68. API DALAM DINGIN.

4.7K 398 8
                                    

Lelaki berambut biru berlegar-legar di ruangan udara. Sayap putihnya ligat mengerakan bulu pelepahnya.  Dia terpusing-pusing bagi mengelakan kebosanan. Sesekali dia berhenti dan memeluk tubuh. Sejuk! Dia memaling muka ke sisi. Kelihatan Lessie juga sedang terpusing-pusing dari jauh.

Empat penjuru di tapak perlindungan. Kyle, Lessie, Camelia dan Luth.  Pari-pari putih terdedah dengan serangan. Jadi ahli elite yang bertanggungjawab untuk berjaga-jaga. Manakala penduduk pari-pari putih akan sedang bersiap sedia.

"Uish.... se ... sejuk!" Kyle memeluk tubuh. Kepala mendongak ke atas. Tiada bulan malam ini. Tiba-tiba dia merasakan angin hari ini sejuk semacam! Ya, rasanya seperti lain sebelum ini.

"Kyle! Hoi!" Lessie memekik. Kyle tersentak kerana terkejut. Dia memaling ke sisi dan sekali lagi dia tersentak dengan Lessie yang sudah berada di sisinya. Kyle mengepak sayap ke belakang sambil mengurut dada. Sejak bila minah ni ada dekat sini!

"Kenapa terkejutkan aku?"

"Kau kenapa? Aku panggil tak dengar ke? Berangan je tahu!"  Lessie memutar bebola mata.

"Ah ... tak dengarlah. Ada apa ni?" Kyle tersengih malu. Sedar, dia berangan pasal angin sejuk sangat. Belakang rambut digosok perlahan bagi menghilangkan rasa malu. Lessie bercekak pinggang di hadapannya.

"Bosan ...." Si kembar mencebik bibir.

"Jadi?"

"Jadi kau boraklah dengan aku. Hahahaha!" Lessie menepuk bahu, Kyle. Lelaki itu menayangkan muka tidak berpuas hati. Aihh suka sangat tepuk-tepuk bahu! Gedik!

"Bosan cari aku ... bosan je cari aku?"

"Yelah."

"Kembar kau tu pergilah ajak bergurau." katanya sambil menyilang tangan ke dada.

Lessie buat tidak endah dengan kata-kata Kyle. Matanya meliar ke seluruh tempat. Dingin semacam udara malam ni dia rasa. Nak kata hujan ... cuaca ni bukan nak hujan.

Macam ....

"Api?"

Lamunan Lessie terhenti. Dia memandang lelaki disebelahnya.

"Api?" ujarnya pelik. Apa pula api? Bukankah udara sejuk? Mana pula datangnya api? Api apa?

"Mari tengok!" Usai berkata terus dia menarik tangan gadis yang kelihatan terpinga-pinga. Mereka berdua terbang tinggi ke udara. Terpaksa mereka mengetepikan rasa cuaca sejuk membeku ini.

Sebaik sahaja tiba separuh jalan, Kyle dan Lessie membuntang melihat bala tentera di bawah. Mereka membawa obor-obor di tangan dan paling memeranjatkan lagi bila ternampak tiang kayu di tengah-tengah bala tentera itu! Ia diarak bersama bala tentera.

"Kyle itu bukan ke ...."

"Raja Willys?" sambung Kyle laju. Lessie mengangguk perlahan. "Oh god! Apa kita nak buat ni!"

Kyle tiba-tiba mula mengelabah. Dia terbergerak ke kiri dan kanan seperti lelaki mati bini! Sempat dia mengigit jari.

"Mereka ramai ...."

"Kyle."

"Senjata cangih ...."

"Kyle!"

"Mereka kuat!"

"Hey! Kyle !"

"Kita boleh kalah tahu?"

"Kyle berhentilah! Apa kau merepek!"

Pap!

"Ah, auch!"

Kyle mendesis dan menyeringai sakit! Pipi kiri disentuh dengan perlahan. Sekali makan penampar. Padanlah muka dengan diri sendiri! Dia punya panik itu mengalahkan perempuan padahal lelaki.

"Chill, kita ada magis okay ...."

"Tapi aku dengar mereka pun buat kajian batalkan magis!" Sekali lagi Kyle jadi panik. Dia mula tidak senang duduk bila terkenangkan hal ini.

"Aergh! Aku tumbuk juga kau ni!" Lessie membentak geram. Penumbuk diangkat ke udara. Cepat-cepat Kyle mengelak kali ini.

"Tahu takut. Baik kau jangan burukan keadaan. Kita kena laporkan pada yang lain."

PINTU khemah diselak ke tepi. Kepala menunduk sedikit untuk menerbos masuk ke situ. Dia tercegat buat seketika. Pandangannya tertarah pada gadis yang sedang terbaring di atas katil. Lantas dia mendekati dengan gerakan yang perlahan.

Tak ada pari-pari lain selain dia disitu. Kenapalah biarkan Nyea bersendirian? Patut Nyea ada yang memantau. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan pungung.

Keith melepaskan satu keluhan kecil. "Kau ni ... sentiasa buat aku risau." tangan Nyea yang terjuntai diperbetulkan. Keith tersenyum sebelum mengeleng.

"Aku memang cukup geramlah dengan kau ni! Suka sangat buat apa-apa mesti tak ajak aku. Bahaya tahu?"

Jari telunjuk miliknya menyentuh kesan bengkak pada dahi, Nyea. Keith tersengih sumbing melihat gadis itu berkerut dahi. Itu baru sikit sentuh. Kalau tekan kuat-kuat macam mana? Hahahaha!

"Balasan untuk kau ... hehehe ...." Keith menekan sikit jarinya. Bibir Nyea mula terkumat-kamit menunjukan tindak balas.

Kelopak mata terbuka laju. Tangan Keith ditangkap! Anak mata kuning membulat melihat lelaki berambut merah.

"Sakitlah." gumamnya. Keith tergelak kecil.

"Balasan untuk kau."

"Apahal pula balasan-balasan ni?" soal Nyea bingung.  Tangan Keith dilepaskan.

"Satu ...." pergelangan tangan Nyea dipegang. Gadis itu meneguk air liur, sedang fikir apa salah dia. Eh, dia sedang berfikir berapa salah yang dia sudah buat dengan, Keith. Terlalu banyak salah sampaikan dia tidak boleh ingat.

"Apa salah aku!"

"Eh, buat-buat tanya ... Kau pergi sana bersendirian."

Nyea kehilangan kata-kata. Okay sah itu memang salah dia. Memang tidak boleh nak kata apa.

"Kedua ...."

"Ap ... apa lagi, Keith?"  Nyea laju bangkit dari pembaringan tetapi ada sesuatu yang menghalang dia dari bergerak! Tubuhnya tidak dapat bergerak langsung!

"Kau buat aku risau dan bukan aku je banyak yang risaukan kau."  Keith mengalihkan rambut Nyea yang menutupi dahi. Dia mendekatkan wajah.

"Okay Keith! Aku mengaku salah aku. Tapi aku nak tanya kenapa aku tak boleh bergerak?"

Keith menarik muka "Hah? Tak boleh bergerak yang macam mana? Tadi elok je kau pegang tangan aku."  ujarnya sambil mengerakan pergelangan tangan, Nyea. Lembik.  Lembik seperti sotong.

"Manalah aku tahu!"

"Mungkin tongkat magis kamu." Entah dari mana Ratu Andora datang mencelah.

"Kuasa tongkat magis datangnya dari tenaga dan dalaman pari-pari. Tongkat magis sebenarnya banyak makan tenaga tapi bergantung pada pari-pari itu jugak la." sambung Andora lagi.

" Jadi, Nyea tak boleh bergerak langsunglah ni?"

"Ya, sayang patut berehat dulu."

Sementara itu, Keith membuka langkah menuju pintu keluar. Belum sempat lagi dia mahu keluar Calvin sudah menerjah masuk terlebih dahulu!

"Keith! Ratu Andora! Kita ada masalah! Cepat!" ujarnya serius. Calvin memandang Keith sebelum beralih pada Ratu Andora dan terhenti pada, Nyea. 

"Masalah?" soal Keith.

"Ya, ini penting!"

"Okay. Hmm ... Nyea berehat dulu ya? Sebentar lagi bonda akan datang balik." Ratu Andora sempat mengucup dahi Nyea sebelum beredar dari situ. Tak sempat Nyea nak membalas terus laju keluar.




Dah nak tiba penghujung? Ya! Hampir tiba penghujung dah cerita ini. Maaf kalau part ni rasa sikit😓 l try... Hahahaha. Maaf juga lambat update sikit. Tapi saya usaha dah ni. Penat au😂 Okay selamat malam semua😘 bye muah3😘💖hahaha

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now