6.SETERU

8.2K 601 29
                                        

"Queen nak lalu! sila beri laluan,"

Pinta seorang budak perempuan rambut hijau dan pendek paras bahu. Pelajar-pelajar lain yang berjalan di laluan kelas beralih ke sisi. Seorang gadis berambut merah jambu menampak ke hadapan, sebelah kiri dan kanan pula diiringi dua pasangan kembar seiras. Muka mereka sama dan tidak dapat membezakan mana satu kakak dan adik.

Nyea sedang sibuk mengikat riben merah pada pakaian seragam sambil berjalan, mata dilirikkan ke arah bertentangan.

"Ceh, Queen konon...Perasaan betul!" gumamnya perlahan.

Walaupun perlahan, Violet dan Fyira dapat dengar dengan jelas. Mereka tergelak kecil. Nyea hanya buat tidak edah sahaja dengan sekumpulan pelajar perempuan itu, malah dia menayangkan lagi muka toya.

"Hei, sila ke tepi queen nak lalu!"

Ulang pelajar berambut pendek kepada Nyea. Tangan di buat gaya menghalau.

"Huh? Hena, kau cakap dengan aku ke?" Jawab Nyea seraya mengemaskan ikatan riben merah. Dia tidak menoleh langsung! Queen tak Queen... dia peduli apa!

Hena mendengus geram, mata dijengkilkan kepada Nyea." Ye, aku cakap dengan kaulah siapa lagi!"

"Oh, tak adalah... aku ingat kau cakap dengan Violet," Nyea menyiku ke sisi, Violet membalas dengan muka bengang.

Violet membisik "Pahal petik nama aku," Takguna Nyea! sampai hati kau? inikah di nama kan kawan?

"Alaa...jangan risau tak ada apa yang berlaku."

"Ke tepi sekarang!" ulang Hena lantang.

Nyea hanya menggaru pipi. Apa? nak tunjuk suara siapa paling lantang ke? Nyea takda hal boleh ja!

"Hena! kau yang perlu ke tepi!" Pekik suara halus dari belakang. Hena menjeling Nyea sebelum berganjak ke tepi. Nyea memerhati tanpa sebarang suara.

Gadis berambut merah jambu menyilangkan tangan ke dada. Matanya mencerlung tajam"Aku ni Queen, nak lalu. Tak nampak ke?" dia menyoal dengan nada suara gedik.

Nyea melirikkan mata kepada pasangan kembar seiras Juvia dan Julia. Tengah-tengah pula Victoria iaitu seterunya atau lebih tepat dikenali sebagai musuh!

Ehem! Meh sini, Nyea kenalkan mereka... Nama dia Victoria, dia  dan kembar tu berasal dari kelas pangkat tiga. Mereka ni selalu bersama kalau nak ke mana-mana macam aku dengan Fyira dan Violet. Eh, kejap! tak sama! aku baik, dan dia jahat.

*Tak...kau yang nakal Nyea =..=

Victoria ni seorang yang belagak gila tahap dewa! konon perasan mahu menjadi Queen di akademi ni, dalam mimpi jela. Dasar tak sedar diri! kalau kau pandai macam aku ni tak apalah juga. Ini setakat kedudukkan ujian lepas pun nombor tiga ratus, baik tak payah!

"Woi, pekak ke? tepilah!"

Suara jerkahan telah menyentakkan Nyea, dia kembali ke alam nyata. Nyea menayangkan muka tak puas hati. Jari runcing menunjuk lurus ke depan.

"Kau yang perlu ke tepi,"

"Apahal pula? kau yang halang jalan aku,"

Nyea tersengih sumbing hingga menampakkan barisan gigi putih tersusun rapi.

"Sebab... Aku ni QUEEN, nak lalu tak nampak ke?"

Nyea mengajuk kata-kata Victoria serentak itu air muka gadis berambut merah jambu terus berubah. Fyira dan Violet sudah meletuskan tawa. Serius lawak! bila Nyea ajuk percakapan Victoria tadi rasa nak ulang tayang balik je! Terus merah padam muka Victoria!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang