu malu. Saja je dia sekatil dengan Nyea!
"Ya, sayang."
Mencanak naik bulu roma Nyea. Mengeliat dia kegelian bila dengar. Rasa nak muntah hijau pun ada!
"Sayang kepala otak kau!" laju Nyea menarik rambut merah.
Keith tertunduk sambil menjerit sakit! Mereka bergelut di atas katil. Bergolek-golek mereka sampaikan katil Violet turut menerima impak gegaran.
"Sakit-sakit pun kau buat perangai ye?" kedua pergelangan tangan Nyea dapat tangkap. Mereka duduk bersila. Keadaan tegang tadi bertukar hening. Gadis itu menarik muka.
"Keluar Keith ... Jangan kacau aku." Nyea membentak!
"Aku nak bawa kau pergi dari sini."
Gadis itu mengangkat muka setelah nak mata merah dipandang dalam. Tangan direntap rimas. Nyea menghembus nafas pendek."Betul ke?"
"Yalah ... Buat apa aku nak tipu!"
"Tapi Keith ...." Nyea berjenda lalu menunduk ke bawah. Rambut kuning yang terjuntai di depan dia selitkan pada cuping telinga. Nafas ditarik dalam mengumpul segala kekuatan. "Sayap aku dah tak ada."
"Hmm ... tak apa Nyea. Aku boleh jadi sayap kau." Keith tarik Nyea mendekatinya. Kepala gadis itu disandarkan pada bahu. " Aku boleh bawa kau terbang."
Tipulah kalau dia tak rasa marah. Terkejut. Geram. Menyumpah-nyumpah semuanya ada bila melihat Nyea macam ni. Tak guna betul! Rasa nak bunuh raja tu! Tentu emosi Nyea lagi tidak terkawal sekarang ni. Nyea alami dia pun turut terasa juga. Dia juga berasa sinpati.
"Sayap aku boleh tumbuh balik tak?"
Itulah yang dia harapkan sekarang ini. Harapan di mana sayapnya akan tumbuh kembali pada masa akan datang. Meskipun dia tahu harapan itu agak tipis.
"Janganlah menagis. Boleh. Hmm ... Aku bawa coklat sekali tau ni. Nak ke tak?" Keith memujuk lembut. Tak mungkin sayap tumbuh lagi, dia terpaksa bagi menyedapkan hati Nyea.
"Kau tipu ...." berjurai-jurai air mata jatuh. Keith menghela nafas panjang.
"Nyea janganlah macam ni. Berhenti menagis dan jom makan coklat. Mahal aku beli ni." pujuknya lagi.
Coklat saja yang boleh dia bagi. Nyea suka coklat. Mana tahu boleh buat dia gembira. Senyuman hambar terus terlakar di bibir Nyea apabila Keith menghulur sekotak coklat.
VIOLET berjalan ke hulu hilir. Hatinya tidak senang. Dia resah memikirkan benda ini. Sekejap, dia berlari ke arah tingkap. Langsir menutupi tingkap kaca diselak perlahan.
Dalam keadaan samar-samar pada malam itu, dia dapat lihat pari-pari putih berpakaian tentera merayap merata tempat. Bukan itu sahaja, mereka juga singgah dari satu rumah ke rumah lain. Mereka memeriksa setiap isi rumah penduduk di situ!
Sampai macam ni sekali mereka mencari Nyea. Nampaknya mereka memang tidak melepaskan Nyea pergi dari sini. Violet kembali menutup langsir. Peluh dingin mula kelihatan pada dahi.
"Violet kenapa ni?" Anne muncul secara tiba-tiba.
"Mereka akan datang ke sini. Nyea kena lari dari sini!" luah Violet. Kuku digigit perlahan. Anne mengerut dahi, cuba faham apa yang dikatakan oleh Violet.
Baru sahaja dia mahu membuka mulut, pintu telah diketuk. Serentak mereka memandang pintu. Violet mula mencuak. Jelas dia ketakutan sekrang ini.
"Anne, tolong bawa Nyea pergi dari sini. Cepat beritahu Dell dan Harez. Mereka cari Nyea." Violet berbisik seraya menolak lembut tubuh Anne.
Kelam kabut Anne berlari memberitahu yang lain. Sampai sahaja di bilik Nyea, Keith juga berada di situ sedang berbual-bual. Mereka nampak mesra dan tak sedar kehadirannya.
"Okay, tak ada masa nak berkasih sayang sekarang ni. Kita kena keluar dari sini." terguran Anne membuatkan mereka terkejut. Nyea terdiam malu. Keith tersengih.
"Cepat Keith kita kena balik kerajaan pari-pari hitam sekarang. Mereka datang cari Nyea." Anne mengapai sweater Nyea kemudian disarungkan pada gadis itu. Terkial-kial Nyea dibuatnya.
"Mereka cari Nyea?"
"Ha, ya ... Keith jom turun bawah. Kita tak ada masa ni." lantas dia menarik Nyea supaya bangun dari duduk. Hoodie ditarik menutupi kepala Nyea.
Setelah siap mereka berkumpul di bahagian dapur. Harez dan Dellson sudah ada di situ. Mereka akan keluar dari pintu belakang. Pintu utama diketuk semakin kuat. Diiringi suara pekikan dari luar.
"Cepat! Biar aku uruskan mereka. Bawa Nyea jauh dari sini!" desak Violet.
Nyea meneguk air liur berkali-kali. Tipulah kalau dia kata tak takut! Mereka mahukan dirinya? Untuk apa lagi? Tak cukup ke sayapnya dipotong? Apa tak puas lagi ke!
"Aku takut ...." bisiknya hujung baju Keith ditarik sedikit. Lelaki itu menoleh seraya tersenyum kelat. Harez, Dellson dan Anne hanya memerhati adegan mereka.
"Ish, aku ada ... buat apa nak takut."
Sementara itu, Willys mengaru kepala. Rambut kuning keemasan bersinar dek pancaran lampu di ruang singgahsana. Dia duduk bersandar pada kerusi bersalutkan emas.
"Di manakah kerajaan pari-pari hitam itu?"
Calvin berdiri tercegat sedari tadi mengerut dahi. Raut wajah Si tua direnung seketika. Dia dipanggil untuk ke sini untuk menghadap ayahandanya, membincangkan tentang hal dia dan Victoria. Sekarang bertukar topik?
"Kenapa ayahanda tanya?"
Sang raja menghela nafas pendek. Batang hidung mancung digosok perlahan. Dia mendecit. Calvin setia menanti jawapan.
"Ayahanda ... cuma mahu melawat."
"Melawat?" balas Calvin terkejut. Mimpi apakah ayahanda dia sampaikan mahu melawat ke sana? Bergurau ke apa si tua ni?
"Ya, ayahanda mahu melawat saja. Mungkin besok atau lusa ayahanda mahu ke sana."
Tiba2 tangan ni gatal nak update pula, hahahaha😂
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...