Potongan buah epal merah, tersusun rapi di atas piring bulat. Dia duduk di meja sambil menongkat dagu. Tangannya mencapai potongan buah epal lalu disuakan ke bibirnya. Dia mengunyah perlahan. Mata terpejam rapat menikmati rasa buah epal yang sungguh enak!
Bunyi dentuman kuat telah menyentakan Kyra. Dia terkejut. Buah epal yang berada dalam mulut, tersembur-sembur keluar. Segelas minuman digapai lalu meneguk rakus hingga kosong. Nasib tidak tercekik!
'Aik? Nyea sudah balik ke? dah kenapa sampai pintu berdentum tu? Ah, jangan tercabut lagi sudahlah. Siap kau budak, aku kerjakan! sumbat dalam lubang jamban nanti. Biar dia rasa! hahaha.' getusnya dalam hati.
"Nyea? kamu sudah pulang ke?" Kyra melaung kuat. Potongan epal disumbat dalam mulut.
"Hurm...ya...."
Bahu Kyra terjongket ke atas. Jawapan Nyea yang separa bisik membuatkan dia terkejut beruk. Cis! bila masa budak ni masuk dapur? tetiba je sudah ada di dapur! kuasa apa dia pakai?
"Ish! kamu ni..."
Kyra melemparkan pandangan tidak puas hati. Iyela, tiba-tiba je ada suara pelik yang menjawab. Ha, mana tak terkejut? nasib baik dia bukan mati terkejut tadi.
Nyea berdiri tercegat sambil melongarkan ikatan reben merah dari seragam academi. Mukanya masam mencuka.bKyra mengerutkan dahi sebagai tanda pelik. Kunyahan terhenti.
"Why?"
"Eerr...tak ada apa-apa,"
Balas Nyea seraya tangannya berjalan di atas meja. Piring berisikan epal dicapai. Sepantas kilat dia merembat piring buah epal dan membuka langkah seribu.
Kyra tercengang. Matanya terkebil-kebil memandang meja kayu yang sudah kosong. Eh, kejap je hilang? Ah! budak tu memang. Tidak lain tidak bukan mendengki lah tu. Aduh, baka siapalah perangai dia macam tu.
Nak kejar budak tu, tak usahlah... penat tahu? melayankan perangai Nyea. Aih, biar jela...
Nyea menyandar pada daun pintu. Piring epal di pandang seraya tersengih sumbing. Aunty Kyra tak kejar... hahahaha nasib! Dia memandang buah epal.
Kejap! epal merah ni telah mengingatkan dia kepada seseorang. Ah, Keith! rambut dia sebijik macam buah epal ni. Sengihan terus hilang dari bibir. Mata mencerlung tajam kepada buah epal. Rasa marah tiba-tiba wujud.
"Aku padah geram betul dengan kau tahu!" ujarnya kepada buah epal.
"Ha, kenapa senyap? " sambungnya lagi. Matanya tidak lekang dari memandang buah epal merah. Macam nak tembus!
Erm, tunggulah epal tu sampai kau mereput Nyea... sampai mati pun epal tu tak akan bercakap dengan kau. Apa salah epal tu sampai jadi mangsa kau? ia hanya makanan yang tidak berdosa, suci lagi murni tahu. Lol.
"Arh! "
Epal di sumbat penuh ke dalam mulut. Pipinya mengembung bulat kerana penuh. Buah epal merah mengingatkan warna rambut Keith. Ha, itu yang dia geram plus sakit hati. Dia mengunyah dengan perasaan geram. Seolah-olah Keith yang berada dalam mulutnya.
Selepas melahap buah epal. Piring diletakkan pada atas meja belajarnya. Baju seragam akademi warna putih masih lagi tidak dibuka. Riben merah yang telah longgar dileraikan lalu campak ke atas katil. Tiga butang baju atas dibuka. Rimas!
Almari dituju. Tangannya laju menyelongkar pakaian. Memandangkan cuaca hari ini panas, seluar pendek dan baju dicapai dari lipatan.
Ehem, kerajaan pari-pari putih dah maju sikit. Mereka memakai pakaian seperti t-shirt, dan seangkatan dengannya. Tak ada yang pakai baju pelik lagi. Lol.
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasiIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...