58. DALAM ISTANA

4.9K 487 67
                                    

Lena tergangu kerana bahunya digoncang kuat. Dia mengeliat kecil. Terpisat-pisat dia mengosok kelopak mata.  Ah, dia terlelap pula semasa baring. Letih sangat kut tolong dayang masak di dapur.

"Camelia bangun. Tolong bangun." bisik Calvin. Berusaha membangunkan Camelia. Suaranya kedengaran cemas.

"Abang kenapa ni ...."  pantas Calvin meletakan jari telunjuk pada bibir Camelia. Si adik mengerut dahi.

"Jangan bising.  Istana kita ditawan."

"Apa? ditawan?" balas Camelia mencengang. Iyalah ... baru bangun tidur kan? Sudah tentu dia terpinga-pinga. Otak tak berfungsi sepenuhnya lagi.

"Abang tak ada masa nak terangkan semua ini. Yang penting kita kena lari dari sini." Calvin menutup langsir tingkap. Camelia mengaru kepala, dicapai tangannya oleh Calvin.

Dia menjengahkan kepala di sebalik pintu. Pandangannya meliar di serata tempat. Baru sahaja tentera manusia menawan mahligai istana ini. Di tingkat bawah, sudah huru-hara. Ayahandanya sudah membawa separuh tentera pari-pari ikut bersama ke kerajaan pari-pari hitam.  Mereka berdua di arahkan tinggal di sini. Untuk menjaga istana.

Telinga mereka menangkap suara jeritan dari tingkat bawah. Dayang istana memekik meminta tolong. Ada yang merayu supaya tidak di apa-apakan. Camelia mencuit lengan Calvin.

"Abang apa yang jadi ni?" soal Camelia kaget.

"Manusia ... puak manusia tawan istana kita."

"Mana semua tentera?"

"Camelia lupa ke? Ke semua tentera ada di akademi tentera jauh sikit dari sini tambah lagi separuh dari mereka ayahanda dah bawa ke kerajaan pari-pari hitam."

"Habis macam mana ni? Puak manusia kuat juga."

"Ikut abang. Kita keluar dari sini lepas itu pergi ke akademi tentera minta bantuan, okay?"

Camelia mengangguk. Kemudian dia dan Calvin berlari mahu turun ke tingkat bawah.  Baru sahaja mereka mahu menuruni anak tangga, Calvin berpusing dan menolak Camelia kembali undur. Mereka duduk mencangkung.

"Simbah, minyak tanah ni di serata tempat! Kita bakar istana ini. Bahagian atas dah pergi?"

Kedengaran suara seseorang yang amat dikenali. Itu macam suara Virl! Calvin dan Camelia memasang telinga.

"Belum? Beta mahu kamu semua pergi! Pergi bahagian atas!"

Mendengar perkara itu, mereka terus berdiri tegak. Lengan Camelia dipegang erat. Si adik mendongak. Calvin mengetap gigi geram.

"Perlu ke kita pergi lawan mereka?"

"Tak ... jangan abang. Bahaya mereka ramai dan kita berdua sahaja di sini."

"Okay, mari kita cari jalan ...."

Derapan tapak kasut berlari naik ke atas tangga. Ayatnya termati. Calvin menoleh ke sisi dan begitu juga dengan Camelia. Mata mereka membulat bila melihat manusia sedang berlari ke arah mereka.

Camelia begitu panik! Terus dia berlari masuk ke dalam kamar yang berdekatan. Calvin tidak ada pilihan lain selain ikut ke mana Camelia pergi. Camelia membuka jendela. Dia mengelabah! Dia menampak ke beranda bilik. Sayap putih mengepak dikala ia menjelma.

"Abang! Cepat!"

"Tak akan nak biarkan istana ni dibakar! Kita kena lakukan sesuatu!"

"Oh, abang ... Istana tak penting dah. Selamatkan diri kita dulu."

Calvin mengaru kepala. Dia mengeluh.  Camelia sudah terapung diudara. Menanti kedatangan si abang. Sambil itu dia memerhati sekeliling dari atas. Setelah Calvin terbang mendekati Camelia, serentak letupan berlaku dari dalam istana. Mereka berdua tertolak dari belakang.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now