37. POSYEN HILANG!

5.2K 431 10
                                        

Tubuh disandarkan ke belakang seraya menyilang tangan ke dada. Kelopak mata mula memberat. Rasa mengantuk kian menjadi-jadi pula padahal cukup saja dia tidur. Denda Harez diberikan baru sahaja di selesaikan sebentar radi. Tidak pasal-pasal mereka semua kena bersihkan satu Colloseo!

Harez keluar dari kelas dengan meninggalkam satu tugasan berkumpulan. Tugasan apa? Jangan tanya, kerana Nyea sendiri tidak tahu. Dia malas mahu buat, dalam kumpulan bukan? Jadi,  dia hanya goyang kaki. Tup tup ... Kerja dah siap. Tak pun mereka pandai-pandailah tanya Nyea. Chill, kumpulan dia pun sudah masak dengan perangai Nyea.

Kejadian bagaimana dia balik, melintasi benak fikirannya. Ia seakan terawang-awang ke ruangan udara. Ia boleh disenaraikan dalam peristiwa yang sadis! Mana tidak sadis? Cuba bayangkan, sudahlah trauma air sungai. Lepas itu kena harungi perasaan itu. Nyawanya bagai melayang!

Sampaikan tahap Nyea merengek, menangis dan meraung semasa mahu masuk ke dalam air sungai. Penghujung ceritanya, Alice tolak dia dari belakang! Sebelum dia jatuh ke dalam sungai, dia sempat dapat dengar Rena, Ryan dan Erina marahkan Alice. Selepas itu, dia tidak ingat apa-apa, buka sahaja mata ... Dia sudah ada di sini.

Cuitan dari sisi membuatkan dia tersedar. Fyira dipandang pelik.

"Apa?"

"Jangan nak membuta pula kau!"

"What? Taklah. Hmm ... Mana Keith? Tak nampak dia pun dari awal kelas."

Mata meliar ke sana sini. Batang hidung Keith dicari. Mana pula makhluk berambut merah itu?

"Keith? Dia tak datang agaknya."

"Kenapa?"

Soalannya Fyira balas dengan mengangkat bahu. Nyea mencebik. Tertanya-tanya pula kenapa Keith tidak datang. Selalu bukan main berkepit. Di mana Nyea pergi pasti ada Keith. Ada saja lelaki itu ikut.

Satu topik perbualan dua pari-pari duduk dihadapan  telah menarik perhatian Nyea. Dia mula memasang telinga sebaik mungkin. Mereka satu kumpulan.

"Aku dengar hari ini ada pemeriksaan."

"Huh? Untuk apa pula? Mana kau tahu ni?"

"Aku terdengar perbualan dalam bilik pengetua. Aku tak tahu untuk apa, tapi mereka bincang dengan serius. "

Air liur diteguk melalui kerongkong. Peluh dingin mula merembes keluar. Nyea mula rasa tidak senang hati mendengar perbualan mereka. Fyira menoleh ke sisi apabila perasaan perubahan pada air muka Nyea.

"Kau okay? Sihat tak?"

"Er ... Sihat. Aku okay."

"Tapi kenapa kau macam ...." 

"Fyira kau pernah dengar tak cerita pasal pemeriksaan yang akan dilakukan nanti?" Nyea mencantas laju. Kata-kata itu membuatkan Fyira terdiam sejenak.

"Ah, cerita itu bukankah dah lama? Tapi tak pernah buat pun. Kenapa?"

"Tak ada la ... Aku cuma tanya je."

Fyira tersenyum lalu lengan Nyea dipaut dari sisi. Tubuh Nyea berganjak merapati. Terkial-kial Nyea dibuatnya. Mata Fyira merayap, melihat pari-pari lain. Mereka duduk di barisan belakang dari mereka semua. Hanya mereka berdua di situ.

"Risau dengan rahsia kau?" Fyira berbisik sebaik sahaja mendekatkan diri ke telingga Nyea. Gadis bermata kuning itu terkejut lalu menarik muka ke belakang.

"Rahsia?" terbuntang mata Nyea membalas pandangan sahabatnya. Fyira mengangguk. "Rahsia aku?  Rahisa yang aku ...."

"Yup! Keith cerita semuanya."

"Sejak bila?" Dahi berkedut seribu melihat raut wajah Fyira. Dia sungguh tenang. Tidakkah dia mahu menjauhi dari dirinya? Macam Violet buat?

"Nah, sejak bila itu kau tidak perlu tahu. Aku terima kau, Nyea. Mula-mula aku memang terkejut bila menyaksikan benda itu di sini."

"Fyira ...."

