67. TERHINA

4.9K 425 36
                                    

Kepalanya menunduk ke bawah sambil memegang tongkat magis. Sayap bergerak perlahan seperti seekor siput. Apa nak jadi dengan dunianya sekarang? Dia penat! Penat dengan apa yang berlaku!  Inilah lumrah kehidupan ... Yang hidup pasti akan ditimpa bermacam-macam dugaan.

Nafas berat dilepaskan. Dia mengangkat muka. Kemudian dia berhenti. Nyea kaku ditengah-tengah. Hanya deruan angin yang membelai rambut kuningnya. Beralun ia ditiup oleh angin. Nyea mengemam bibir seraya menoleh ke belakang.

"Ah, aku nak ke sana balik." gumam Nyea perlahan. Dia memusing tubuh. Baru sahaja dia mahu  bergerak patah balik,  badannya kembali pusing ke depan.

Nyea tersentak!  Tangan yang mengengam tongkat magis terangkat dengan sendiri. Ia bercahaya membuatkan Nyea terbeliak memandang. Dengan sendirinya tongkat magis tersebut menarik Nyea ke depan! Tetapi Nyea menahan dan tarik ke belakang dengan sekuat tenaga.

"Kenapa dengan benda alah ni!" Nyea bersuara sambil menarik lagi. Berat mahu tarik! Tongkat magisnya tiba-tiba bertukar hilang kawalan.

Wajahnya bertukar merah-kemerahan dibawah pacaran cahaya matahari. Peluh mengalir dari dahi turun ke bawah. Nyea masih bertarung dengan tongkat magisnya sendiri! Mahu lepaskan? Jari-jarinya melekat bagai digam! 

Akhirnya Nyea berhenti disebabkan kepenatan. Tongkat magis masih lagi kekal pada tangan. Dadanya turun naik menghirup udara. Sambil itu dia merenung tongkat magis.

Zap!

Tubuh Nyea secara tiba-tiba ditarik oleh tongkat magisnya dengan laju. Gadis berambut kuning terus menjerit dek tidakan yang sungguh drastik! Semakin lama semakin laju dan pergerakannya hampir menyamai sepantas cahaya!

Sementara itu  memandang Calvin dan lelaki berambut kuning itu membalas kembali." Apa?" soal Calvin kepada Keith. Lelaki itu hanya mengeleng sebagai jawapan.

"Kau pasti ke Calvin?" 

Keith mengorak langkah. Dia berjalan melepasi Luth, Lessie diselangi Kyle dan Lilith. Keith menghentikan langkah. Jumlah penduduk pari-pari putih dikumpulkan secara besar-besaran di situ kecuali golongan tua, kanak-kanak dan pari-pari bunting. Mereka sudah lengkap berpakaian perang.

"Ya, aku pasti ini sahaja jalan yang kita ada. Ayahanda aku ... dan Nyea ...." bunyi desiran angin menarik perhatian dia dan semua yang berada di situ. Mereka semua terpusing-pusing mencari dari mana puncanya itu.

"Atas!" ujar Camelia.

Satu garisan melintasi mereka ia seakan meteor! Ia berpusing selama tiga kali di udara. Tidak tentu arah! Setelah itu  ia menuju ke arah mereka semua. Mereka semua lari bertempiaran untuk mengelak dari ditimpa!

Bam!

Cahaya  tersebut jatuh terseret. Jauh dan terbenam di dalam tanah. Asap putih berkepul-kepul naik ke atas. Calvin, Keith, Kyle berlari untuk melihat dengan lebih dekat.

"Uhuk! Uhuk!" suara batuk kecil disebalik asap kedengaran di tepi telinga. Asap mula reda. Kelibat gadis melangkah keluar dari benaman tanah. Dia berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Rambut kuningnya juga agak serabut!

"Nyea apa yang terjadi ni?" soal Keith. Langkah Nyea terhenti. Dengan helaan nafas yang lemah. Dia mengangkat tangan yang mengengam tongkat magis.

"Semua ini salah benda ni!" ujarnya perlahan. Penat. Lantas dibalingnya tongkat magis itu ke depan dengan sekuat hati. Mereka semua yang berada di situ terpinga-pinga melihat kelakuan Nyea.

