13.MARAH

6.3K 524 22
                                    

Rasa tidak selesa mula menyerang dirinya. Nyea rasa ada yang tidak kena. Rasa tak sedap hati pun ada. Nyea menghentikan pergerakan tariannya dan begitu juga, Calvin. "Kenapa Nyea?" soalnya pelik.

"Um, saya rasa tak selesa ...."

"Saya buat awak rasa tak selesa ke?"

"Erm ... bukan ... saya rasa nak ambil angin dekat luar sekejap," pinta Nyea dengan sopan.

"Saya teman ...."

"Tak perlu!" tanpa menunggu, Nyea terus beredar dari situ. Dia berlari meredah pari-pari lain yang sedang leka dengan alunan muzik.

Tiba di balkoni, Nyea menghentikan langkah. Tangan diletakkan pada tembok balkoni. Nafas dihela panjang dan cuba menenangkan diri. Rasa macam ada sesuatu yang dia terlupa sebelum ke sini.

Baru dia teringatkan sesuatu!

Mata terbuntang. Dia terlupa mahu minum posyen yang selalu diberikan oleh, Kyra. Dia mula tak keruan. Nyea memaparkan riak risau tatkala belakangnya terasa sesuatu. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Meninjau keadaan, mana tahu ada pari-pari lain yang melihat dia.

"Alamak! alamak! janganlah!" Nyea mula cemas.

Bunyi tapak kaki berjalan perlahan. Air muka Nyea semakin cuak. Siapa? macam mana kalau pengawal istana? Calvin? atau pari-pari lain? Nyea menyandarkan badan pada dinding. Debaran di dada kian terasa.

"Simpan sayap kau, Nyea."

Bahu Nyea terhinjut naik ke atas akibat terkejut. Kemudian, nafas lega kedengaran. Tubuh disandarkan pada dinding tatkala lelaki itu datang mendekati.

"Aku ... bukan ... keluarkanlah!" balas Nyea tergagap.

"Habis tu? jangan cakap kau tak makan posyen!" Keith melepaskan tembakan maut. Nyea terdiam sebelum sengihan melebar.

"Lupa ...."

Keith mengeluh. Tongkat magis dikeluarkan sebelum menjelmakan sebotol kaca lutsinar.

"Minum."

"Racun?"

"Kepala otak kau! sudah tentu itu bukan," ujar Keith. Sabar. Kalau Nyea banyak mulut sumpah! dia sumbat botol tu dalam mulut! Peduli apa dia? Tuan Puteri atau pun tak, dia tak peduli. Siapa suruh banyak mulut.

"Hmm ... betul ke?" Nyea inginkan kepastian. Keith hanya membalas dengan pandangan tajam. Terus Nyea meneguk cecair itu sehingga habis. Takut!

Suasana menjadi hening buat seketika. Hanya deruan angin menampar-nampar lembut kulit mereka. Nyea mendongak ke atas. Dua bulan dipandang tanpa ada perasaan.

"Siapa tadi?" dua patah perkataan memecah kesunyian. Keith menoleh dengan kening terjongket sebelah.

"Siapa apa?"

"Tadi tu ...."

Keith mengerutkan dahi. Tak faham apa yang Nyea cuba sampaikan.

"Tak ada apalah!" bibir dimuncungkan sedepa. Dasar lembab. Lambat betul nak faham.

"Oh! Yang menari dengan aku ke?"

Nyea diam ....

"Kenapa tanya?"

Diam. Soalan Keith tidak dijawab langsung. Nyea memeluk tubuh. Bibir dikemam. Mata masih memandang dua bulan yang menyinari malam ini.

"Jangan cakap kau ...." Keith mendekatkan muka. "Cemburu?" Pipi gadis itu dicucuk dengan jari telunjuk. Pantas Nyea menepis geram.
"Aku tak cakap pun aku cemburu!"

"Habis tu? Ha, jawab ... sila jawab!"

"Aku cuma tanya je. Sebagai kawan ... kau dengan dia nampak sempadan." ujar Nyea perlahan. Tersangatlah perlahan.

