9.CHOCOLATE CAKE!

7.5K 555 26
                                    

Beras dimasak dengan air yang banyak sehingga memiliki tekstur yang lembut dan berair sebentar tadi telah dihidang dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana. Bubur nasi yang dilengkapi hirisan daging dan dihiasi pula dengan sayur-sayuran itu masih lagi berasap. Sudu dicapai. Perlahan-lahan dia menyedok lalu disuakan ke dalam mulut. Ini hidangan makan malam pada hari ini, dia malas nak masak! hahahaha!

Dia memandang gadis berambut kuning yang duduk dihadapannya. Kelihatan gadis itu sedang termenung sambil mengais-gais bubur nasi yang masih belum terusik. Dia mengerutkan dahi. Suapannya terhenti.

"Kenapa tak makan?"

"Hurm...."

"Kenapa ni...ada masalah dekat akademi ke?"

"Tadi...."

"Tadi kenapa?"

"Dekat akademi...."

"Huh? apa yang berlaku?"

"Ada...."

"Kamu nak cakap apa sebenarnya ni? cubalah ayat tu jangan tergantung."

Kyra cuba mengawal perasaan geram. Aih, budak ni rasa nak hempuk je kepala tu guna mangkuk! biar dia rasa! Main-main pula dia.

"Ada empat pari-pari ni, mereka mengatakan bahawa mereka kumpulan Alpha."

Kyra menongkat dagu. Jari kanannya menari-nari di atas permukaan meja kayu sehingga menghasilkan irama lagu. Dia sedang berfikir sesuatu. Nyea menanti balasan dari Kyra.

"Alpha? mereka ada cakap apa-apa ke?"

"Ada, mereka cakap nak bawa Nyea pulang. Tapi pulang ke mana?"

Kyra tersenyum manis. Kumpulan Alpha merupakan sebuah kumpulan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan pari-pari hitam. Kumpulan ini dilatih dengan mengikut kelebihan masing-masing.

"Pulang ke tempat asal kita. Nyea, siapa nama mereka?"

"Dell,Harez dan Anne. Mereka boleh percaya ke?"

Kyra menghembus nafas lega. Dia lega nama yang Nyea sebut itu, amat dia kenali.

"Nyea cepat habiskan bubur tu. Nanti sejuk sudah tidak sedap."

"Okay...." Nyea mencapai sudu. Dia menyuap bubur ke dalam mulut dengan laju.

Kumpulan Alpha ya? Dia rasa gembira apabila mendengar perkataan 'Alpha'. Dia juga sebahagian dari kumpulan itu. Cuma Kyra ni dalam kelompok Wizard. Wizard di kerajaan pari-pari hitam tak banyak. Hanya segelintir sahaja.

"Makcik...tak jawab soalan Nyea,"

"Huh?"

"Kita hendak pulang ke mana?"

Kyra menyudahkan suapan terakhir. Dia mencapai segelas air kosong lalu meneguk perlahan.

"Aunty pun tak tahu, Nyea. Semasa puak pari-pari hitam pindah dari sini, aunty ditugaskan untuk menjaga kamu. Mereka tinggalkan kamu dan aunty di sini."

"Kenapa mereka buat macam tu? kenapa tak bawa Nyea sekali? Kenapa Aunty? Kenapa ibu bapa Nyea buat macam ni?"

Soalan Nyea bagai peluru yang menembak bertubi-tubi. Kyra tidak tahu nak jawab apa.

"Setiap yang berlaku pasti ada sebab yang munasabah, Nyea."

Gadis itu menunduk ke bawah. Pegangan sudu dilepaskan. Dia bangun dari tempat duduk. Tanpa berkata dia terus meninggalkan meja makan. Kyra hanya mengeluh, mangkuk Nyea yang masih berbaki separuh direnung kosong.

Kyra bangun untuk mengemas meja makan. Mangkuk Nyea dikutip seraya mengeleng-geleng kepala. Aih, budak ni makan pun terabur! Setelah selesai membasuh mangkuk. Kyra mengelap meja yang kotor sebelum melangkah naik ke biliknya.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now