Mereka menghembuskan nafas lega apabila lelaki berambut merah melangkah masuk. Dia mengunci pintu sebelum mengorak langkah. Tangan diangkat lalu mengosok belakang kepala.
"Maaf," ucapnya sepatah. Dia tersengih.
"Tak apa, Keith." balas Dell seraya tersenyum.
"Jadi apa rancangan kita?"Harez menyilangkan tangan ke dada. Wajah Anne dan Dell dipandang, menanti cadangan dari mereka.
Perbincangan ini perlu diselesaikan dengan segera. Mereka kena bersiap sedia dahulu sebelum apa-apa yang terjadi pada Nyea. Mereka di tugaskan untuk melindungi Nyea dari sebarang ancaman. Oleh itu, mereka berkumpul di sini.
Sementara mereka berbincang,Keith berdiri di sisi Nyea. Gadis itu menjeling Keith dari sisi. Keith menjongket kening ke atas.
"What? aku handsome?"
"Perasan.Kalau di mata perempuan lain boleh la. Tapi kalau aku? kau hodoh! Calvin lagi handsome!"
"Boleh tak jangan bandingkan aku dengan dia!"
"Itu kenyataan...."
"Ish!"
Keith merengus geram. Tangannya laju naik ke atas lalu menjunam ke bawah, mengetuk kepala Nyea. Gadis itu terjerit kecil. Lantas tangan mengosok kepala untuk menghilangkan rasa sakit.
"Apa kau ni!" suara Nyea bercampur tidak puas hati.
Nyea menjeling tajam, dia menyiku perut Keith. Lelaki itu terbongkok seraya perut ditekan. Apak! padu gila siku Nyea. Dia menarik muka masam tatkala terlihat Nyea tersenyum puas.
"Siap kau!"
"Apa? meh sini! kalau nak gaduh!"
Cabar Nyea sambil melipat lengan baju. Keith merangkul leher Nyea dari sisi membuatkan gadis itu tertunduk ke bawah. Kepala Nyea diketuk sebanyak berkali-kali.
Mendengar suara kecoh, Dell, Harez dan Anne menghentikan perbincangan. Mereka serentak memandang Keith dan Nyea sedang bergusti.
"Aku sudah penat nak uruskan benda ni.Harez... Anne kau uruskanlah mereka" Dell menepuk dahi.nKepala digeleng perlahan.
Harez bangun dari tempat duduk"Aish, budak ni!" dia menarik lengan Keith supaya jauh dari Nyea.
"Dia yang mula dulu!" bentak Nyea tidak puas hati. Kaki dihentak-hentak seperti budak kecil. Kedua belah tangan telah dipegang oleh Anne.
"Eh, banyak cantik kau! kau yang mula dulu," bidas Keith.
"Kau...."
"Diam!" Kata Harez dengan lantang bercampur tegas. Keith dan Nyea terdiam seribu bahasa. Mereka berdua terus menunduk ke bawah. Suasana menjadi sunyi.
"Keith, kamu kena jaga Nyea." Arah Dell.
Keith mengangkat muka"Ya, saya akan jaga sebab itu memang tugas saya,"
"Buat sementara ini kami akan cuba intip mereka" Ujar Harez.
Nyea dilanda perasaan pelik. Dia memandang Keith. Apa benda mereka bincang sebenarnya ini? sejak dari awal lagi dia langsung tidak faham apa yang mereka cakapkan!
Mereka suruh Keith jaga aku? Pfttt! tapi kenapa? Hey, aku pandai jaga dirilah. Aku bukan budak kecil lagi yang nak dijaga. Aku betul-betul tak faham apa mereka bincang ni!
"Er... sebenarnya tengah bincang apa ni?" celah Nyea.
"Kamu dalam bahaya jika tidak berhati-hati." balas Anne.
"Kenapa?"
"Pengetua akademi akan jalankan pemeriksaan kepada semua pelajar. Mereka mahu mengesan pari-pari hitam."
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...