71. PERANG : SILVER HOLE

4.7K 389 25
                                        

"Eh ... Eh! Ah! "

Pekik satu suara bergema kuat. Tidak semena-mena tapak kasut hinggap ke muka. Lelaki itu tersentak! Cengkaman tangannya pada leher Lilith terlepas begitu sahaja. Gadis itu melurut jatuh ke tanah. Terbaring tidak sedarkan diri. Lelaki itu terus terduduk sambil mengerang sakit.

"Hoi, aku tak habis cakap lagi ni."

"Apa lagi ni? Kau ni bisinglah Fyira! Kenapalah kau ikut aku ni? Bahayalah ... Pergilah balik." Nyea menghalau sebaik sahaja kaki menjejak tanah.

"Ish, kau ni Nyea. Bonda kau suruh aku ikut."

"Tapi bahayalah bongok! Ini bukan tempat kau!"

"Kaulah tak sihat tiba-tiba turun medan perang. Kalau kau pengsan tengah-tengah ni tak ke bahaya?"

"Boleh tak kau jangan sibuk?"

Mereka pun bertikam lidah di situ. Dalam keadaan huru-hara, dua eekor pari-pari ini sempat bertengkar. Tidak bertempat betul!

Nyea mengerut dahi. Fyira masih lagi tidak berhenti dari membebel. Ada sesuatu menghampirinya dari belakang! Lantas dia berpusing. Lelaki tadi sudah mengapai sebilah pedang lalu berlari mendekati Nyea. Sempat Nyea menolak Fyira ke tepi. Terjelupuk Fyira di atas tanah.

Gadis itu terbang ke atas untuk mengelak serangan itu. Tongkat magis tergengam kemas pada tangannya lalu Nyea menghentak kepala lelaki itu! Ambil kau!

Lelaki itu terkedu. Darah merah meleleh jatuh dari lubang hidungnya. Pedang terlepas dari tangan dan terpacak ke dalam tanah. Perlahan lelaki tumbang ke belakang bagai ditiup angin.

"Kau tercegat apa lagi itu? Pergi tolong Lilith!" Kata Nyea kepada Fyira. Dia menghentak tongkat magis ke tanah akan tetapi magisnya juga tidak berkesan langsung!

"Apa ni? Kenapa tak berkesan langsung?" Nyea merungut. Terasa pelik pula mengapa magisnya tidak berkesan. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu! "Tak akanlah manusia ini batalkan magis? Kalau betul, cuma ada satu cara je."

Tidak mungkin tiada cara untuk atasi benda ini bukan? Gadis itu berdiri lurus. Dia tidak menghiraukan musuh yang datang menghampiri. Tongkat magis dibenamkan ke tanah.

Angin menderu kuat sehingga menerbangkan rambut Nyea. Musuh yang datang mahu menyerang tiba-tiba terhentak pada sesuatu. Kelihatan seperti mereka terlangar dinding! Ada penghalang di situ.

Tidak boleh mendekati Nyea, mereka mula membatalkan magis gadis itu. Malangnya perbuatan mereka langsung tidak berkesan. Dinding angin yang direka oleh Nyea seperti tidak dapat dibatalkan mahupun dihancurkan!

"Hehehe ... Usaha yang sia-sia. Ada je magis yang boleh lawan magis pembatalan. Tapi magis ni susah sikit." Ujarnya bersendirian sambil memerhati gelagat tentera manusia.

"Okay!" serentak itu nafas dihembus kuat. Kedua tapak tangan memegang kepala tongkat magis. Magis pelindung terus lesap dan lelaki berjubah hitam mula menyerbu Nyea.

Gadis itu memejam mata "Silver hole!" jeritnya sekuat hati! Satu gelombang angin terbentuk kuat. Berdengung bunyinya! Nyea menjadi pusat di tengah-tengah. Rambutnya mengerbang kuat!

Satu bulatan kecil terbentuk dan kelihatan mirip seperti lohong hitam cuma warna sahaja berbeza. Lohong perak itu betul-betul di atas kepala Nyea dalam jarak sejengkal.

"Argh! Apa dah jadi ni!" jerit salah seorang dari mereka.

"Tidak! Magis aku!"

"Tak guna! Magis kita ditarik!"

Aura magis mereka ditarik keluar dari tubuh. Nyea hanya memerhati tanpa sebarang suara. Mereka juga berusaha melawan lohong perak supaya magis tidak disedut!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang