33. CARI JALAN LAIN

5.5K 451 8
                                    

Di bawah sinaran cahaya bulan biru, darah merah memekat kelihatan terperecik ke ruangan udara. Tubuh jatuh tumbang ke belakag tatkala sebilah pedang tertusuk tembus melepasi jantung.

"Uh, si ... siapa? Baik kau ke ... keluar! Jika tidak aku tak akan teragak-agak bunuh budak ni!" pisau rambo dicucur betul-betul dibawah leher Nyea. Gadis itu memejam mata seraya mengetap gigi.

"Kalau kau berani ... Bunuhlah, aku mahu lihat." satu suara berbisik ditepi telinga. Lelaki itu terkejut lalu berpaling. Lelaki berambut perang muncul secara tiba-tiba, lantas rahang dicekak kuat.

"Wargh! Takguna ...." belum sempat dia menghabiskan ayat, lelaki berambut perang terlebih dahulu telah menolak kepalanya ke sisi. Hentakan tersebut membuatkan kepalanya terbenam ke dalam tanah. Pisau terpelanting ditangkap perlahan oleh lelaki berambut perang.

Nyea terkaku seperti sebuah patung, langsung tidak bergerak. Lelaki itu mengangkat muka. Kelihatan gadis itu mengigil ketakutan dek serangan mengejut. Pisau dibaling ke belakang. Perlahan dia maju ke hadapan.

"Aih ... nasib baik, tergerak hati mahu ke sini." pisau rambo di campak ke belakang, terpacak di atas tanah. Langkahnya terhenti sebaik sahaja mendekati Nyea. Gadis itu menoleh.

"Abang, Biez?" ayat meluncur laju tersebut membuatkan lelaki itu tersenyum kelat. Tubuh dipusing lantas dia mendakap erat, Viez tersentak tetapi hanya membiarkan saja.

"Hei, Nyea?"

"Uhuk. Terima kasih abang Viez! Kalau tak Nyea dah mati!" ujarnya menarik muka dari badan Viez. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Lelaki itu meletakan tangan ke atas kepala lalu tersenyum mesra.

"Sudah besar ... Makin cantik kamu ya?" sempat dia memuji. Nyea tersengih malu. "Macam mana kamu sampai ke sini?"

Lingkaran tangan dileraikan serta-merta. Nyea mendongak ke atas. Rambut panjang dan serabut dipadang. Lelaki itu kelihatan tidak terurus malah sudah mempunyai misai!

Pipi digaru perlahan. "Hmm ... susah nak cakap." Viez menjungkit kening sebagai balasan jawapan Nyea.

"Okay, kita ke sana dahulu. Dekat sini bahayalah, budak!"

SATU persatu rakan seperjuangan dipadang dengan rasa tidak berpuas hati. Dagu dipengang. "Nasib baik aku sampai tepat pada masanya."

"Aku tak sangka benda ini akan terjadi." balas Ryan menyilangkan tangan ke dada. Mata dihalakan pada Nyea yang duduk di antara Rena dan Alice.

"Baru sekarang nampak batang hidung kau." Erina membidas. Senyuman sinis mula melebar.

"Sudah, benda dah berlaku mahu buat macam mana." Rena menyampuk apabila perbalahan Viez dan Erina mula menghangat. Sebelum mereka gaduh baik halang dulu!

Viez menghela nafas. "Okay, macam mana Nyea boleh sampai ke sini?"

Semua mata beralih tepat pada gadis tersebut. Dia menjadi tumpuan, menagih jawapan itu. Nyea meneguk air liur. Padangan mereka dibalas dengan senyuman kelat.

"Nyea jatuh sungai sebab nak selamatkan kawan. Selepas itu, Nyea tak ingat apa-apa lagi." terangnya perlahan.

"Sungai? betul ke? Atau Nyea boleh buka pintu dimensi?" Alice menyoal dengan rasa tidak berpuas hati.

"Betullah! Sungai itu yang tarik Nyea."

Alice mengecilkan mata, tidak pasti sama ada mahu percaya atau tidak. Kening Rena terjungkit ke atas. Ryan mengongkat dagu dan Viez hanya memeluk tubuh. Mendengar cerita itu, mata Erina yang mengantuk terus segar.

