Kaki tidak mencecah tanah. Dia terangkat ke udara. Leher terlilit cahaya putih berkilauan dan muka sudah berubah merah-kemerahan.
"Pandang aku, Nyea." Victoria membeliakan mata. Nyea berpaling ke sisi, tidak mahu melihat mata Victoria. Bukan takut! Tapi ... Dia tahu Victoria mungkin akan guna ilusi.
"Shit!"
"Kau sebenarnya ... Pari-pari ...."
Terus Nyea memalingkan muka. "Stop it! Apa kau merepek!" marah Nyea. Anak mata bertentangan sesaat. Nyea terpaku buat seketika. Victoria tersenyum sinis seraya melepaskan Nyea. Gadis itu jatuh terjelupuk ke tanah.
"Nyea ... Nyea .... Aku pegang rahsia kau ni." Dia berjalan mengelilingi Nyea yang sedang menunduk. "Bila-bila je Nyea ... Ia boleh bocor dan hidup kau akan hancur!" Victoria tertawa besar.
Nyea dengar apa yang Victoria cakap tetapi tidak mampu membalas. Dia hanya kaku disitu. Hanya jasad sahaja yang tinggal. Seketika jiwanya seperti melayang ke tempat lain.
Huru-hara! Kawasan di situ sungguh huru-hara. Pari-pari sayap hitam banyak terbunuh manakala pari-pari putih menyerang tanpa henti. Satu persatu pari-pari hitam jatuh. Darah merah memekat melimpah ke sana sini.
Tidak lama kemudian ... Sekumpulan pari-pari putih mendarat sambil membawa obor api. Mereka membakar ke semua mayat pari-pari hitam. Seterusnya, istana dibakar pula.
"Apa ni? Apa ni?" bisiknya perlahan. Mata terbuntang. Cemas dia melihat situasi ini.
Pari-pari putih meluru ke arahnya sambil membawa pedang. Nyea tersentak lalu memejam mata dan menekup kepala kerana takut.
"Tempat apa ni? Aku takut! Tempat apa ni!" ujarnya ketakutan.
Letupan bergema mengegarkan tanah yang dipijak. Nyea membuka mata dan mengangkat muka. Sekumpulan pari-pari hitam merempuh keluar dari istana sambil dikelilingi bulatan cahaya hitam. Berdiri ditengah seorang lelaki berpakaian besi terbang dengan gagah. Tangannya tidak henti-henti memancarkan pisau cahaya. Banyak pari-pari putih terkena dan tumbang ke tanah. Darah merah hitam membajiri.
"Nyea ... lihatlah semua ni dan hadam betul-betul." suara Victoria bergema. Dia tertawa dengan penuh sinis.
"Stop it! Hentikan semua ni! Victoria!" bentak Nyea. Tangan dialihkan dari menekup muka dan kepala diangkat ke dada langit. Air mata yang mahu tumpah diseka laju. Suasana huru-hara dia lihat dengan debaran di dada.
"Kau tak patut lahir di dunia ni."
Sesuatu yang tajam menusuk tembus ke perutnya. Nyea terkejut beruk. Kelilingnya tidak ada kelibat Victoria pun. Apa benda yang menikam dia?
Berkerut dahi Nyea merasai bisa dan kesakitan yang dialami. Dia menunduk ke bawah, lantas perut dipegang. Darah sudah memcorak baju yang dipakai. Nyea jatuh terduduk. Mata terbuntang melihat dan nafas mula tidak teratur.
"Sakit ke Nyea? Sakit ke?"
Nyea terdiam meskipun soalan itu amat menyakitkan hati dia malas mahu membahas. Sekali lagi terasa tubuhnya ditikam! Kali ini berhampiran bahagian dada. Nyea sekali lagi tersentak.
"Ha ... Victoria ..."
"Kau terperangkap dalam ilusi. Yes, aku saja yang boleh lepaskan kau." usai Victoria berkata Nyea ditikam lagi.
"Argh!" Nyea menjerit sakit. Dia tidak tertahan! Dia mesti keluar dari sini!
Debu asap kian menghilang dari pandangan mata. Ke semua penonton kembali teruja. Tidak kurang juga ada yang terdiam melihat Nyea dan Victoria. Kumpulan Elite hilang kata-kata. Violet dan Fyira menekup mulut. Barangkali terkejut dengan keadaan Victoria yang merapati Nyea, darah menitis-nitis mengalir dari perut Nyea turun ke kaki.
"Nyea!" Keith bingkas bangun tetapi Harez melemparkan pandangan tajam. Terus dia kembali duduk.
'What the hell? Kenapa mereka tak mahu bertindak? Nyea kena tikam!' desisnya dalam hati. Keith mula resah. Camelia yang duduk bersebelahan pula rasa risau.
Victoria mencabut kasar pisaunya. Tubuh Nyea ditolak ke belakang hingga rebah. Nyea kaku tidak bergerak. "Belagak kuat selama ni," sengihnya sumbing. Colloseo mula kembali kecoh. Iyelah, mana tak ... pelajar Elite telah tewas ditangan pari-pari pangkat biasa!
"Harez, kita kena bertindak." Anne bersuara.
"Kejap, cuba tengok Nyea."Harez berkata dengan nada tenang. Anne hanya menurut walaupun Harez itu muda tetapi Harez seorang yang bijak malah lebih bijak dari mereka.
Tangan Nyea bergerak sedikit. Asap hitam dan putih berkumpul sebelum naik ke atas mengangkat badan Nyea. Victoria terkejut lalu berganjak ke belakang. Mata tidak berkelip memandang.
"Mustahil ... Dia boleh keluar dari ilusi aku?" ucapnya gagap. Kaki mengundur ke belakang. Tongkat magisnya mengangkat segumpal tanah besar lalu dilemparkan kepada Nyea.
Serangan itu dihadang oleh sesuatu. Seperti ada dinding yang menghalang. Gumpalan tanah tadi kembali menghentam Victoria. Dia bergolek-golek ke atas tanah lalu menghentam dinding Colloseo.
Victoria bangun perlahan. Akar kayu diseru mengunakan tongkat magis. Ia menjalar di atas tanah dan mahu melilit kaki Nyea namun akar itu juga kembali menyerang Victoria. Kakinya dililit lalu naik keseluruh badan.
"Tak guna!" bentak Victoria geram.
Nyea membuka mata. Cahaya hitam dan putih bercampur baur mengelilingi dirinya. Tongkat magis muncul ditangan. Di belakang Nyea kelihatan sayap hitam muncul di sebelah kanan dan di sebelah kiri pula sayap berwarna putih. Semua yang menonton terus terdiam. Seiring dengan itu, tongkat magis mengeluarkan cahaya yang amat menyilaukan mata.
Pari-pari yang lain menghadang tangan menutupi muka mereka. Memang terlalu silau! Mereka tidak boleh buka mata langsung!
Setelah silauan itu pudar, Nyea menghulur tangan. Tongkat magis bertukar menjadi anak panah lantas dia mensasarkan Victoria. Gadis berambut merah jambu bergelut mahu lepaskan diri. Keadaannya tidak ubah seperti cacing kepanasan!
Saat anak panah mahu dilepaskan, ada seseorang memeluk dari belakang. Perbuatan Nyea tersekat buat seketika. Harez dan Dell kelihatan sedang membantu Victoria melepaskan diri. Nyea memusingkan kepala. Anne menghalangnya dari bergerak! Nyea meronta-ronta sambil mengepakan sayapnya, akhirnya dia terlepas
Nyea mencengkam baju Anne lalu melempar ke sisi. Anne jatuh terseret ke tanah. Gadis berambut kuning itu mencari musuh.
"Nyea hentikan!" Harez tiba-tiba muncul. Segaris cahaya hitam dilemparkan tepat menegenai dahi Nyea. Gadis itu terus jatuh menjunam ke bawah. Sayapnya juga lenyap begitu sahaja. Sekelip mata Harez sudah menyambut Nyea dari terus jatuh ke bawah.
Pelajar pari-pari mula membuka mulut. Pelbagai pandangan dilemparkan kepada Nyea. Tak kurang juga ada yang mula bergosip dan mereka penuh dilanda persoalan.
"Sayap hitam!"
"Siapa dia sebenarnya!"
"Aku tak sangka dia pari-pari hitam!"
"Bukankah dia sepatutnya pupus?"
"kenapa sayap dia sebelah hitam!"
"Oh, my God!"
Dell memandang Harez sebelum beralih pada Anne. Sekarang ni mereka dalam masalah besar! Identiti Nyea terdedah! Pari-pari menjadi saksi petempuran sudah melihat benda yang tidak sepatutnya.
"Harez, kita dalam masalah." soal Dell seraya memaling ke sisi. Kelihatan Anne berjalan menghampiri mereka.
"Itu aku tahu, kita kena padam ingatan mereka. Aku akan uruskan Nyea." Harez memberi arahan sebelum beredar dari situ. Dia mengendong Nyea ke tempat lain. Keith sudah berdiri dan mengejar mereka dari belakang.
Hi, sorry lambat update pula kali ni. Saya kurang sihat la😫 Apa-apa pun thank baca💕
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...