Air matanya berair ditubir kerana menahan rasa sakit. Mulut tergangga luas dan rahangnya dipegang perlahan oleh, Kyra. Sekejap Kyra mengerakan rahang ke kiri dan ke kanan. Matanya fokus memerhatikan barisan gigi putih, Nyea. Sesekali dahinya berkerut.
"Aunty... sakit," adu Nyea perlahan. Mata dipejam beberapa kali.
"Ya, aunty tahu. Berapa banyak coklat kamu makan ni?" Kyra menyoal seraya melepaskan pegangannya.
"Hmm... entah,"
"Bukankah aunty sudah kata, jangan makan banyak! tapi kamu makan juga! tengok sekarang apa sudah jadi," tempelak Kyra. Dia mencapai botol kaca yang mengandungi cecair jernih dari atas meja. Nyea menundukan kepala ke bawah.
"Cabut jelah semua gigi kamu tu. Semua sudah rosak. Biar tak ada gigi," Perli Kyra. Terus Nyea menekup mulut, kepala digeleng laju. "Lain kali makanlah banyak lagi," sambungnya lagi.
"Ala, aunty... buatlah sesuatu. Macam mana nak pergi istana hari ni,"
"Takpayah pergi...." ujar Kyra selamba. Nyea mengembungkan pipi. Sakit pula hati dia bila dengar Kyra cakap macam itu.
"Aunty...."
"Nah posyen untuk sayap kamu," Kyra menghulur botol kecil.
Nyea menyambut dengan muka masam. Dengan perasaan geram dia meneguk rakus posyen tersebut. Reben merah yang terikat di baju akademi diperkemaskan sedikit sebelum berdiri. Kyra hanya memerhatikan sambil menjungkit kening ke atas. Nyea merajuk? Hala, sakit gigi bukannya gigi Nyea rosak pun ... cuma gigi geraham nak tumbuh je.
MATA mula memberat. Tangannya menongkat dagu. Sedaya upaya dia cuba menahan ngantuk! Mata asyik terkebil-kebil memandang Mr.Dell yang sedang mengajar di hadapan. Apa lagi kalau bukan subjek sejarah.
Sesekali dahinya berkerut menahan rasa sakit gigi. Berdenyut-denyut! Argh, rasa nak menagis pun ada! Makcik Kyra pun satu bukannya nak buatkan posyen untuk dia sebaliknya suruh cabut semua gigi? Ni yang dia rasa mahu merajuk ni!
Fyira yang duduk bersebelahan melirikan pandangan ke sisi. Muka muram Nyea diperhatikan.
"Psstt! Nyea," bisik Fyira perlahan. Nyea tidak menoleh. Gadis itu buat pekak pula!
Sekali lagi Fyira cuba memanggil banyak kali sehinggalah dia rasa sakit hati kerana Nyea tidak menoleh. Dengan perasaan geram. Dia mengumpal kertas kosong lalu dibaling tepat pada kepala Nyea.
Gadis itu terkejut dan terus menoleh. Pandangan tajam dilemparkan kepada Fyira. Mukanya betul-betul marah pada ketika ini. Fyira menayangkan muka tidak bersalah. Selamba saja dia memandang Mr.Dell dihadapan.
Kertas yang dibaling oleh Fyira dikutip. Dia menjeling sekilas Mr.Dell yang sedang sibuk mengajar dihadapan. Tangannya laju membaling gumpalan kertas kepada Fyira.
Nyea menekup mulut apabila balingannya terkena pada muka Fyira. Sedaya upaya Nyea menahan tawa dari berderai. Fyira sudah mengenggam penumbuk. Geram!
"Siap kau, Nyea...," gumamnya perlahan.
Kertas digumpal sekali lagi sebelum membalas balingan. Nyea mengelak seraya tersenyum mengejek. Maka, berlakulah perang baling-baling kertas di bahagian belakang. Pelajar yang duduk dibahagian belakang hanya memerhatikan gelagat mereka dengan teruja!
"Okay, saya mahu kamu semua siapkan tugasan selama tiga hari faham?" Mr.Dell memusingkan badan. Kelam-kabut Nyea dan Fyira membetulkan duduk. Riak muka kosong ditayangkan seperti tiada apa yang berlaku. Mr.Dell membetulkan kaca mata seraya melihat Nyea dan Fyira.
"Nyea? Fyira? kamu berdua faham apa yang saya ajar?" Serentak itu mereka mengangguk laju tanpa bersuara. Mr.Dell menutup buku sebelum keluar dari kelas.
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...