"Hmm, kita sambung besok. Hari sudah lewat ni. Mari Nyea kita masuk tidur." Rena berdiri dari duduk sambil memegang pergelangan tangan Nyea. Terkial-kial Nyea bangun.

"Rena, dia tidur dengan aku malam ni!" Erina berkata dengan laju.

"Ah, kau tidur lasak. Naiya dia kau buat." Nyea tergelak mendengar balasan Rena. Terhibur sekejap dirinya ni. Ya, dia masih ingat lagi masa kecil dulu! Sumpah sakit badan dia! Erina menarik muka masam.

"Aku ada ... Kau boleh tidur dengan aku kalau nak." usik Alice. Tersengih dia seperti kerang busuk. Ryan dan Viez sudah keluar dari khemah perbincangan. Mereka malas mahu lihat drama antara mereka. Tidur lagi bagus!

"Kau? Memang taklah!"

"Hehehe ...."

     Nyea berbaring sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam khemah. Tangan kanan mengalas belakang kepala manakala sebelah lagi diletakan pada perut. Rena meletak pedangnya di atas kerusi kayu. Baju hitam tanpa lengan disarungkan pada tubuh sebaik sahaja baju sejuk dibuka.

"Macam mana Nyea nak balik?" Nyea melepaskan keluhan panjang. Badan berpusing ke kanan tatkala Rena duduk di situ. Teringat waktu dulu, Irene yang hantar dia balik tetapi dia tak ada ini yang merusingkan dirinya.

"Kami akan tolong cari jalan lain."

DADA terasa sakit, mencengkam dirinya. Dia melepaskan batuk beberapa kali. Tangan diletakan pada permukaan cermin, menampung tubuhnya yang mahu tumbang. Nafas mula memberat.

"Ayahanda sudah makan ubat?"

"Hmm ...."

"Berapa kali Andora mahu bagitahu, ubat jangan lupa. Inilah, jika Andora tak pantau." bebel wanita berambut coklat. Gaun putih berkilau tatkala terkena sinaran mentari pagi ini. Tiara emas tersemat dikepala menambahkan lagi seri.

"Ayahanda risau .... Sepatutnya dia akan sampai ke sini tidak lama lagi." Adrian memandang anaknya. Jangut putih diusap seraya mengerutkan dahi. Andora membalas dengan senyuman kelat.

"Dia ... mesti sudah besar bukan? Andora tidak sabar mahu bertemu dengannya." ujarnya perlahan. Dia memapah Raja Adrian dan mendudukannya ke singgahsana.

"Ayahanda harap ... dapat lihat dia sebelum ...."

"Apa ayahanda cakapkan ni? Jika mahu berjumpa dengan dia, ayahanda mesti makan ubat. Kena kuat!" bebel Andora. Dayang istana dipanggil lalu menyuruh ambilkan ubat.

Raja Adrian menyepikan diri. Andora turut begitu. Suasana di singgahasana menjadi sunyi buat seketika. Rambut coklat di sisir ke belakang, udara dihirup dalam.

"Ayahanda sudah cari calon sesuai untuk kamu."

"Andora tak mahu." balasnya tiga patah dengan laju. Jawapan itu kedengaran dingin di halwa telinga Raja Adrian. Andora dijeling dari sisi.

"Sampai bila? Kamu perlukan seseorang untuk menjaga kamu."

Ini bukan kali pertama. Ini sudah berpuluh-puluh kali! Macam-macam lelaki dia sudah dijadikan calon namun ditolak juga. Andora berkeras tidak mahu!

"Sampai bila-bila, Ayahanda. Andora pandai jaga diri. Tak perlu cari calon untuk Andora."

"Oh, ayahanda rasa ... Kamu masih menunggu dia bukan?" tembakan soalannya menusuk ke dalam hati Andora. Wanita itu terdiam. Lama.

"Andora ... ada kerja nak buat. Minta diri dulu ayahanda. " pintanya perlahan. Dia terus berlari keluar meninggalkan Raja Adrian.

Anak tangga berkembar dituju. Dia berlari anak menaiki ke tingkat atas. Setelah tiba di biliknya, pintu dikunci rapat. Badan disandarkan pada dedaun pintu. Cecair jernih menitis menuruni pipi mulusnya. Andora melurut jatuh ke bawah. Perlahan dia memeluk lutut. Esakan kecil bergema memenuhi ruang kamar.






Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now