Batuk dilepaskan. Tangan mencengkam dada. Terbongkok-bongkok Raja Andrian menahan rasa sakit. Dadanya terasa dipicit dan diramas-ramas kuat. Nafas mula tersekat-sekat. Wajah bertukar menjadi pucat lesi.
"Ayahanda!"
"Dah ... sampai masa ... ah ... uhuk! Uhuk!" ujarnya tercungap-cungap. Andora membaringkan tubuh Andrian. Nyea duduk di sisi hanya melihat.
"Apa ayahanda mengarut? Ayahanda perlu banyak berehat."
Andrian memandang Nyea sambil tersenyum hambar. Masih gah walaupun umur telah dimakan waktu. Melalui wajah, gadis itu tahu mungkin masa muda dia merupakan pari-pari yang hebat. Anak mata coklat bersinar. Nyea membalas senyuman. Gadis itu memegang tangannya yang sudah berkedut. Perlahan Nyea mengusap.
"Maaf, kerana terpaksa tinggalkan Nyea di sana ...." tidak semena-mena air mata terkumpul membentuk empangan.
Jari halus menyentuh lembut pipi si pari-pari tua. Cecair mutiara mengalir tumpah, dikesat. "Tak mengapa .... Nyea faham." bergetar dia bersuara. Andora menunduk ke bawah. Lantai jubin direnung sebak.
Pari-pari tua itu, dirundung rasa serba salah. Hal ini kerana, dia telah memisahkan Nyea dan Andora. Membiarkan Nyea membesar tanpa jagaan Andora. Entah ... dia hanya mengikut kata hati saja. Dia fikir mungkin itu jalan terbaik untuk Nyea.
Tentu gadis itu mengalami detik-detik payah ketika hidup di sana. Hari-hari dia akan terfikir tentang Nyea. Tentang bagaimana keadaan Nyea kerana dia tidak menerima sebarang berita.
Sehinggalah satu hari, pasukan Alpha iaitu latihan tentera di bawah kerajaan pari-pari hitam. Kerajaan pari-pari hitam tidak mempunyai akademi. Mereka hanya menubuhkan pusat latihan. Seawal usia muda diwajibkan masuk. Mereka dilatih selama setahun sahaja atau mereka terpilih akan meneruskan latihan dan diambil untuk berkhidmat sebagai kumpulan Alpha. Harez, Anne, Dellson dan Keith di hantar ke sana untuk memantau Nyea dan membawa Nyea balik.
Andrian melepaskan batuk. Kali ini batuknya makin menjadi-jadi. Mata kembali berair. Andora toleh dengan rasa cemas. Andrian mengenggam jari Nyea. Pandangan tertumpu pada Andora.
"Andora ... ha ... ja ... jaga kerajaan ini ...." kata-kata Andrian termati di situ. Kelopak mata turun ke bawah. Pegangan jari Nyea semakin melonggar. Gadis itu diserang panik!
"Ayahanda! Jangan pergi!" Andora meraung. Wajah disembam pada dada Andrian yang sudah kaku sejuk. Gadis berambut kuning kehilangan kata-kata.
Kaki bersarungkan kasut hitam mencecah tanah. Sayap putih mengibas perlahan, menerbangkan dedaun kering dan debu. Kemudian, lenyap dari pandangan.
Pandangan meliar. Angin dingin menyentuh kulit. Sejuk hingga ke tulang! Cahaya bulan yang terang kini bertukar kelam, dilitupi awan. Lelaki berambut keemasan toleh ke sisi. Budak lelaki berambut lurus ke bawah diam kaku.
"Luth. Kita dah sampai ke?" Lilith memintas terlebih dahulu.
"Betul. Dah sampai."
"Kalau betul. Mana? Mana kerajaan pari-pari tu? Tak ada bukti pun." Kyle memeluk tubuh. Mata tertacap pada gua dihadapan mata.
Luth menjawab dengan renungan dingin. Tanpa berkata dia melangkah masuk. Camelia mengangkat bahu sebelum mengikut jejak Luth, diikuti Calvin, Lesie dan lain-lain.
"Sebelum kita ceroboh masuk ...." Luth bersuara sesampai sahaja di separuh jalan. "Aku, Calvin dan Lilith akan pergi. Camelia, Lesie, dan Kyle tunggu di sini."
"Aku nak pergi juga!" bantah Kyle keras. Tentu sahaja dia mahu ikut kerana dia mahu lihat bagaimana rupa gadis pari-pari hitam. Pasti cantik jelita. Boleh cuci mata.
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...