"Aku jauhkan diri bukan sebab apa. Cuma mula-mula tu aku tak dapat hadam apa yang aku nampak. Aku keliru dengan identiti kau. Violet pun sama."

Suara Fyira diperlahankan hanya cukup didengari oleh mereka sahaja. Nyea diam tidak berkutik. Dia hanya menunduk sambil menyulam jari-jemari. Carita Fyira sedikit sebanyak membuatkan dia rasa terharu. Gadis itu sudah tahu dan masih mahu berkawan dengan dia? Ini sungguh tidak dijangka!

"Aku serba salah dan cuba mendekati kau balik untuk minta maaf. Setiap kali aku cuba, setiap kali itulah Violet menghalang. Dia marah aku."

"Dan aku tak sangka dia bersikap macam itu. Dia berubah."

"Entahlah, dia cuma tidak dapat menerima kenyataan. Aku dah nasihatkan dia tetapi hatinya keras, kau pun kenal dia bukan?"

Nyea tidak tahu macam mana nak cakap lagi tentang Violet. Jadi biarkan saja Violet itu. Gadis itu sudah tidak sudi apakan daya, alangkah tatap muka pun tidak mahu lagi! Sudah menyampah agaknya.

"Terima kasih, Fyira." ucap Nyea setelah muka diangkat. Senyuman mesra memelebar di bibir.

KAKI laju melangkah, meniti ruangan koridor akademi. Dia berlari tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Sesekali dia hampir terlanggar pelajar yang lain! Namun dia tidak peduli!

Dia sedang panik! Pemeriksaan akan dilakukan terhadap semua pelajar dan tidak ada siapa pun akan terlepas mahu pun dapat mengelak! Gosh, ini yang dia takutkan!

Mereka mahu mengesan kewujudan pari-pari hitam! Dia tahu itu tujuan mereka mahu buat semua ini! Semua penghuni akademi telah dimaklumkan sebentar tadi, mereka dikehendaki berkumpul di tapak Colloseo selepas habis waktu pembelajaran.

Dengar sahaja arahan itu terus dia mengelabah dan berlari keluar dari Cafe. Pintu kelas di buka kasar sehingga mahu tercabut. Nyea meloloskan diri. Pelosok kelas dijajahi, kelihatan seperti dia tercari-cari akan sesuatu. Mujur kelas itu tiada pelajar lain, jadi dia mengeledah semua tempat. Setiap sudut tidak lepas dari anak matanya.

"Argh! Mana posyen aku! Mampus kalau macam ni! " meja dihentak kuat. Otaknya kusut ketika ini. Posyen yang dibawa telah hilang tapi sejak bila?  Tercicir ke?

Rambut hadapan ditolak ke belakang. Nafas ditarik dalam. Dia cuba menenagkan diri. Peluh tidak henti merembes keluar. Dia risau jika mereka dapat tahu siapa dirinya yang sebenar!

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Seingat dia tadi ada terlanggar Fyira dekat tepi tangga. Nyea rasa mungkin dekat situ ia hilang! Dia berlari keluar dari kelas, menuju ke anak tangga.

Nyea hampa kerana tidak menemui apa-apa pun di situ. Tubuhnya melurut jatuh ke bawah. Dia duduk ditepi tangga sambil meramas kepala. Nasib baik tidak ada pelajar yang lalu. Dia hanya fikir Keith, dia perlukan lelaki itu!

"Okay, Keith tak ada. Apa kata aku pergi jumpa Miss Anne dan yang lain-lain? Mereka mesti dapat tolongkan? Kenapalah aku tak terfikir dari tadi!"

     Pintu tandas ditutup rapat. Air dibuka sebaik sahaja dia menghampiri singki. Mencurah-curah air keluar. Dia hanya merenung lama. Setelah itu, dia mengeluarkan sesuatu dalam poket baju akademi.

Botol kaca kecil dipegang cermat. Perlahan ia dibawa ke muka, dahinya berkerut pelik. Isi kandungan cecair jernih menimbulkan pelbagai persoalan. Dia tertanya-tanya itu benda apa. Ubat ke?

Semasa dia mahu naik ke kelas, botol ini entah dari mana ia terpelanting dan tanpa sengaja dia tersambut, jadi dia simpan dan meneruskan langkah. Ketika itulah dia terserempak dengan Nyea dan Fyira baru sahaja berlalu pergi. Dia mahu memanggil tetapi suara seakan tidak keluar. Tercegat dia ditepi tangga sehingga Nyea dan Fyira masuk ke kelas, barulah dia berganjak dari situ.

"Siapa punya? Fyira atau Nyea?" bisiknya perlahan.



Korang rasa watak Nyea ni hidup ke?


Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang