57. MEREKA DATANG!

4.9K 452 40
                                    

Dia bergolek di hamparan padang yang menghijau di hadapan istana. Panas terik mentari memancar tadi hilang sinarannya dek awan menutupi. Lengan kanan diletakan pada dahi.

Telapak tangan kiri diangkat lalu dia memandang lama. Debu kilauan emas muncul tiba-tiba sebelum sebatang tongkat terapung ke udara. Nyea mencapai laju.

"Huh? Masa aku tak perlu, kau muncul pula? Lebih baik aku buang kau!" marahnya tidak berpuas hati. Selamba badak dia baling tongkat itu sesuka hati.

Mampus! Pergilah jauh sana! Puas hati dia. Bagi dia tongkat magis itu memang patut kena baling pun. Menyusahkan tahu tak! Tak berguna! Nak patahkan memang tak boleh sebab keras. Buat sakit hati je!

Kedua belah lengan mengalas kepala. Awan putih bak kapas berarak perlahan ditiup sang angin. Selesai sudah masalah.

Spontan Nyea mengomel "Betul ke apa bonda cakap? Kalau betul itu bermakna Calvin ... abang aku? Dan Camelia? adik ?!"  mata terbuntang luas. Tiba-tiba pula dia boleh terfikir hal itu. Tak masal benda itu muncul dalam otaknya.

Nyea mengeleng kepala dengan laju. Segala apa yang difikirkan hilang begitu sahaja. Dia bangkit dan seiring itu ada sesuatu menghentam dahi.  Terhinjut bahunya akibat terkejut! Nyea tersentak apabila memandang benda yang jatuh di atas riba.

Tongkat magis!

Dia terkejut beruk. Lantas dia melompat berdiri. Kaki mengudur dua tapak ke belakang. Tak mungkin! Bukankah dia sudah buang ke tadi? Apahal boleh datang balik? Nyea mengaru belakang tengkuk. Kiri dan kanan dia pandang. Hanya dia di situ je.

Hidup ke apa?

Hujung kasut yang tersarung pada kaki, menolak benda itu. Nak tengok hidup ke tak. Kalau bergerak dia akan cabut lari!

"Kenapa kau baling tongkat magis itu? Tahu tak kena hidung aku!"

Satu suara menegur dingin. Nyea terkaku sebentar. Tongkat magis direnung sebelum mencari pemilik suara. Kepala toleh ke kanan dan berpusing ke kiri. Mana ada pari-pari lain di situ melainkan dia?

Apabila dia berpusing ke belakang, lelaki bermata merah terpacak dibelakangnya. Nyea terkejut beruk! Jarak mereka hampir dekat. Terkaku dia di situ.

"Kau tengok hidung aku ... sakit tahu tak?" ujar Keith seraya merenung tajam. Gadis itu terasa matanya ditikam dalam oleh mata merah. Terus Nyea beralih pandangan ke bawah. Hidung. Jelas hidung Keith seperti badut.

"Tak ... tak sengaja!" Bibir mungil termuncung dikala lelaki bermata merah menekan pipinya dengan tapak tangan.

"Kau tahu tak hidung aku boleh patah tahu tadi? Ei, geramnya aku cium juga  kau ni."  Kepala Nyea dibawa dekat lagi pada muka. Mata Nyea sudah terbeliak. Cepat-cepat dia menolak wajah Keith sebelum benda tidak diingini berlaku!

"Ingat kau boleh cium pipi aku buat kali kedua? Memang tak!" 

Keith meraup muka. Senyuman nakal terlakar melihat gadis itu menayangkan muka meluat.

"Atau ... kau nak lagi?"

"Tak ingin!"

"Kau nak kan? Kau suka kan?"

Usik Keith sampaikan Nyea naik malu. Muka bertukar merah padam. Dia tertunduk ke bawah. Jantungnya meronta-ronta mahu meletup! Makin laju pula mengepam!

"Buat apa datang sini?" Nyea menukar topik.

"Jumpa kaulah apa lagi? Kenapa baling tongkat magis tu tadi!"

"Itu aku punya ... suka hati akulah."

Lelaki itu berjalan mendekati tongkat magis milik Nyea. Tubuh dibongkok sedikit lalu mengambil tongkat magis bersaiz batang pensil. Si gadis diam memerhati.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now