18. SAVAGE

6.2K 496 27
                                    


Anak mata, meliar ke kiri dan ke kanan. Keadaan Colloseo diperhatikan dengan penuh debaran. Peluh merintik di tepi dahi. Colloseo penuh dengan pelajar. Penuh semua tempat duduk yang ada. Ini menyebabkan dia sedikit gugup.

Entah mengapa jantung berdetak dengan laju. Tangannya terketar-ketar. Kenapa? Kenapa? dan kenapa? Sedangkan tadi dia elok , ceria dan normal. Tiada perasaan takut pada dirinya langsung.

"Ahoy! Anda kini bersama saya, Kyle Si kacak lagi kebabom!" gema pembesar suara mengejutkan semua orang. "Anda terkejut? Iyea ... saya disini akan nenjadi pengacara dalam perlawanan ini!" tiba-tiba suasana Colloseo gamat dengan suara pelajar yang bersorak.

"Sekejap, sejak bila Colloseo ni ada pengacara? Sejak bila?" Lilith menyoal Lesie.

"Sejak hari ni? Wu! Kyle baiklah!" Lesie berdiri dan turut bersorak sekuat hati.

"Lesie! Aku pesan apa tadi?" ujar Lilith dengan nada bengang. Tangan si adik ditarik supaya duduk kembali.

"Kau cakap apa? Aku tak ingat."

"Jaga perangai kau sebelum aku," Lilith menayangkan penumbuk. Lesie terus terdiam memencilkan diri.

Keith menyilangkan tangan ke dada. Perasaan risau yang melanda dirinya amat merusingkan. Nyea yang bertarung, dia pula rasa tak tentu arah. Kumpulan Alpha juga sudah berjaga-jaga untuk menghadapi segala benda yang bakal berlaku.

"Kenapa dengan Nyea?" soal Violet kepada Fyira.

"Kenapa pula?"

"Dia tak yakin. Aku nampak dia mengigil."

"Oh, come on Violet. Dia gemuruh tu. Bukan ke ramai yang tengok ni?"

"Aku harap dia okay." balas Violet.

Mendegar perbualan dua suara yang dia kenal, segera dia menoleh ke belakang. Camelia yang duduk disisinya juga turut menoleh.

"Laa ... Keith , kau rupanya? Aku nak tegur tadi tapi takut salah orang." Fyira tergelak kecil. Violet dan Camelia berbalas senyuman.

"Aku tak rasa Nyea okay." luah Keith.

"Hmm ... aku ...." belum sempat dia menghabiskan ayat Kyle sudah menjerit dipembesar suara.

"Itu dia!  Victoria memulakan serangan. Kejap!  Kenapa Nyea tidak bergerak langsung? Nyea adakah anda masih lagi disana? Oi, seranglah." pekik Kyle semangat.

"Aku rasa Kyle ni memang nak kena ni. Perlu ke menjerit sampai nak terkeluar anak tekak?" kata Keith geram.

Bam!

Nyea mengelak libasan tali cemeti berduri. Victoria membuat serangan tanpa henti sehinggakan Nyea terlalu fokus untuk mengelak sahaja. Kaki ditujah ke atas lalu tangan menjulang seperti memanggil sesuatu.

"Tongkat magis! Argh! Masa macam ni tak keluar." rungut Nyea. Terus badan dilipat ke belakang mengelak cemeti Victoria.

"Alololo. Tongkat magis tak keluar ye? Kesiannya aku tengok." Tongkat magis mucul ditangan kiri. Victoria menghalakan muncung ke tanah. Nyea mengetap gigi menahan geram. Serius perempuan ini sangat menjengkilkan!

Tanah yang dipijak bergegar kuat. Nyea beralih ke sisi namun satu tiang silinder muncul secara tiba-tiba naik menjulang ke atas. Dia hampir terkena lalu terundur ke belakang. Semakin lama semakin banyak tiang itu muncul dari tanah.

"Argh! " dia menjerit nyaring tatkala tubuhnya ditolak naik ke udara. Dia melambung tinggi dek ditolak oleh tiang yang dipijak.

Dengan perasaan takut-takut dia melompat pada tiang yang lain. Tiang itu bergerak jatuh ke bawah. Nyea tidak sempat berbuat apa-apa terhempas ke tanah.  Tergeliat dia menahan rasa sakit.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now