Dia mencicit berlari lalu bersembunyi di sebalik tembok tatkala gadis itu melintasi bersam Calvin. Mata dikecilkan. Ish! geramnya dia rasa.
Sejak malam kemarin Nyea langsung tidak menegur langsung malah siap membalas dendam lagi tu. Contohnya macam sabotaj kajiannya, hancurkan kertas soalan, kurung Keith dalam bilik air dan paling sadis tukarkan pakaian jadi pakaian perempuan! Ah, malu gila!
"Apa kau buat ni?" suara halus menyapa halwa telinga. Terkejut dia buat seketika. Violet tersenyum melihat reaksi Keith.
"A ... aku tengok dinding."
"Ke tengok Nyea?" sampuk Fyira pula.
"Ma ... mana ada!"
"Eleh, tak nak mengaku pula."
Kepala digaru perlahan. Mata silih berganti melihat Violet dan Fyira.
"Er ... aku gaduh dengan dia."
"Tahu." Violet mengangguk.
"Cara dia layan kau pun aku dah agak."
"Tolong?" pinta Keith. Mata dikerlip beberapa kali. Muka comel ditayangkan sebaik mungkin. Ni kalau Nyea nampak dah lama kena hempuk!
KETIKA Pelajar kelas pangkat 5 berpusu-pusu keluar untuk ke Colloseo, Keith hanya duduk tidak berganjak dari tempatnya. Mata tertumpu pada Nyea yang sedang enak dibuai mimpi. Agak-agak dia mimpi apa sampaikan tidak sedar?
Kerusi ditolak ke belakang. Keith bangun dan berjalan menghampiri Nyea. Dia membongkok sedikit tubuhnya, wajah polos Nyea dipandang lama.
Senyuman memekar dibibirnya secara tidak sengaja. Alolo ... muka Nyea comel gila macam bayi! Baru saja dia mahu menyentuh bahu terus termati niatnya.
"Keith takguna ...." gumam Nyea perlahan tetapi mata masih terpejam rapat.
"Hoi, bangun ... kita kena ke, Collseo."
Namun gadis itu masih tidak sedar juga. Lena betul Nyea ni. Kerusi Aron ditarik perlahan sebelum melabuhkan punggung. Dari mata, hidung dan bibir semua dipandang. Kepala digaru perlahan. Lengan Nyea dicuit sedikit.
Baru dia hendak mengeluarkan suara. Gadis itu terlebih dahulu sudah mengangkat muka. Nyea duduk menegak sambil menyilangkan tangan menutupi dada.
"Hmph! Kau nak buat apa!" Marah Nyea. Mata tajam menikam anak mata merah.
"Apa? apa? aku nak kejutkan kau jelah. Jangan nak fikir bukan-bukan!" bidas Keith dengan nada yang dikawal.
Kepala menoleh ke kiri dan kanan. Terkebil-kebil lihat sekeliling yang tidak ada pelajar lain. Hanya tinggal mereka berdua saja. "Huh? mana yang lain?"
"Tidur macam nak mati. Padan muka kena tinggal. Mereka semua dah pergi Colloseo. Dah jom."
"Habis itu kenapa kau dekat sini lagi?" suara Nyea bertukar dingin. Muka dipaling ke sisi.
"Kau marah lagi?" Sebakul coklat diletakan di atas meja. Nyea kembali pandang ke depan dan air liur diteguk perlahan. Bersinar mata memandang. Benda paling lemah bila ada di hadapan mata!
"Hm ... apa ni?" soalnya buat tak tahu.
"Buta ke itu kan coklat."Nyea mula menarik muka.
"Sorry. Aku tak sengaja nak marah kau hari itu." pujuk Keith. Nyea menayangkan muka toya. Telinga dipekakan.
"Okaylah ... kalau tak nak aku bagi orang lain." perlahan bakul itu ditarik tetapi tarikannya terhenti.
"Aku punya mana boleh bagi orang lain!" Selamba badak Nyea menarik semula bakul itu.
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...