Sebelum kamu semua baca, saya nak beritahu chapter kali ni memang panjang. Dalam 24++ words macam itulah. Saya harap kamu semua tak bosan sudahlah 😂
Dua belah pihak pari-pari, telah membuat keputusan bersama. Mereka sepakat untuk berbaik dan tinggal bersama-sama. Ya, seperti kehidupan pari-pari sebelum ini. Aman dan damai. Tiada persengketaan. Suka dan duka dikongsi berasama.
Pari-pari putih dan pari-pari hitam sudah bergaul. Tidak kira tua, muda dan budak kecil. Memang tidak mudah bagi mereka, lebih lagi pari-pari putih sudah dididik supaya membenci pari-pari hitam sejak dari peringat pendidikan. Lama kelamaan mereka berjaya menyusuaikan diri.
Dari jauh Calvin melangkah masuk diperkarangan istana manusia. Pandangan meliar di serata tempat sebelum mengeluh.
"Tak guna Nyea. Kata nak teman tapi dia pula yang hilang." rungut Calvin. Dia kembali membuka langkah.
Setelah hampir tiba ke pintu utama, kelibat seseorang telah menarik perhatiannya. Calvin mengubah hala tuju. Setelah sampai dia tercegat beberapa meter. Victoria duduk di atas bangku sambil merenung sekuntum bunga ros putih. Dia tidak sedar akan kehadirannaya. Calvin menarik nafas sedalam mungkin.
"Ehem!"
Terdengar suara berdehem, Victoria menoleh ke sisi. "Calvin? apa kau buat dekat sini?" soalnya agak terkejut! Calvin tidak menjawab malah mengukir senyuman.
"Aku saja nak melawat kau. " Calvin mengaru pipi seraya biji mata dihalakan ke tempat lain.
"Kau melawat aku?" wajah Victoria terus berubah ceria apabila dengar Calvin bercakap begitu. Tapi dalam masa yang sama dia macam tidak percaya yang Calvin datang cari.
"Ha'ah ... mhmm ... boleh aku duduk?"
Lagi bersinar-sinar mata Victoria bila mendengar! Kelam-kabut dia berganjak ke sisi untuk memberi ruang pada Calvin. Lelaki duduk di sebelah Victoria. Gadis berambut merah jambu mengigit bibir. Perasaan gemuruh bertandang dalam dirinya.
"Calvin kenapa ... kenapa tiba-tiba datang ni?" tergagap-gagap Victoria bersuara. Kelopak bunga ros putih dicabut satu persatu. Calvin tertawa kecil.
"Melawat tunang sendiri tak boleh ke?" Calvin berkata dengan nada suara rendah. Mata tertacap pada reaksi Victoria. Gadis itu mengelabah mencabut kelopak bunga sehingga habis.
Victoria toleh ke sisi, arah bertentangan dengan Calvin. Tidak mahu memandang. Dia mengusap tengkuk. "Biar betul? Selama ini kau tak pernah anggap aku tunang kau. Ambil peduli pun tidak."
Terlepas keluhan dari bibir Calvin. Balasan Victoria membuatkan dia terdiam sebentar. Kemudian, dia cuba mengukir senyuman. Ya, memang betul pun. Dia langsung tidak anggap Victoria sebagai tunangnya selama ini. Calvin buat tidak layan, anggap Victoria ni tak wujud dan sebagainya. Memang sadis bukan?
"Maaflah ... aku mengaku itu semua salah aku. Sebenarnya aku datang ni sebab ... nak ... nak ...." tiba-tiba rasa tekak macam kena sekat. Lidahnya bagai kena ikat. Dia nak beritahu sesuatu tapi susah nak keluar!
Victoria menoleh. Badannya juga sudah pusing menghadap Calvin. Lelaki itu terkejut lalu menjarakan badan sedikit padahal bukan rapat sangat dia duduk di sebelah Victoria.
"Nak apa?" Soal Victoria, matanya tepat dihalakan pada anak mata Calvin. Dia menanti jawapan Calvin dengan penuh rasa minat.
Calvin terdiam. Dalam hati tidak henti menyumpah-nyumpah Si Nyea. Mencarut semua dalam hati. Yelah, sepatutnya Nyea ada bersama! Tetapi bila hampir nak sampai, tiba-tiba lesap! Batang hidung pun langsung tak nampak! Geram betul dibuatnya. Jika Nyea muncul siaplah nanti!
ANDA SEDANG MEMBACA
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasíaIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...
![Lagenda Si Pari-Pari [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/115254628-64-k506075.jpg)