44. CERITA SEPANJANG JALAN

4.9K 465 25
                                    

Tubuh Nyea langsung jatuh menjunam. Keith memekakan telinga dari mendengar Fyira terpekik marah. Matanya mencerlung ke bawah. Kelibat gadis itu semakin mengecil. Saja mahu bergurau. Budak itu mesti naik minyak nanti.

"Kenapa kau buat macam itu?" Fyira masih tidak berpuas hati.

"Gurau? Ala, jangan risaulah."

" Agak-agaklah ... Tak bertempat Keith!"

Bahu lelaki itu ditolak kasar. Terdorong dia ke hadapan. Kepala otak dia bergurau. Masa macam ni nak bergurau? Keith mencebik. Dia sempat gunakan magis seru pada gadis itu. Sejauh mana dia pergi pasti boleh kembali! Hahaha.

"Mana Nyea?" 

Suara menegur membuatkan Keith meneguk air liur. Bergerak biji halkum dia tatkala suara Kyra menyoal dekat. Alamak! Risau juga kenapa Nyea tak kembali padanya. Ini adalah cubaan pertama magis seru. Antara magis tersusah. Baru sahaja dia belajar. Tak akan tak jadi kut? Fyira mengukir senyuman sinis.

"Tanya Keith apa yang dia dah buat."

Mendengar butir bicara Fyira, mata Kyra mencerlung tajam bak pedang. Mata dikecilkan sedikit. Lelaki berambut merah menggaru kepala. Tak tahu apa nak kata.

"Er ... dia ...."

Ayat termati kerana Nyea tiba-tiba muncul di sisi bersama wajah masam. Muka ketat. Tiada senyuman menghiasi wajah. Bengang.

Sayap mengibas-gibas perlahan apungkan diri. Keith menghela nafas lega. Ia menjadi! 

"Kau tak guna! Aku sumpah kau jadi kucing hutan nanti!" Nyea mula meradang. Baginya tindakan lelaki itu sungguh melampau! Nyawa hampir melayang tadi. Mujur sayapnya automatik keluar.

Sebiji penumbuk singgah tepat pada perut. Lantas Keith membongkok sambil menekan perut. Senak! Kyra  mempapar riak terkejut. Fyira memerhati dengan bersahaja. Bukan kali pertama dia tengok. Padan muka!

"Aunty, Fyira jom. Kita tinggalkan dia ni." Nyea memaut lengan Kyra lalu dipeluk manja. Wanita itu terpinga-pinga sebelum tersenyum. 

Mereka kembali meneruskan perjalanan. Sepanjang jalan Keith hanya terbang dijarak belakang sekali. Dia hanya mampu memerhati Nyea dari belakang. Gadis itu terbang diantara Kyra dan Fyira. Lagi pun dia kena awasi bahagian belakang.

Kedudukan kerajaan pari-pari hitam mengambil masa selama dua atau tiga hari. Jika mereka tidak berhenti untuk rehat di mana-mana tempat, jangka perjalanan mereka akan pendek. Cepat sampai.

Keith tak rasa mereka akan berhenti di mana-mana tempat. Tidak boleh berlengah lagi. Matlamat mereka hanya cepat sampai sahaja dan berlindung di sana! Di sana sahaja mereka akan selamat!

SANG mentari membenam dek ditelan kegelapan malam. Lelangit bertukar menjadi kelam dan gelap. Cahaya bulan kini menjadi penyuluh bagi mereka. Angin sepoi-sepoi bahasa menemani perjalanan mereka.

Mereka bertiga terbang dalam kelajuan maksima kerana mahu cepat sampai. Kira-kira, pagi mahu menjelma barulah mereka akan sampai ke sana.

Nyea mendongak. Bulan penuh ditatap. Otaknya terfikir, agak-agak macam mana rupa kerajaan pari-pari hitam? Rasa teruja pun ada ni. Tak sabar mahu sampai. Tetapi pada masa yang sama ada sekelumit rasa sedih bertandang ke hati.

Sedih kerana meninggalkan tempat dia membesar sejak kecil lagi. Walaupun, telah banyak luka terhiris dihati. Ya, disebabkan Victoria! Perempuan gila itu!

Dari dia masuk lagi memang Victoria dah cari pasal. Tak tahulah apa salah dia sampaikan perempuan itu sangat benci. Gila agaknya atau ada masalah otak? Sumpah! Nyea pun berkali-kali ganda membenci. Sudahlah gedik. Meluat betul!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now