"Betul ke?" Kening terongket ke atas.

Eh, dengar pula Keith ni. Telinga apa dia ni!

"Hmm ...."

"Hehe ... tadi tu Camelia. Adik Calvin."

"Huh? Calvin ada adik?"

"Entah, dia cakap dia adik, Calvin."

Nyea hanya mengangguk kecil. Calvin ada adik? kenapa dia tidak pernah tahu pun selama ini? Calvin tak ada cerita pun.

"Aku nak tanya sikit boleh?"

"What?" Keith mendekatkan muka lagi. Nyea berganjak sedikit ke belakang kerana terkejut.

"Ish, jauh sikit!" kepala Keith ditunjal supaya menjauhi.

"Ha ... apa kau nak tanya?"

"Pari-pari hitam wujud lagi ke?"

"Habis kau ni apa? dah tentulah wujud gila!"

"Kerajaan pari-pari hitam macam mana eh?"

Keith mendecit geram. Nafas ditarik dalam. "Macam nilah ... lebih kurang je. Tapi maju sikit."

"Oh ...."

"Dah tiba masa nanti kau kena balik ke sana."

"Hmm ...."

"Kau tak gembira?"

Nyea terdiam. Tak tahu nak balas apa. Bukan dia tidak gembira. Cuma dia sedih bila tinggalkan tempat dia dibesarkan. Dia selesa berada di sini. Rasa berat hati mahu tinggalkan tempat kelahirannya.

"Kalau kau terus disini nyawa kau akan terancam."

"Apa kau merepek?"

"Keith! Nyea!" suara Dell memanggil cemas.

"Ada apa?" soal mereka serentak.

"Pergi dari sini! Mereka datang!" arahnya.

"Huh?" Nyea menayangkan muka bingung. Tak faham kenapa dia perlu pergi dari sini.

"Cepat! "

Keith segera menarik tangan Nyea. Gadis itu terpinga-pinga mengikuti jejak Keith. Mereka memanjat balkoni lalu terjun ke bawah. Saat tubuh mereka menjunam, sayap putih menyinari belakang mereka dan mendarat dengan kemas disebalik semak.

"Mereka nampak sayap kau ke tadi!"

"Aku sorang je tadi."

"Kau pasti?"

Belum sempat Nyea menjawab. Suara pekikan beberapa orang riuh di balkoni tempat mereka berada tadi. Terdiam terkedu.

"Adui, ada yang nampak!"

"Tapi aku sorang ...."

"Kau ni menyusahkan betullah! Aku larang kau pergi, kau nak juga! Dah tu lupa nak minum posyen lagi! " bentak Keith meninggi. Rambut merah diramas kasar. Muka merah menahan marah.

"Hei, aku tak suruh kau jaga aku! Kau yang sibuk sangat! Sekarang ni nak kata aku ni menyusahkan?" Marah Nyea. Mata mencerlung tajam. Wah, banyak lemak dia nak salahkan orang!

Mereka bertentangan mata. Lama. Masing-masing tidak mahu mengalah. Nyea betul-betul tak puas hati dengan Keith kali ini. Dia dah cukup besar untuk dijaga! Tak perlu lagi dijaga. Tapi lelaki berambut merah ni beria sangat. Dah tu nak salahkan orang pula.

"Diri sediri tak terjaga ... nak jaga aku konon." Ujar Nyea sinis. Sempat dia menjeling. Dia memusingkan badan lalu mengeluarkan sayap. Tanpa sebutir bicara dia pergi meninggalkan, Keith.

Risau Nyea balik seorang diri, dia pun mengikut jejak Nyea secara senyap dari belakang hingga ke rumah. Kalau Nyea tahu mampus dia!

Hurm ... marah ke Nyea? Mungkin!

Salah dia juga tadi. Pergi marah tak tentu pasal siapa suruh. Dah sah-sah tahu perangai Nyea macam mana. Lagi orang berkasar, berkali ganda gadis itu membalas. Tengoklah nanti.


😷😷

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now