Hari semakin gelap kembali. Cahaya mentari sedikit sebanyak ditelan kegelapan malam. Di atas medan peperangan seorang lelaki ketawa terbahak-bahak. Mayat yang bangkit di hadapan matanya membuatkan dirinya terhibur! Lebih seronoknya jumlah mayat semakin bertambah jika dibandingkan dengan puak pari-pari yang masih tinggal.
Pandangannya dihalakan pada dua gadis yang sedang melindungi diri mereka dengan senjata. Mereka diserang dengan mayat dibawah kawalannya! Semakin lama dua gadis itu dikerumuni oleh mayat hidup! Raja Virl semakin melebar tersenyum.
"Rasakan! Matilah kau!"
Calvin paksa diri untuk bangun. Perit! Sakit! Jika diikutkan dia tidak mampu bergerak langsung! Dia gagahkan diri untuk bergerak. Dapat duduk sekalipun jadilah.
"Hm?" Raja Virl memberi tindak balas sebaik menyedari Calvin cuba untuk duduk. Dia membuka langkah. Sesampai sahaja, pedangnya diletakan di bawah dagu Calvin. Lelaki itu hanya tertunduk lemah.
"Kenapa ... Kau buat semua ini?" soal Calvin perlahan.
"Aku mahu sambung balik hasrat keturunan aku yang dulu tidak pernah tercapai! Aku mahu puak pari-pari tunduk pada aku!"
"Gila!"
Mata Raja Virl tajam memandang Calvin. Langsung tidak gentar, Calvin membalas pandangan. Raja Virl menekan pedang ke dagu kemudian dia menarik balik. " Aku tak akan bunuh kau. Belum tiba masanya lagi untuk kau mati."
"Lepaskan Ayahanda aku."
"Hmm ... Jangan harap!" Raja Virl menunduk. Warna anak mata bertukar hitam. Dia tersenyum. Raja Willys sudah terlepas. Dan sekarang dia akan dapatkannya semula!
LAJU libasan sabit membelah tubuh mayat hidup. Bahagian kepala sehingga pinggang terus terputus. Asap hitam keungguan naik ke udara! Camelia memutar-mutar sabitnya sebelum kembali melibas.
"Camelia tunduk!" Nyea memberi arahan. Pedang meluncur laju membelahi udara melepasi atas kepala Camelia.
Kcak!
Pedang Nyea menembusi mulut mayat hidup yang berada betul-betul di belakang Camelia. Lekas Nyea berlari mengambil pedang. Mayat hidup semakin banyak mendekati.
"Banyaknya!"
"Kita kena berkumpul dengan yang lain." Nyea memunculkan sepasang sayap dan begitu juga dengan Camelia.
Nyea terlebih dahulu meluru naik ke atas. Tidak semena-mena mayat pari-pari putih muncul depan matanya. Pedang dilibas ke arah Nyea. Gadis itu mengelak ke kanan. Tidak sempat dia mahu berbuat apa-apa, datang lagi pari-pari hitam menujah lembing kepada Nyea!
"Ugh!" pakaian terkoyak di bahagian bahu. Darah meleleh perlahan. Rasa bisa menjalar diseluruh tubuhnya. Nyea menekup luka. Boleh tahan dalam juga luka.
Ini padahnya jika tak pakai baju perang. Main redah je Nyea masuk dalam medan perang tanpa ada sebarang perlindung melekat pada badannya.
"Nyea!" panggil Camelia sepantas kilat dia menarik baju Nyea dari belakang. Nyea terseret di atas udara. Sabit milik Camelia membelahi tubuh Si mayat pari-pari! Tekedu Nyea. Dia leka sebentar tadi.
"Ah, terima kasih."
"Nyea aku rasa mustahil untuk kita ke sana." dia mendongak kepala. Sekelip mata mayat tentera pari-pari sudah bertebaran di ruangan udara.
"Tak. Kita kena pergi juga dekat yang lain. Camelia halang mereka dari dekati aku." pedangnya kembali bertukar kepada bentuk asal.
"Tapi Nyea mereka banyak!"
"Hanya beberapa minit. Halang saja mereka."
Tanpa membalas, pemegang sabit dia genggam kemas. Dia membuka langkah. Mata sabit yang tajam berkilat seperti baru diasah membelahi setiap tubuh mayat yang mendekati. Asap hitam berkepul-kepul naik ke atas.
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
خيال (فانتازيا)Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...