74. FAIRY LAW!

4.7K 444 37
                                    

"Tahu tak itu membahayakan diri kau? Kalau mati? Kalau apa-apa yang jadi siapa yang susah?" Keith marah dengan nada yang lembut. Walaupun lembut tetapi bagi Nyea tidak.

Malas mahu menjawab dia hanya diam. Camelia sudah membaringkan. Mata terpejam rapat. Dia mahu rehat. Sesungguhnya dia memang letih! Tak ada masa mahu menjawab soalan Keith!

"Ayahanda!" Camelia menjerit secara tiba-tiba. Raja Willys dililit asap hitam sebelum terangkat ke udara.

Tatkala ini semua beralih pandangan kecuali Nyea. Kelopak mata terbuka perlahan. Tiba-tiba dia rasa ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya. Dia tidak tahu macam mana nak cakap! Asap hitam menjalar ke seluruh anggota badan. Dia secara tidak langsung tidak dapat bergerak!

Terkunci!

Nyea terapung di atas udara. Sesak nafas bila asap mula melilit sampai ke leher! Suara Keith dan yang lain memanggil namanya. Dia mahu menyahut tetapi kerongkongnya tersekat sesuatu! Tercungap-cungap Nyea mahu mengeluarkan suara!

"Nyea!"

"K ... Keith! Tolongg!" Nyea terus lesap sama serentak dengan, Raja Willys. Hanya asap hitam sahaja meninggalkan kesan.

Fyira menjerit dengan tiba-tiba. Gadis itu juga sudah terkapai-kapai di atas udara. Sama seperti Nyea dan Raja Willys sebentar tadi. Asap hitam itu! Diselangi jeritan Kyle, Lessie, turut tidak terkecuali Luth! Mereka hilang satu demi satu. Keith tergamam. Badannya mula dilitupi asap tebal dan pemandangan bertukar kelam!

KELOPAK mata terbuka perlahan. Jari-jemari dia genggam kejap. Dalam keadaan tertiarap nafas dihela perlahan. Masih lagi di medan perang tetapi dia berada dalam kubah lutsinar. Ini mesti kerja Raja Virl!

Di sebalahnya terdapat Fyira. Dia juga baru mencelik mata. Gadis itu duduk sambil memegang kepala. Dia menoleh lalu mengesot sikit mendekati Nyea.

"Kau okay Nyea?" ujar Fyira seraya bantu Nyea duduk.

Rambut kuning menutupi muka dia tolak ke belakang dengan perlahan, kemudian mengangguk bagi menjawab pertanyaan Fyira. Anak mata Nyea meliar. Kelihatan rakan-rakan yang lain juga turut berada di situ. Mereka juga sudah sedar.

Gemaan ketawa meletus secara tiba-tiba. Raja Willys terangkat ke udara dalam keadaan tangan mendepa luas. Tetapi masih tidak sedarkan diri.

"Ayahanda!" Camelia menjerit. Dia mahu mendapatkan Raja Willys. Niatnya termati kerana Lessie menghalang.

"Raja Virl! Kejam!" Keith berdiri sambil mengepal penumbuk. Api kemarahan kini mendidih terkenangkan kekejaman Raja itu!

Raja Virl hanya memeluk tubuh bersama gaya angkuh. Mata mencerlung kepada Keith. Dia tersenyum sinis. Keith sudah mengengam pedang sambil dengan pandangan tajam!

Keith meluru laju. Raja Virl berganjak ke sisi lalu menepis! Rambut merah milik Keith dicengkam kuat. Sebiji penumbuk singgah ke perut! Mata Keith terbelalak! Penangan buku lima Raja Virl seperti besi!

Keith terbatuk darah. Baru sahaja dia mahu menarik nafas, perut kembali ditumbuk. Kali ini berkali-kali! Sehinggalah garisan cahaya melintasi tepi pipinya. Raja Virl berhenti. Garis merah dari mulut meleret sampai ke telinga. Rahang Raja Virl bergerak. Cengkaman rambut Keith bertambah kuat. Keith menjerit sakit! Lantas dia mencampak Keith ke tepi.

"Berani kau cederakan aku ya budak!" jari telunjuk menunding tepat ke arah, Luth. Bebola hitam terpacul keluar dari jari dan menghentam Luth lalu meletup!

Raja Virl pusing ke belakang. Lutut Kyle disepak sehingga jatuh telentang. Bebola hitam muncul dari telapak tangan. Kyle terkedu. Tanpa sempat mengelak Raja Virl menghempas bebola hitam ke badan, Kyle! Impak serangan itu, Kyle terbenam di dalam tanah!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now