Prolog

27K 1K 60
                                    

Di hutan belantara Voorse, dua puak pari-pari yang tinggal bersama. Puak pari-pari hitam dan puak pari-pari putih. Mereka di bahagikan dua daerah iaitu kawasan hitam dan kawasan putih. Mereka hidup dengan aman dan damai serta tiada sebarang gangguan.

Walaupun begitu, kedua-dua puak harus mematuhi syarat yang terlarang. Kedua-dua puak tidak dibenarkan berkahwin. Maksudnya puak putih dan hitam tidak di benarkan berkahwin campur. Mereka hanya boleh berkahwin dengan sesama puak sahaja. Jika ini berlaku satu perkara yang dasyat akan menimpa mereka semua.

Kedua-dua puak akur dengan syarat yang di berikan. Mereka memulakan hidup dengan aman dan damai tanpa sebarang persengketaan. Negara pari-pari semakin lama semakin maju dan di katakan negara yang paling kuat di situ berbanding negara-negara lain.

Tetapi dalam era kemajuan kerajaan pari-pari. Negara puak manusia yang tinggal berjiran dengan kerajaan pari-pari amat tamak, mereka mahu menghancurkan puak pari-pari dan menakluki kerajaan itu, sudah berkali-kali mereka cuba untuk menakluki kerajaan pari-pari tetapi gagal kesemuanya. Mereka tidak berputus asa. Tahun demi tahun pasti ada sahaja rancangan yang mereka lakukan, tapi tetap tidak berjaya.

Pada suatu hari, Raja puak manusia mendapat satu akal. Dia berpendapat bahawa jika mereka tidak dapat menakluki kerajaan pari-pari dengan cara berperang, mereka akan gunakan cara perdamaian.

Melalui cara ini, puak manusia, puak pari hitam dan pari putih telah berdamai. Raja puak manusia iaitu Raja Vektor telah merancang sesuatu yang boleh memecahbelahkan kedua belah puak pari-pari.

Raja Vektor telah menghasut kedua-dua Raja pari-pari. Raja pari-pari putih bernama Raja William dan raja pari-pari hitam pula Raja Adrian.

Raja Vektor telah cuba menghasut Raja Adrian namun tidak berjaya. Apabila di mencuba nasib untuk memperdayakan Raja William dengan mengatakan bahawa Raja Adrian adalah jahat dan mahu membunuh Raja William, ternyata rancangannya berhasil. Raja William termakan umpannya!

Dari situlah, Raja William dan Raja Adrian mula bergaduh, Raja Vektor hanya menyaksikan sahaja pergaduhan mereka, hatinya senang melihat kedua-dua puak bertengkar.

Sudah berkali-kali Raja Adrian mengatakan bahawa cerita yang di bawakan oleh Raja Vektor itu tidak benar. Tetapi Raja William tidak percaya.

"Pari-pari hitam berhati busuk! jahat! patutlah sayap pun hitam!" ujar Raja William.

"Tidak! semua itu tidak benar! takkan kau tidak percaya pada aku? kita sudah berkawan lama William" pujuk Raja Adrian.

"Aahh! aku peduli apa! kawan lama atau pun tidak!"

"aku tak akan pernah sesekali akan bertidak begitu William!"

"Hey ! kau dengar sini, aku bagi masa tiga hari untuk kau bawa semua rakyat kau yang berhati busuk macam kau itu pergi dari kerajaan ini! kalau kau tidak mahu, aku akan serang kau dan seluruh rakyat kau !" arah Raja William dengan tegas.

Perasaan Raja Adrian menjadi celaru. Pelbagai perasaan yang di alami, rasa kecewa, marah dan sedih semuanya bercampur aduk. Sahabatnya yang di percayaai selama ini sanggup bertindak kejam. Sanggup mengkhianati! dan tidak saling memepercayaainya lagi!

Puak pari-pari hitam bukannya jahat. Walaupun bersayap hitam, mereka mempunyai hati yang bersih dan suci. Mereka sering bersifat positif dan suka menolong.

Dengan perasaan kecewa dia melangkah keluar dari ruang perbincangan itu. Hatinya sebak namun dia menahan. Dia mengibarkan sayap hitamnya sebelum terbang keluar dari Istana Putih.

Ke mana dia harus pergi selepas ini? dia tiada kawasan lain selain di hutan, Voorse. Adakah patut dia keluar dari hutan Voorse? Kalau itu yang Raja William mahukan, baiklah dia akan keluar dari kerajaan ini. Tetapi sebalik hatinya pula, dia sangat berasa berat hati untuk meninggalkan kerjaan pari-pari itu.

