78. WAKE UP

5.1K 401 34
                                    

Nyea tersedar dari lena. Kelopak mata terbuka perlahan. Cahaya silau menusuk-masuk ke dalam biji mata membuatkan dia berkerut dahi.  Tangan diletakan pada dahi. Dadanya berombak perlahan. Nyea kembali pejam mata. Lama dia berkeadaan begitu.

Terasa lenguh pula badannya kerana terlalu lama tidak bergerak. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun dan Nyea akhirnya duduk menegak. Anak mata bergerak ke kiri ke kanan. Ruang kamar diperhatikan. '

"Keith." panggil Nyea dengan separa bisik. Tidak semana-mena air mata menitis jatuh. Gembira dan sedih bercampur baur pada masa yang sama.

Pertama dia berjaya bangun dari tidur yang lama. Kedua, dia terkenang dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Betapa gigihnya Keith berkorban untuk selamatkan dirinya!

Keith berada di sisinya. Dia sedang duduk pada kerusi dengan meletak kepala di atas katilnya. Beralaskan lengan sebagai bantal. Nyea tersenyum seraya meletakan tangan di atas rambut merah berkilat. Pandangan dihalakan ke bawah. Darah sudah pun bersih.

Pintu berkeriuk ditolak dari luar. Calvin terpacak  disebalik pintu! Pandangan Nyea tertumpu pada Calvin. Riak wajahnya jelas terkejut, sebaik sahaja mata mereka bertembung!

"Nyea ... kau dah sedar?" lantas dia tolak rapat dedaun pintu. Calvin mengorak langkah untuk lebih mendekati Nyea.

"Calvin."

"Aku datang ni sebab nak bawak Keith ke pusat perubatan."

"Hah?"

"Aku nak bawa dia tapi dia tak nak sebab nak tunggu kau. Aku tak boleh buat apa dia degil sangat. Aku datang balik ni nak paksa heret dia ke sana."

"Bodohnya, Keith." ujarnya perlahan.

"Aku rasa dia okay. Tapi kena cepat-cepat rawat dia. Aku nak ambil dia."

"Hmm ... tak apa Calvin. Biarkan dia dengan aku."

"Tapi Nyea dia tidak boleh biar lama."

"Ya, aku tahu. Tak apa, Calvin. Aku tahulah nak buat apa." 

"Kau berada di kerajaan pari-pari putih. Aku akan beritahu pada bonda kau. Dia ada di taman dengan Camelia. "

"Terima kasih Calvin."

"Tak ada masalah  sebab kau keluarga aku juga." Calvin menamatkan perbualan dan beredar dari situ untuk memberi Nyea ruang.

Nyea menghela nafas panjang. Tangan masih lagi melekap pada kepala Keith. "Keith ... bangun." panggil Nyea seraya mengoyangkan kepala rambut merah itu.

"Bagunlah Keith." kejutnya lagi dengan lembut. Tidak lama kemudian Keith menunjukan tindak balas. Tidak berkelip anak mata merah memandang.

"Nyea ...."  tertumpah empangan air mata. Seakan tidak percaya gadis itu sudah sedar, kelopak mata digosok perlahan. Gembira kerana penantian selama ini telah berakhir. Tiap-tiap hari dia datang. Pagi sampai ke malam. Akhirnya Nyea sedar juga.

Mula-mula dia fikir Nyea sudah mati. Tetapi bila bawa pulang.  Ratu Andora kata Nyea masih hidup. Degupan jantungnya sungguh lemah. Bila dirasa pada nadi memang tak rasa denyut.  Nyea memang cukup lemah ketika itu.

"Kau menagis? Apa ni Keith. Kau lelaki tahu?"

Keith mengesat air mata. "Aku gembira kau dah sedar. Ini air mata gembira tahu! " dia mengerang sakit sebaik sahaja menghabiskan kata-kata. Lantas perut dia tekup laju.

"Kenapa kau tak mahu ikut Calvin? Teruknya kau ni!" marah Nyea. Sudahlah cedera teruk! Boleh lagi dia tak mahu pergi bilik rawatan?

"Aku tak nak tinggalkan kau ...." terketar-ketar Keith bersuara.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now