27. GAME OVER!

5.6K 484 19
                                    

Dedaun pokok menghalang pandangan mata diselak ke tepi. Anak mata biru terus memandang hadapan. Sebarang pergerakan musuh langsung tidak nampak! Cis, sungguh licik musuhnya yang satu ini. Dia menoleh ke sisi, anak buah pada bahagian kanan sudah berjaga-jaga manakala bahagian kiri juga dalam posisi yang sama. Dia kembali memandang hadapan. Lama.

"Pstt, nampaknya tak ada yang datang ke sini. Jadi aku nak kau orang semua menyorok dahulu dekat sini,  aku nak pergi keluar sekejap. Owen ikut aku!"

"Baik, ketua!" balas lelaki botak. Baru setapak dia keluar dari semak-samun, bunyi sesuatu datang dari arah atas. Lelaki berambut biru tersentak lantas mendongak ke atas. Sekumpulan pari-pari menerjah dari atas pokok, lalu menyerang anak buahnya yang terpinga-pinga. Semua terkejut dengan serangan secara mendadak itu.

Gadis berambut pendek memakai kain berwarna kuning yang diikat menutupi bahagian mulut dan hidung tiba-tiba mendarat dihadapan mata. Dia kaku seperti patung apabila mata mereka bertentangan. Macam dia pernah nampak! Tapi dekat mana?

Pantas gadis tersebut melonjak sedikit lalu  menghayunkan kaki ke atas, terkena dadanya. Dia berganjak ke belakang dek sepakan tersebut. Dadanya dipegang menahan sakit. Dia mendecit geram.

"Ah, boleh tahan juga." Dia mengempal penumbuk. Badan dibongkokkan sedikit. Sepantas kilat dia bergerak menyerang gadis itu.

Matlamat kedua kumpulan itu adalah merampas kain yang dipakai. Jika si ketua atau anak buah dirampas ramai, automatik semuanya kalah!

Tangan lincah bergerak, kain berwarna biru terikat di lengan menjadi sasaran gadis itu. Dia berpusing ke kanan bagi mengelak kainnya dirampas oleh si gadis berambut pendek!

Oh, tidak! Dia tak akan biarkan kainnya dirampas! Tangan kanan menghadang leher gadis itu lalu sepantas kilat, kaki kiri dilibas sekuat hati. Gadis berambut pendek tersentak dan jatuh terlentang menyembah tanah. Lelaki berambut biru tersenyum sinis sambil memandang kain milik gadis itu. Baru sahaja dia mahu merentap kain kuning tersebut, dapat dia merasai ada seseorang mendekatinya dari atas. Kepala didonggak, dan matanya terbuntang!

"Argh! Nyea?!" selamba kepala dipijak kasar oleh gadis itu, dia jatuh tersungkur tanpa sempat berbuat apa-apa. Sekelip mata sahaja kain biru dirampas oleh Nyea.

"Sorry, Kyle." ujarnya seraya menarik kain menutupi mukanya. Tersengih menampakan barisan gigi putih.

"Habislah! Penat aku bertarung dengan Calvin  dan Luth! Akhirnya aku tewas dengan kau! Ha, aku tak tahu nak menagis atau ketawa." Kyle berguling-guling di atas tanah. Lagaknya seperti budak kecil yang mahukan sebuah permainan sahaja! Mengada betul!

Nyea menghulur tangan"Mana kain yang lain? Bagi aku, Kyle."

"Tak nak!"

"Kalah buatlah cara kalah!" celah gadis berambut pendek, Nyea menoleh.

"Eh, kau diamlah perempuan!" kata Kyle tidak puas hati. Pandangan tajam dilemparkan terhadap gadis tersebut. Baru dia teringat, gadis nilah yang dia nampak dekat cafe tempoh hari!

"Fyira, kaki kau okay ke?"

"Aku okay." balasnya mendatar. Kyle dijeling sekilas membalas pandangan lelaki itu.

Nyea menadah tangan "Mana kain mereka?" mintanya lagi.

"Err ...." Mata biru meliar memerhatikan sekeliling. Anak buah Nyea dilihat satu persatu. Dia dikepung! Akhirnya, Kyle akur. Dia terpaksa menyerahkan hasil titik peluhnya sebentar tadi! Ah, musnah harapannya untuk menjadi sang juara! Kalahkan Calvin dan Luth bukan senang tadi! Calvin mahir bertempur manakala Luth sungguh licik!

KEITH melompat naik ke atas dahan pokok, yang lain juga melakukan perkara yang sama. Masing-masing sudah berjaga-jaga. Tadi dia merasakan ada sekumpulan datang menghampirinya tetapi dia tidak tahu itu siapa. Pergerakannya amatlah perlahan dan sukar dikesan, mereka bersembunyi!

Keringat mengalir perlahan, dibiarkan. Rambut merah miliknya disisirkan ke belakang mengunakan jari. "Mari, kita pergi dari sini!" arahnya seraya kaki melompat ke dahan lain sebelum berpijak di atas tanah.

Deruan angin melintasi hadapan, Keith mengurangkan kelajuan, dia berhenti dan diikuti anak buah yang lain. Mereka terpinga-pinga melihat si ketua.

"Kenapa berhenti?"  Soal Juvia dibelakang. Keith tidak menjawab tetapi mengangkat tangan memberi isyarat. Juvia terdiam.

"Mereka ada dekat sini. Tapi aku tak tahu ini bawah siapa. Kita dikepung!" pekik Keith, lantas sekumpulan pari-pari lelaki meluru laju dari pelbagai sudut. Sungguh pantas pergerakan. Mereka mengikat kain berwarna jingga pada leher! Ini kumpulan Lilith!

Serangan pari-pari lelaki laju bagai angin lalu, sekelip mata sahaja kain merah separuh dari mereka sudah dirampas! Tidak lama kemudian pari-pari perempuan pula menyerang tetapi kali ini Lilith menjelmakan diri.

"Ha, jumpa pun!" Lilith menghayun penumbuk ke muka. Lelaki itu menyengetkan kepala ke sisi dan dapat menangkap tumbukan tersebut.

"Oh, yeah?" Senyuman sinis mekar dibibir Keith sambil kening dijongketkan ke atas. Penumbuk Lilith digenggam erat sebelum memusingkan badan. Keith menunduk sedikit. Menggunakan sepenuh tenaga lengan Lilith ditarik dan gadis itu terangkat, badannya berpusing terhentak pada tanah.

Lilith mengeliat sedikit menahan rasa sakit belakang kian menjalar seluruh urat saraf. Lelaki berambut merah mahu merentap kain pada leher Lilith. Gadis itu terlebih dahulu bertindak dengan menujah kaki ke atas. Tidak peduli sakit atau tak, dia akan mempertahankan kain dia. Muka Keith mencium tapak kasut besi dan dia terundur tiga tapak.

Peluang keemasan terpancar dihadapan mata Lilith. Dia berdiri. Kain merah membaluti tangan lelaki itu dipandang tajam. Dia melompat, lutut dilibas mengenai perut namun Keith menepis.

"Setakat ini kau dah jumpa siapa, Lilith?" soal Keith ingin tahu. Tangkas juga si kembar ni. Ini baru kakak belum lagi adik!

"Belum jumpa yang lain. Batang hidung mereka pun aku tak nampak!" Lelaki itu tiba-tiba hilang. Lilith berpusing ke belakang mencari kedudukan Keith. Lama.

"Lilith, sorry!" ujar Keith kembali muncul. Leher Lilith ditetak kuat dan dia terus rebah ke tanah.

Keith mencangkung di sisi Lilith. Kain berwarna jingga diambil perlahan. Kemudian dia berdiri sambil melihat anak buahnya yang lain. Kelihatan tinggal seorang sahaja yang masih kekal bersama kainnya, Juvia. Dia sahaja yang kekal.

"Dalam dunia ini ada satu perkara yang aku tak suka." Suara halus bergema disebalik pokok. Keith memalingkan muka ke arah kanan. Ya, ia datang dari sana.

"Satu je... bila ada yang berani mencederakan kakak kesayangan aku!" sambungnya lagi. Lesie melangkah keluar dengan gaya selamba.

Cepat-cepat Keith membuka ikatan kain. "Juvia, bawa lari kain ...." sekali dia pusing Juvia sudah tertangkap oleh Aron malah kainnya juga sudah dirampas. Tiba-tiba satu hentakan keras singgah ke kepala. Kepala berpinar-pinar bagai ada bintang kecil berpusing mengelilingi. Dia jatuh melutut lalu pengasan disebelah Lilith.

"Oh, yeah! Kumpulan aku menang!" pekik Lesie sambil melompat-lompat. Dahan kayu menjadi alat pemukul Keith dicampak ke tepi. Kain milik Keith dan Lilith digapai perlahan.

"Mari semua kita serang kumpulan lain!" ujarnya girang. Akan tetapi, tidak ada sesiapa pun yang menyahut seruan Lesie. Senyap. Hal ini, gadis itu menjadi pelik.

"Kalian? Eh?" Kepala ditoleh ke belakang. Air liur diteguk perlahan. Anak buahnya sudah diserang? Pantas gila!

Nyea mendarat kemas dari atas pokok ke atas tanah. Disebalik kain kuning menutupi mulut, Nyea tersenyum sinis. Sedari tadi dia asyik perhatikan sahaja babak perlawanan mereka hingga akhir. Tidak perlu membazir tenaga untuk menyerang pun, hanya perlu guna akal sudah memadai. Kemenangan sudah dalam genggaman.

"Game over, Lesie!"





Okay tak?😆

Hmm, part Nyea gaduh dengan Victoria? Atau Nyea gaduh dengan Violet? Hihihik.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now