Di hari yang ke tiga, puak pari-pari hitam telah berkumpul, mereka sudah bersiap sedia untuk keluar dari kerajaan pari-pari. Tetapi Raja Adrian mengalami beberapa kesulitan iaitu anak perempuannya Puteri Andora telah melakukan kesalahan yang besar!

"Siapa! bapa kepada anak itu?"soal Raja Adrian. Dia cuba untuk tenangkan diri. Amarahnya cuba di tahan.

"Putera ... Willys ... ayahanda, kami sudah berkahwin" Puteri Andora tersedu-sedu menahan esak di dalam pelukan bondanya.

"Sudahlah tu, hendak marah pun tidak ada guna, benda sudah berlaku," Permaisuri Airis cuba menenangkan keadaan.

Selama ini dia fikir puterinya itu berlajar di Academy Fairy. Selama 6 tahun Puteri Andora telah belajar di Academy itu. Dia tidak menyangka! berita ini amat mengejutkan. Rupa-rupanya puterinya telah berkahwin dengan Putera Willys iaitu anak kepada Raja William.

"Anakanda tahu tidak, yang itu merupakan perkara yang dilarang?" suaranya menjadi kendur dan kecewa . Bayi perempuan yang sedang enak tidur di atas katil di pandang sayu.

Dia mengampiri bayi tersebut. Dengan perlahan-lahan dia mengedong bayi perempuan itu sambil berkata "Comel..sudah di beri nama?"

Puteri Andora mengesat air mata yang berjuraian di pipi mulusnya. Perlahan-lahan dia mengeleng.

"Puteri Nyea..." ucap Raja Adrian. Bayi perempuan itu mencelikan mata. Matanya terkebil-kebil memandang Raja Adrian. Raja Adrian tertawa kecil melihat kelakuan cucunya.

"Terima kasih ayahanda ...."

Raja Adrian terkejut apabila melihat sayap cucunya berwarna putih. Benda ini tidak sepatutnya berlaku! Dia mula memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Hatinya tidak senang!

"Kita tidak boleh bawa dia bersama," ujarnya.

"Tapi....ayahanda, dia masih bayi!"

"Kita upah pengasuh untuk jaga dia,"

"Tak! Andora tidak mahu! " raung Andora. Air mata meluncur laju di pipinya. Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan anaknya.

"Jangan risau, ayahanda akan upah seorang Wizard untuk menjaganya. Apabila dia berusia 19 tahun dia akan kembali pada kita."

"Andora tidak akan setuju!"

"Andora ini untuk kebaikan kita dan juga Puteri Nyea juga."

Bom!

Letupan bergema di luar Istana hitam. Mereka tersentak! Cepat-cepat Raja Adrian meninjau keadaan di luar.

Kelihatan, keadaan di luar sudah menjadi huru-hara. Tentera pari-pari putih sedang menyerang pari-pari hitam. Ramai yang terkorban pada saat itu.

Dengan menggunakan kuasa Raja Adrian, hanya segelinitir sahaja pari-pari hitam dapat di selamatkan.
Selepas itu, Raja Adrian membawa segala pari-pari hitam yang masih hidup untuk berpindah.

Puteri Nyea terpaksa di tinggalkan bersama seorang Wizard pari-pari hitam iaitu Kyra. Kyra telah menyamar menjadi pari-pari putih untuk meneruskan hidup. Penyamaran itu adalah demi kebaikan dirinya dan juga Puteri Nyea.

Pari-pari hitam telah mengembara dengan jauh. Mereka telah jumpa satu kawasan yang strategik untuk di bangunkan sebuah kerajaan. Kawasan itu bernama Flore.

Raja Adrian telah membangunkan kawasan itu dan diberi nama kerajaan Hitam. Walaupun jumlah pari-pari hitam amat kecil tetapi tahun demi tahun kerajaan semakin maju dan menjadi kuat.

Manakala di kerajaan pari-pari putih pula ... Mereka telah beranggap bahawa pari-pari hitam telah pupus! Dari peringkat pendidikan, kanak-kanak di kerjaan itu telah didedahkan dengan sejarah BlackFairy. Sejarah di situ mengatakan bahawa pari-pari hitam adalah pari-pari jahat dan sudah lenyap dari dunianya! Mereka tidak wujud!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now