Dibuangnya tongkat magis?

Nyea mengalih pandangan ke arah Keith. Baru dia mengangkat kaki, tongkat magisnya kembali kepadanya tetapi ia menghentam kepala Nyea. Seolah-olah ia marah! Tidak semena-mena Nyea jatuh pengsan dengan gaya tersembam ke bawah.

LENGAN terikat rantai besi ditarik kasar. Terkial-kial dia mahu keluar dari tempat dia dikurung. Sudahlah tenaga tidak ada kerana tak cukup makan, dipakasanya supaya cepat bergerak.  Sudah tentulah dia tidak larat.

"Terhegeh-hegeh! Lambat betul!" jerkah tentera manusia. Rantai besi direntap kuat. Dia jatuh ke bawah lalu diseret dengan laju. Tubuhnya menghentam batu-batu kecil yang tajam. Dia hanya mengerang menahan sakit.  Lama dia diseret, entah ke manalah dia mahu dibawa.

"Virl! Apa semua ini!"   ujarnya sebaik sahaja dia dicampakan dekat bawah kaki Raja Virl.  

Raja Virl mengerakkan sedikit kakinyaa. Dia menguis-guis tanah dengan hujung kasut lalu disepak mengenai mata, Raja Willys. Raja si pari-peri mengelupur pedih!  

"Kau nak tahu apa yang akan aku lakukan kepada kau?"  Raja Virl tersengih seraya memetik jari.

Raja Willys diangkat dengan kasar. Dia diseret hingga ke  batang kayu yang sudah terpacak dalam tanah. Lelaki itu dihempas kasar pada permukaan batang kayu. Berkedut dahinya menahan sakit!

Tali sebesar lengannya melilit pada tubuh. Willys diikat ketat pada tiang kayu. "Virl apa ni! Lepaskan aku!"

"Tidak mudah untuk aku lepaskan kau ...."

"Tak guna!"

"Nak tahu apa yang jadi selepas ini? Aku akan bawa kau jalan-jalan dekat sini dan ... hantar kau balik ke negara busuk kau itu bersama tentera aku!"

Sejurus itu beberapa tentera manusia terus mengangkat tiang tersebut. "Virl! Hentikan semua ini! Virl!" pekik Raja Willys! Mereka bergerak membawa Raja Willys pergi. Raja Virl hanya  melihat dengan mengangkat kening.

Raja Willys dibawa pusing mengelilingi ibu kota manusia. Dia diarak dan ditunjukan kepada seluruh manusia yang hidup disitu. Tujuan itu adalah untuk memberitahu rakyat yang Puak pari-pari akan ditawan oleh mereka.

Tetapi ini satu penghinaan buat Raja Willys. Maruah jatuh tercalar dan calarnya dilakar sendiri oleh sahabatnya atau lebih tepat sekarang ini adalah musuh!

Ketika dia diarak ke pelusok Kota, dia dicaci, dimaki hamun, diperlekeh .... dan yang paling teruk ada yang melemparkan sampah dan sisa makanan kepadanya. Hatinya meruntun sayu. Sebak! Terpaksa menerima segala cacian yang dilemparkan oleh manusia. Sungguh dia rasa terhina tika ini. Dia bagaikan dipijak-pijak. Sakit hatinya!

Dia tidak boleh mempertahankan dirinya. Siapa sahaja yang akan membantu? Tempat ini adalah seperti sarang harimau!

Setelah habis mengelilingi sehingga waktu malam menjelma, Raja Willys dibawa pula di tempat tentera manusia berkumpul. Terbuntang biji mata Willys melihat ratusan ribu bala tentera di situ.  Hatinya dapat meneka  bahawa perang akan berlaku!

"Bagaimana? Seronok bersiar-siar?" Raja Virl tersenyum sinis.

"Virl! Hentikan! Hentikan peperangan!" Raja Willys membentak!

"Malang sekali ... Aku tetap dengan pendirian aku. Perang tetap perang! Malam ini juga aku akan bertolak!" 

Hi! I'm back! Lama saya tak update jadi sekarang saya nak tamatkan cerita ini dengan cepat😂 sementara cuti sem ni, mungkin saya akan kerap update macam dulu. Hmm 🤔okay tak chapter ni?

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now