Tubuh dihentak pada tilam empuk. Melantun dia seperti bola. Dia berguling di atas katil. Tidak semena-mena sebiji bantal hinggap pada muka.
"Kau dah kenapa, Fyira?" gadis bermata kuning bercekak pinggang. Fyira mengalih bantal lalu dipeluk erat!
"Nama dia, Rain. Berambut kelabu. Nak kata kacak tak ada lah sangat. Dia biasa saja kalau nak dibandingkan dengan pari-pari putih miang tu." omelnya perlahan. Lupa sekejap keberadaan dia di mana.
"Hei ... Hei ... Apa kau mengarut ni?" kata Nyea bengang kerana temannya tidak menjawab. Lantas, bantal dia tarik kasar. Fyira tersentak!
"Nyea, semalam aku sesat."
"Sesat? Macam mana boleh sesat?"
"Jalan dekat sini banyak lorong. Serius aku pening. Lepas itu, aku masuk jela lorong mana yang aku nak. Hentam! Sampai aku sesat. Aku diserang lelaki tua gila. Nyawa aku hampir melayang Nyea ...."
Nyea diam mengangguk, menanti sambungan Fyira. Risau juga dia akan keselamatan Fyira di sini. Jika boleh dia nak ajak Fyira duduk di sini.
"Tiba-tiba hero datang!" Fyira menjerit suka. Keluar gediknya tanpa sengaja. Nyea terbuntang dek terkejut. " Nama dia, Rain! Dia teman aku balik rumah. Tak silap aku dia pelatih Alpha." Fyira bergolek-golek suka. Tersengih seperti kerang busuk!
"Oh, tidak! Kau angau ye?"
"Hahahaha! Angau? Bukan! Aku asyik teringat dekat dia je. Sampai malam tadi aku tak boleh tidur!"
Nyea merenung tajam. Apa bodohnya Fyira ni? Bukan sama je ke? Angaulah tu kalau sampai tak boleh tidur bagai. Nyea memaparkan muka meluat!
Bam!
Kaki Nyea memakan tubuh Fyira. Terhempas gadis itu jatuh ke bawah! Bergegar ruang kamar, Nyea. Mengekek dia ketawa.
"Sakitlah bongok! Kenapa tendang aku!" marah Fyira sambil mengosok punggung. Sedih betul dia dapat kawan macam ni. Bukan nak sokong ke, bagi semangat ke kan? Bukan senang Fyira ni nak jatuh hati.
"Tolonglah jangan gedik sangat. Entah-entah Rain kau tu dah berbini anak lima eekor!"
"Eh! Jangan main-mainlah Nyea! Kalau tidak aku tak nak bagitahu yang Keith ajak kau keluar malam ni!"
Nyea menyilang tangan ke dada. Kening terjungkit melihat Fyira merajuk. Masam saja muka dia. "Kau baru je bagitahu, Fyira." gadis itu tergelak besar. Fyira terus menekup mulut
"Fine!"
"Dia nak ajak keluar dekat mana?"
"Entah."
"Ala ... Fyira!"
"Tak tahu ...."
"Jangan merajuklah. Aku rasa pernah nampak Rain kau dalam istana ni. Itu oun kadang-kadang. Aku boleh bawa kau jumpa dia. Kalau kau nak." Nyea melemparkan umpan besar. Cuma memancing Fyira supaya tidak merajuk.
"Keith cakap dia akan datang jemput kau."
DRESS biru cair bertemakan bunga , melekap pada tubuh. Pantulan diri dalam cermin direnung diiringi kerutan di dahi. Sesuai ke dia pakai baju ni? Atau dia patut tukar kasual sahaja? Baju ini pilihan Fyira tadi. Beria suruh pakai baju ni.
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...